October 3, 2009

Realiti broadband Malaysia

reality_broadband_malaysia

Pernah baca kisah sedih U mobile broadband? Realitinya, benda ni takkan berkesudahan. Mana lebih bagus wired atau wireless? Tapi kalau google nampak macam sama je indek ketakpuasan hati pengguna internet Malaysia ni sama ada pakai wayar macam Streamyx atau wireless yang guna 3G takpun yang pakai WiMax macam P1.

Baru-baru ni, DiGi ada menawarkan pakej 3G broadband yang berkapasiti sehingga 2Mbps.  Dia punya pakej basic adalah RM58 dengan kelajuan download 700kbps. Mungkinkah ianya lebih baik daripada pakej 3G yang lain ditawarkan oleh Celcom dan Maxis? Hanya orang yang pernah pakai kesemuanya ja  tahu.

Kalau nak dikirakan, aku punya U mobile broadband sekarang dah ok sikit, dah tak de terputus-putus sekerap dulu. Mungkin dah ramai terminate kot menyebabkan node dia dah tak sesak. Tapi satu je yang tak best kalau pakai broadbad macam ni, IP dia berkongsi. Susah sikit la kalau nak download rapidshare. Bayangkan 1 IP berkongsi antara beratus mungkin beribu pengguna, tentula kantoi kalau pakai rapidshare yang cuma benarkan 1 IP download dalam satu-satu masa.

Siapa pernah dengar Canet? Kalau tak silap, Canet ni dulu menawarkan internet menggunakan parabola macam Astro tu. Dan siap ada saluran TV digital percuma lagi. Tapi sekarang dah berkubur kot. Mungkin sebab mahal agaknya. Tapi kalau harga memang kompetitif rasanya tak ada masalah dengan pengguna yang dahagakan perkhidmatan internet lebih berkualiti daripada sekarang ni yang macam siput.

Kalau korang nak tahu, aku dulu pernah kerja dengan kontraktor Streamyx, pasang Stramyx dan repair talian Streamyx. Apa yang aku dapat simpulkan adalah, masalah perlahan Streamyx adalah disebabkan oleh kualiti kabel. Kualiti kabel ni kalau kat dalam rumah kira internal wiring la. Cuba check kabel telefon, cuba tengok tembaga dalam kabel tu, adakah masih kuning ataupun sudah bertukar hitam? Kalau hitam kena tukar lah tu. Juga kalau talian telefon berkongsi dengan Streamyx pastikan ADSL filter dipasang pada telefon. Kalau semua ok, masalah tu berpunca dari luar lah tu. Jadi benda tu bawah TM dah.

Kalau bawah TM, benda yang mungkin menyebabkan masalah perlahan tu mungkin dari drop wire(kabel hitam dari tiang ke rumah) dah rosak. Mungkin juga fius dekat tiang tu dah rosak. Boleh jadi juga sambungan kat DSLAM tu tak bagus. Mungkin juga port ADSL tu bermasalah. Dan banyak lagi kemungkinan.

Carian kesini:

April 23, 2009

Streamyx 4Mb VS P1 1Mb

Tak tahu nak kata apa. Tengok sendiri lah screenshoot ni.

streamyx

Streamyx 4Mb

P1 1Mb

P1 1Mb

Ni pakej P1 biasa dan bukan WiMAX.

Carian kesini:

March 9, 2009

Kisah sedih U mobile broadband

surf_uBuat masa ini saya sudah menggunakan U Mobile selama beberapa bulan. Apa yang boleh dikatakan talian internet dari U mobile bukanlah pada tahap yang bagus. Boleh dikatakan agak teruk kerana terlampau perlahan. Jikapun hendak laju kena surfing pukul 3-4 pagi. Pada waktu itulah baru dapat kelajuan yang boleh dianggap munasabah. Pukul 7 malam keatas adalah waktu yang paling teruk.

Masa mula-mula daftar, reseller cakap speed boleh cecah 3.6Mbps. Memang betul, tapi kalau tak stabil buat apa. Boleh dikatakan 70% kelajuan adalah tidak munasabah. Lebih perlahan dari dial-up.

Reseller cakap, boleh pakai dengan handphone. 2-3 hari lepas aktif, masih tak boleh guna internet guna handphone dan buat panggilan ke call center. Call center cakap tak boleh guna handphone. Pulak..

Disebabkan dah daftar dan malas nak terminate, saya belilah modem 3g kat lelong.com.my dengan harga RM300. Dapatlah cuba U mobile. Ingatkan mula-mula memang perlahan, tapi rupa-rupanya sampai sekarang masih perlahan. Apa yang saya terbaca, U mobile berkongsi line dengan Celcom. Agaknya sebab tu lah perlahan.

Banyak juga komen-komen negatif berkenaan U Mobile broadband. Boleh rujuk sini dan sini. Marah betul ni….

Celcom pun teruk rupanya.

Siapa pernah pakai P1? Boleh tahan juga dan reliable. Kat pejabat saya pakai ni sebagai line backup.

Siapa pernah cuma amax? Broadband baru guna WiMax.

Carian kesini:

February 15, 2009

amax – penyedia jalurlebar WiMAX terbaru

amax2
amax1

Satu lagi penyedia perkhidmatan jalurlebar WiMAX telah muncul iaitu amax daripada Asiaspace Wimax Sdn Bhd. Nampaknya masih baru dan merujuk kepada brosur kelajuannya dikatakan adalah 66 kali ganda daripada GPRS. Juga jika menurut brosur ini kelajuan tertinggi adalah 1.5 Mbps. Masih lagi rendah dan mungkinkah berbaloi dengan bayaran langganan setiap bulan? Adakah tidak sesak apabila sudah ramai yang memakainya? Perlu diingat ianya adalah jalur lebar tanpa wayar. Jaringan tanpa wayar sekarang ini masih lagi boleh dianggap tidak boleh diharap.

Pakej paling rendah adalah RM99 sebulan dengan kadar kelajuaan 1 Mbps. Modem adalah disertakan dengan penggunaan tanpa had. Pakej ini disasarkan kepada pengguna tunggal.

Bagi yang ingin berkongsi, pilihlah pakej “Multi User Package” dengan kelajuan 1.5 Mbps. Harga pakej ini adalah RM138 sebulan dengan penggunaan tanpa had.

Terdapat juga pakej yang datang sekali dengan komputer riba.

Carian kesini: