May 20, 2011

Dua telefon bimbit terbaru bakal keluar dari Sony Ericsson

Telefon bimbit terbaru dari Sony Ericsson bakal keluar tidak lama lagi. Terdapat 2 model tetapi belum dinamakan. Salah satu daripada telefon itu merupakan waris kepada Xperia X8 dan dikatakan bakal dinamakan sebagai Txt Pro kerana mempunyai kekunci QWERTY penuh.

Sebuah lagi telefon bimbit berorientasikan Walkman mungkin juga bernama Mix Walkman.

Ini hanyalah tekaan. Jika anda mahu menang telefon bimbit ini, anda boleh menyertai pertandingan menamakan telefon bimbit ini.

 

 

Carian kesini:

June 20, 2010

Telefon bimbit Sony Ericsson Yendo

Telefon bimbit ini dikeluarkan sekali dengan Xperia X8 dan Sony Ericsson Cedar. Ianya merupakan telefon sesentuh yang menggabungkan Walkman, rangkaian sosial dan komunikasi dalam satu telefon bimbit yang berwarna warni. Sama seperti Xperia X8, ianya ada 4 sudut sentuhan pada menu bagi memudahkan capaian aplikasi.

Ciri-ciri Sony Ericsson Yendo

* Muzik – Ciri-ciri telefon Walkman â„¢, termasuk Touch TrackID â„¢, PlayNow â„¢ MediaGo dan
* Sosial – akses kepada rangkaian sosial seperti Facebook â„¢, Twitter â„¢, atau Orkut â„¢ dengan kamera 2MP bagi upload segera ke laman sosial.
* Komunikasi – melayari web, chat serta email
* Empat sudut, empat ikon – segala sesuatu yang anda inginkan di hujung jari anda

Terdapat lebih kurang 140 juta telefon Walkman terjual seluruh dunia manakala teknologi skrin sesentuh merupakan teknologi yang sedang berkembang.

Dengan pengenalan telefon bimbit ini, diharap segmen pasaran telefon skrin sesentuh akan lebih competitif menjadikan harganya semakin murah.

Carian kesini:

April 15, 2010

2 telefon bimbit terbaru Sony Ericsson, Spiro dan Zylo

Lama tak dengar berita dari Sony Ericsson. Baru-baru ni mereka telah mengeluarkan 2 lagi telefon bimbit terbaru iaitu Spiro dan Zylo. Kedua-duanya merupakan telefon bimbit Walkman tetapi tidak menggunakan nama siri W.  Spiro turut disertakan dengan aplikasi Facebook dan Twitter, satu kemestian bagi telefon bimbit generasi baru. Begitu juga dengan Zylo, tetapi Zylo ada juga aplikasi Flickr dan Picasa. Zylo juga boleh upload klip video ke youtube dengan mudah.

Sony Ericsson Spiro

Sony Ericsson Spiro

Dari segi spesifikasi, Spiro menyokong GSM GPRS/EDGE 900/1800 dan GSM GPRS/EDGE 850/1900. Rangkaian data adalah GPRS dan EDGE.

Sony Ericsson Zylo

Sony Ericsson Zylo

Manakala Zylo pula GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 + UMTS 2100 or 900 / 2100. Rangkaian data menyokong GPRS + EDGE + UMTS (3G) + HSPA

Carian kesini:

October 25, 2009

Satio – telefon bimbit baru Sony Ericsson kini di Malaysia

Satio adalah dikatakan telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson seperti Yari dan Aino kerana nama yang diberikan bukan lagi menggambarkan fungsi seperti sebelum ini contohnya “W” untuk telefon Walkman atau “C” Untuk Cybershoot.

Antara Yari dan Aino, Satio bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit high-end. Jika Yari tiada fungsi skrin sesentuh, Aino mempunyai skrin sesentuh yang terhad tetapi bagi Satio, ianya merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya.

Antara ciri-ciri utama Satio adalah:

  • Skrin lebar 16:9 3.5 inci
  • Kamera sehingga 12.1MP, fokus sesentuh, flash Xenon serta pengesan muka dan senyuman.
  • Album web dan fungsi pesanan
  • Menggunakan sistem operasi Symbian
  • Menu sesentuh media yang mudah dicapai
  • Pemain muzik yang kuat

Satio juga didatangkan dengan earphone tanpa wayar. Satio menyokong GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 850/900/2100.

Harga cadangan bagi telefon bimbit ini adalah RM2450-2550.

satio-1satio-2satio-3satio-4

Carian kesini: