October 25, 2009

Satio – telefon bimbit baru Sony Ericsson kini di Malaysia

Satio adalah dikatakan telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson seperti Yari dan Aino kerana nama yang diberikan bukan lagi menggambarkan fungsi seperti sebelum ini contohnya “W” untuk telefon Walkman atau “C” Untuk Cybershoot.

Antara Yari dan Aino, Satio bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit high-end. Jika Yari tiada fungsi skrin sesentuh, Aino mempunyai skrin sesentuh yang terhad tetapi bagi Satio, ianya merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya.

Antara ciri-ciri utama Satio adalah:

  • Skrin lebar 16:9 3.5 inci
  • Kamera sehingga 12.1MP, fokus sesentuh, flash Xenon serta pengesan muka dan senyuman.
  • Album web dan fungsi pesanan
  • Menggunakan sistem operasi Symbian
  • Menu sesentuh media yang mudah dicapai
  • Pemain muzik yang kuat

Satio juga didatangkan dengan earphone tanpa wayar. Satio menyokong GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 850/900/2100.

Harga cadangan bagi telefon bimbit ini adalah RM2450-2550.

satio-1satio-2satio-3satio-4

Carian kesini:

March 5, 2009

Telefon skrin sentuh Sony Ericsson Idou

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

idou

Telefon terbaru Sony Ericsson ini adalah dikatakan akan menandingi Nokia 5800 Xpressmusic kerana ianya juga adalah telefon skrin sentuh.Menangkap gambar, bercakap melalui video dan berkongsi pengalaman disamping kamera resolusi tinggi 12.1MP beserta skrin sentuh dan flash xenon. Sentuh terus kepada skrin akan membawa anda terus ke video kegemaran atau filem dalam format 16:9 widescreen.

Telefon ini dikatakan adalah berdasarkan sistem operasi symbian kerana lebih mudah untuk muat turun aplikasi symbian dari internet.

Telefon ini dijangka berada di pasaran pada suku ke-2 2009.

Carian kesini: