February 2, 2011

Telefon bimbit Nokia C5-03 ada WiFi ada 3G

Biasanya telefon bimbit yang mempunyai WiFi dikategorikan sebagai high-end, tetapi telefon bimbit sesentuh dari Nokia ini adalah berharga bawah RM700. Harga adalah sekitar RM650-RM670.

Amat sesuai bagi individu yang mempunyai akses WiFi tanpa perlu mendaftar pakej data dari penyedia perkhikhidmatan. Jika ikut spesifikasi, telefon ini turut dilengkapi aGPS serta kompas.

Dari segi kamera, ianya dilengkapi kamera 5MP dengan 4x zoom digital tanpa flash. Memori telefon adalah 40MB dan menyokong MicroSD sehingga 16GB. Tanpa kamera kedua bermakna 3G call tidak disokong.

Carian kesini:

March 2, 2010

Benchmark Dell Vostro 1088

Laptop ini telah diperkenalkan pada lewat 2009 dan berada dipasaran Malaysia pada tahun 2010 adalah laptop yang disasarkan kepada golongan profesional dan perniagaan. Ianya dikuasakan oleh Intel Core 2 Duo 2.1Ghz menyokong sehingga 4GB ram serta 320GB cakera keras.

Apa yang lebih menarik, terdapat dedicated graphic bagi laptop ini iaitu ATI Mobility Radeonâ„¢ HD 4330 512MB membolehkan laptop bermain permainan komputer.

Skrin laptop adalah bersaiz 14 inci dengan sokongan resolusi 1366×768 iaitu format Wide Display HD yang menyokong video output 720p.

Vostro 1088 dilengkapi Wireless-N WiFi, ada card reader, bluetooth, port Firewire serta pemacu 8x DVD/DVDRW.

Jika dilihat pada website Dell, terdapat 4 varian yang boleh dipilih, OS yang digunakan juga boleh dipilih dari Ubuntu atau Windows 7 Basic. Laptop yang sedang diuji ini adalah versi Windows 7 yang dipasang terus dari kilang.

Bagi penulis yang pernah pakai 3 jenama Notebook, Compaq(tak ingat model), Acer 4530, dan sekarang Dell Vostro 1088, didapati notebook ini yang paling berkuasa dari notebook lain. Compaq dikuasakan oleh Intel Dual Core, Acer 4530 menggunakan AMD Turion X2 manakala laptop ini menggunakan Core 2 Duo.

Bagi gaming, laptop ini paling berkuasa jika dibandingkan dengan Compaq yang menggunakan GMA serta Acer 4530 yang menggunakan NVIDIA 9100M.

Dari segi kepanasan, laptop ini paling panas, terutamanya di bahagian palmrest kiri, kedua panas adalah Compaq, dan paling sejuk Acer 4530.

Dari segi rekabentuk, Dell Vostro 1088 menang, diikuti oleh Compaq dan kemudian Acer 4530 yang kelihatan lebih feminin.

Laptop juga menggunakan discrete graphic bermaksud, grafik kad laptop boleh ditukar atau upgrade kepada grafik lebih baik. Ianya mempunyai modul grafik sendiri yang dikuasakan oleh ATI Mobility RadeonTM HD 4330  512MB.

Untuk senarai serta kelas bagi kad grafik yang dipasang pada laptop, bolehlah merujuk kepada link ini.

Spesifikasi Laptop

Pemproses
Intel(R) Core(TM) 2 Duo T6570 (2.1Ghz, 800Mhz, 2M L2 Cache)
Sistem Operasi
Genuine Windows(R) 7 Home Basic 32bit (English)
Memory
2GB (1x2GB) DDR2 SDRAM (laptop ini ditingkat naik kepada 3GB)
Display/Monitor
14.0 inch Wide Display HD (1366 x 768) with anti-glare
Hard Drive
320GB 5400RPM SATA Hard Drive
Optical Drive
8X DVD/RW Optical Drive
Graphic Card
ATI Mobility Radeonâ„¢ HD 4330 512MB
Service
1 Yr Next Business Day Onsite Service

Benchmark

Benchmark atau penanda aras adalah perkara standard untuk menguji komputer peribadi atau laptop. Perisian yang biasanya untuk menguji gaming PC adalah 3Dmark daripada Futuremark. Benchmark biasanya mengukur keupayaan gaming sesuatu laptop atau PC.

Untuk tujuan ini, beberapa siri perisian digunakan dan skor yang diperoleh dipaparkan.

Tujuan benchmark adalah untuk mengetahui sejauh mana keupayaan sesuatu perkakasan dalam komputer atau laptop terutamanya untuk gaming. Ianya juga biasa digunakan dalam tujuan menguji keupayaan overclocking. Biasanya nilai sebelum overclock akan dibanding sebelum dan selepas overclock.

Laptop Vostro 1088 tidak sesuai untuk overclocking kerana ianya sudahpun panas walaupun hanya melakukan tugas biasa yang tidak melibatkan penggunaan berat seperti bermain games.

Keputusan Benchmark

3DMark 2001 1024×768 = 14267
3DMark 2001 1366×768 = 12158
3DMark 2003 1024×768 = 7513
3DMark 2003 1366×768 = 6012
3DMark 2005 1024×768 = 5500
3DMark 2005 1366×768 = 4965
3DMark 2006 1024×768 = 3078
3DMark 2006 1366×768 = 2738
Pcmark Vantage = 3080

Pcmark Vantage adalah untuk menguji keupayaan CPU dan perkakasan lain serta tidak fokus kepada GPU. 3Dmark Vantage tidak dapat dilakukan kerana terdapat error untuk mengujinya kerana resolusi skrin tidak disokong walaupun sudah beberapa kali menukar resolusi. Cinebench juga tidak dapat dijanlankan kerana terdapat error semasa ujuan terhadap OpenGL.

Keupayaan gaming

4 permainan telah dicuba pada laptop ini iaitu Farcry 2, Crysis, Modern Warfare 2 dan Dirt 2. Game mampu dimainkan dengan resolusi laptop 1366×768 dengan baik bagi setting low atau medium. Terdapat kekurangan apabila game disetkan pada resolusi lain iaitu ianya tidak dapat skrin penuh atau fullscreen. Anggaran FPS(frame per second) bagi game adalah dari 15 fps ke 30 fps. Walaupun fps rendah, tetapi masih boleh dimainkan cuma apabila ada animasi, ianya sedikit tersangkut-sangkut. Walaupun begitu ianya tidaklah mengganggu bagi laptop yang bukan dikhususkan untuk permainan ini.

Perisian yang digunakan untuk periksa FPS permainan adalah Fraps. Perisian ini juga digunakan untuk cekupan skrin.

Bagi aplikasi pejabat dan grafik, sepatutnya tiada masalah dengan laptop ini.

Pro :  Boleh memainkan permainan terbaru komputer. Skrin cerah dan standard 720p. Mampu dibeli. Rekabentuk cantik.

Kontra :  Panas, terutama bahagian palmrest kiri. Pembesar suara perlahan. Headphone jack bahagian depan, sedikit menggangu bila perlu sambungkan pada pembesar suara luaran.

Galeri :

Carian kesini:

February 16, 2010

2010 handphone wishlist

Nampaknya wishlist aku tahun 2009 tak berjaya dizahirkan, bukan sebab xde duit, tapi sebab aku dah terlajak beli handphone lain. Biasanya handphone aku pakai tak sampai setahun ataupun sampai waranty habis, lepas tu aku jual atau trade in je dengan handphone baru, tapi kali ini aku fikir mau cari handphone yang boleh aku pakai 2 tahun at least.

Jadi bagi tahun ni aku nak renewkan wishlist aku. Mungkin nak pakai smartphone yang boleh support social network dan ada WiFi. Tak semestinya touch screen, tapi kalau touch screen memang bagus gak. Ikut trend sekarang.

HTC Snap ni ok gak bentuk dia. Harga sekitar RM1500 kalau tak silap.

Touchscreen, ada WiFi, 3G

Tengok pada spesifikasi, memang nampak menarik telefon bimbit ni. Dan paling penting, ianya Android. Harga sekitar RM1200.

Hati aku memang berkenan sangat dah kat HTC tattoo tu. Mungkin bulan 5 nanti baru mau tukar telefon bimbit sekarang.

Carian kesini:

February 3, 2010

Aspen, telefon bimbit terbaru Sony Ericsson

Sony Ericsson telah mengumumkan Aspen, iaitu telefon QWERTY yang menggunakan Windows Mobile Profesional 6.5.3. Walaupun ianya mempunyai kekunci QWERTY, ianya juga turut mempunyai skrin sesentuh.

Telefon ini boleh didapati dalam dua wariasi warna iaitu “Iconic Black” dan “White Silver” serta dikatakan akan berada dipasaran pada suku kedua tahun ini di pasaran tertentu tetapi belum diketahui dimana begitu juga masih belum ada maklumat mengenai harganya.

Specifikasi;

• Windows Mobile 6.5.3 Professional.
• Tri-band HSPA (850/900/1200) dan quad-band EDGE (850/900/1800/1900)
• Saiz: 117x60x12.45mm
• Berat: 130 gram.
• 2.4-inch touchscreen pada 240×320 (QVGA)
• kamera 3.2MP dengan 4x digital zoom.
• Bluetooth dengan A2DP
• 3.5mm headphone jack
• aGPS
• microUSB untuk sync dan pengecajan bateri.
• WiFi
• 4GB MicroSD (menyokong hingga 16GB)
• SPB Mobile Shell, Traveler dan ramalan cuaca terbina dalam.
• Waktu bercakap hingga 10 jam / waktu sedia 450 jam

Carian kesini: