February 7, 2010

Winmo 7 bocor sebelum Mobile World Congress

Microsoft telah mengesahkan bahawa Windows Mobile 7 akan membuat penampilan pertama pada Mobile World Congress lebih kurang seminggu lagi. Walaupun begitu, sudah ada gambar bocor bagaimana bentuknya Winmo 7 nanti. Kemungkinan versi yang ditunjukkan nanti bukanlah versi penuh Windows Mobile 7 sebaliknya hanyalah UI yang menunjukkan fungsi asas telefon pintar tersebut.

Seperti ramai yang menjangka, terdapat ura-ura platform yang digunakan adalah seperti platform Zune yang disuntikkan dalam Windows Mobile 7 dengan nama kod “METRO”. Adalah berkemungkinan Zune software desktop menggantikan Windows Mobile Device Center dan juga dikatakan ada integrasi dengan game Xbox dengan fungsi tag, prestasi, avatar dan cenderamata beserta sokongan penuh bagi rangkaian sosial seperti Facebook.

Sama-samalah kita nantikan pengenalan Windows Mobile 7 nanti.

December 7, 2009

Acer Aspire Timeline siri 3810TG 2010 dilancarkan di Korea

Aspire Timeline siri 3810TG 2010

Aspire Timeline siri 3810TG 2010

Acer Korea telah mengeluarkan Aspire Timeline siri 3810TG 2010 yang mengalami peningkatan kuasa dari pemproses utama Core 2 Duo SU7400. Komputer riba ini didatangkan dengan Windows 7 Home Premium yang juga menawarkan ciri lain seperti 4GB memori DDR3, 320GB cakera keras serta kad grafik berkuasa ATI Radeon HD4330.

Komputer riba ini mempunyai kelebaran skrin 13.3 dengan sokongan definisi tinggi serta resolusi maksimum 1366×768. Ketebalan laptop hanyalah 1 inci dan berat sekitar 1.7kg termasuk bateri.

Laptop ini mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 12 jam berbanding versi sebelum ini iaitu 8 jam sahaja.

Harga bagi laptop ini adalah kira-kira 1 Juta Korean Won. Belum dapat diketahui bilakah laptop ini akan berada di pasaran Malaysia.

Carian kesini:

November 25, 2009

Telefon bimbit terbaru daripada HTC kini di Malaysia

HTC HD2

HTC HD2

Jika sebelum ini saya review telefon Nokia dan Sony Ericsson, tibalah masanya saya review telefon HTC. Secara ringkasnya, HTC menggunakan Windows Mobile sebagai sistem operasi. Ada juga yang menggunakan Android. Tapi kali ini saya akan review HTC HD2 yang dikatakan bakal menyaingi iphone yang sudahpun berada dipasaran Malaysia.

HTC HD2 adalah Windows pertama yang menggunakan HTC Sense, iaitu pengumpulan hubungan tertumpu dengan menjadikan telefon berkerja lebih mudah, semulajadi dan lebih peribadi. Semua ciri dalam telefon adalah dianggap terbaru dengan resolusi lebih tinggi, skrin lebar sesentuh kapasitif 4.3inci, dan ultra tipis memberikan kandungan lebih tajam, lebih cerah dan lebih kaya.

Telefon ini yang pertama menggunakan sesentuh kapasitif pada Windows untuk paparan,lebih mudah untuk zoom dan menukar saiz website, membuka fail Ms Office, membuka PDF dan gambar dengan menggunakan sejemput jari anda. Skrin lebih besar menjadikan taipan lebih efisyen dan mudah. HTC HD2 dilengkapkan dengan pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 1Ghz. Ini menawarkan peningkatan kuasa berbanding model sebelum ini dari segi kelajuan applikasi, video, permainan dan banyak lagi.

Dibangunkan dengan hasrat untuk meningkatkan kehidupan masyarakat melalui inovasi, rekabentuk dan kemudahan penggunaan, HTC Sense berasaskan pada tiga prinsip-prinsip asas iaitu Make it Mine, Stay Close dan Discover the Unexpected.

Make It Mine
HD2 bukan sahaja mencerminkan apa yang anda inginkan pada telefon tetapi juga mencerminkan dimana anda berada. Dengan skrin besar, HD2 membawakan dimensi baru kepada paparan cuaca beranimasi, tanpa mengganggu kandungan penting dan maklumat. HD2 juga boleh memuat turun applikasi daripada Windows Marketplace untuk telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile.

Dilengkapi kamera 5MP

Dilengkapi kamera 5MP

Stay Close
HTC HD2 membantu anda merapatkan jurang dengan keluarga dan teman-teman. HD2 menggunakan pendekatan komunikasi menggunakan satu tetingkap kenalan untuk setiap orang tanpa mengambilkira apakah panggilan, sms, status Facebook atau email yang digunakan. Ketika membaca email yang diterima, anda juga boleh terus membuat panggilan kepada penghantar dengan terus menekan kekunci panggil. Telefon ini juga dilengkapi dengan applikasi Twitter tersedia iaitu HTC Peep. Gambar yang diambil dengan kamera 5MP dengan mudah dapat dikongsi melalui Facebook dan Twitter.

Discover the Unexpectedhtc_hd2c
Dengan HTC Sense, HTC HD2 merangkumi pelbagai peranti tambahan yang memperluas dan memperbaiki keseluruhan pengalaman telefon. HD2 merangkumi pelbagai sensor termasuk sensor jarak yang digunakan untuk mencegah kesilapan menyentuh skrin apabila telefon diangkat untuk menjawab atau membuat panggilan.Sebuah sensor cahaya secara automatik menyesuaikan kecerahan skrin. Telefon ini juga boleh menjadi WiFi peribadi dimana sahaja untuk komputer dan peranti lain.

Sebagai telefon yang menggunakan Windows Mobile 6.5(terbaru) kemampuan browsing dan produktiviti telah dipertingkatkan. Telefon ini berkeupayaan untuk menyelaras dan mengurus banyak akaun email dengan menggunakan Microsoft Exchange. Perisian yang disertakan juga boleh backup dan menyelaras gambar, muzik, hubungan serta sms dan boleh pula dimuat naik ke internet.

Ketika pergi ke Low Yat baru-baru ini, didapati telefon ini sudah berada dipasaran. Anggaran harga bagi telefon ini adalah sekitar RM2800-RM3000.

Carian kesini:

November 19, 2009

Blackberry Storm 2 untuk eksekutif muda

blackberry-storm-2Telefon bimbit ini merupakan versi naik taraf daripada versi terdahulu. Pelancaran Storm 2 merupakan petunjuk jelas bahawa versi Storm adalah versi Blackberry yang diminati.

Apa yang menjadikan Storm popular dikalangan Blackberry adalah rekabentuk yang menarik serta gabungan ciri-ciri menarik telefon bimbit yang disatukan didalamnya. bahagian luaran yang dipertingkat menjadikan telefon lebih ringan dan mudah dibawa. Luaran berwarna hitam berkilat menjadikan ianya ideal bagi pengguna koperat dan eksekutif muda. Dimensi telefon ini adalah 112x62x14mm.

Yang paling menarik adalah skrin lebar yang jelas dan terang. Skrin sesentuh yang pantas berinteraksi apabila disentuh dan amat selesa digunakan.

Saiz skrin adalah 3.25 inci dan resolusi skrin adalah 480×320 piksel. Semua menu dapat dilihat dengan jelas serta skrin lebar membuatkan ianya lebih elegan. Tidak seperti model sebelum ini, tiada sela(gap) antara bingkai dan skrin.

Storm 2 juga dilengkapi dengan kamera 3.2 megapiksel, cukup untuk mengambil gambar-gambar secara tidak sengaja ataupun ternampak sesuatu yang menarik untuk diambil gambar. Gambar juga boleh dilihat semula melalui skrin lebar resolusi tinggi.

Sistem operasi bagi Storm 2 adalah menggunakan Blackberry OS 5.0. Semua aplikasi cepat bertindakbalas dan kita boleh akses kepada semua aplikasi dengan pantas. Dari sudut pengguna akhir, ianya amatlah menguntungkan untuk melabur dalam telefon bimbit ini. Pelungsur web juga pantas untuk memproses JavaScript serta CSS. Salah satu yang menarik adalah Storm 2 juga menyokong Google gears dan widget Blackberry.

Ciri-ciri maju yang lain adalah seperti Blackberry Enterprise Server 5. Ianya membantu kita mengakses fail Windows, email Microsoft Exchange dan juga Outlook. Storm 2 menyokong WiFi. Email dapat dikirim dan diterima dengan lebih pantas dan juga boleh akses laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Oleh itu kita akan sentiasa dalam talian walaupun dalam perjalanan. Kita tidak lagi terlepas email-email penting kerana email boleh diakses dengan lebih mudah.

Storm 2 menyokong GSM serta EDGE dan jalur tunggal UMTS dengan HSPDA. Kebolehsambungan bukanlah menjadi isu jika kita menggunakan Storm 2. Dimana sahaja boleh berinternet jika ada rangkaian yang menyokongnya. Memori dalaman telefon ini adalah 2GB tetapi boleh juga dinaiktaraf kepada 16GB menggunakan kad mikro SD. Bekalan kuasa juga menakjubkan. Ianya menggunakan bateri 1400 mAH dengan masa bercakap 6 jam dan masa sedia 280 jam.

Dengan ciri-ciri yang banyak pada Storm 2, bolehlah dikatakan telefon ini amat sesuai bagi eksekutif muda dan profesional.

Takde sepa nak bagi aku pree ke handphone ni.

Carian kesini: