February 7, 2010

Winmo 7 bocor sebelum Mobile World Congress

Microsoft telah mengesahkan bahawa Windows Mobile 7 akan membuat penampilan pertama pada Mobile World Congress lebih kurang seminggu lagi. Walaupun begitu, sudah ada gambar bocor bagaimana bentuknya Winmo 7 nanti. Kemungkinan versi yang ditunjukkan nanti bukanlah versi penuh Windows Mobile 7 sebaliknya hanyalah UI yang menunjukkan fungsi asas telefon pintar tersebut.

Seperti ramai yang menjangka, terdapat ura-ura platform yang digunakan adalah seperti platform Zune yang disuntikkan dalam Windows Mobile 7 dengan nama kod “METRO”. Adalah berkemungkinan Zune software desktop menggantikan Windows Mobile Device Center dan juga dikatakan ada integrasi dengan game Xbox dengan fungsi tag, prestasi, avatar dan cenderamata beserta sokongan penuh bagi rangkaian sosial seperti Facebook.

Sama-samalah kita nantikan pengenalan Windows Mobile 7 nanti.

January 31, 2010

Dual boot antara Windows Mobile dan Android

Jika anda mempunyai Windows Mobile (6.1 atau 6.5) smartphone dan ingin menggunakan Android di atasnya, anda boleh melakukannya lebih mudah daripada sebelumnya menggunakan satu perisian yang baru-baru ini telah dilancarkan.

Disebut Gen.Y DualBOOT, aplikasi percuma dan telah diterbitkan pada forum xda-developer.

Dalam forum ini anda boleh membaca semua arahan yang anda perlukan dan memuat turun aplikasi – perhatikan bahawa anda masih perlu memasang Android itu dahulu, sebelum menjalankan aplikasi, kerana ia hanyalah sebuah aplikasi yang memungkinkan anda memilih antara Windows Mobile dan Android ketika anda  membuka telefon bimbit anda.

Gen.Y DualBOOT berfungsi dengan Windows Mobile smartphone WVGA, VGA dan resolusi QVGA.

Carian kesini: