January 17, 2009

Tweaking bash prompt. Langkah pertama customize linux anda

Apakah Bash?

Bash berasal daripada Bourne Shell, berasal dari projek GNU iaitu “Bourne Again SHell”.

Bash merupakan antaramuka arahan standard kebanyakan sistem linux. Ia merupakan prompt interaktif menyokong command line editing,completion dan recall. Ia juga merupakan prompt yang boleh diubah; ramai yang sedar tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk membuatnya.

Apa yang mampu dilakukan oleh Bash prompt?

Kebanyakan sistem linux mempunyai prompt default berwarna perang yang memberikan maklumat tentang nama pengguna dan nama mesin yang digunakan, dan ada juga menunjukkan direktori semasa. Semua ini merupakan maklumat berguna tetapi banyak lagi maklumat boleh ditunjukkan melalui prompt ini seperti nombor tty, masa, tarikh, load, bilangan pengguna, uptime dsb. Prompt juga boleh menggunakan warna ANSI sama ada untuk mencantikkannya ataupun untuk menunjukkan maklumat yang penting. Kita juga boleh memanipulasi bar tajuk dengan maklumat yang berkenaan dengan prompt.

Kenapa perlu tweak?

Selain kelihatan hebat, ia juga berguna untuk kesan maklumat sistem. Sesetengah orang yang berkerja dengan banyak sistem boleh membezakan warna antara satu sistem dengan sistem yang lain.

Langkah pertama

Pembolehubah yang biasa digunakan adalah PS1(pembolehubah PS2,PS3,PS4 biasanya tidak digunakan oleh pengguna biasa).Untuk menukar bash prompt pembolehubah PS1 perlulah diubah.Untuk tujuan eksperimen kita boleh terus menaip string PS1 terus pada prompt dan melihat hasilnya serta merta(hanya berkesan untuk sesi semasa dan berubah jika log keluar).

Contoh prompt:

[root@vps-svr1 ~]#

Sedikit tweaking :

[root@vps-svr1 ~]# PS1=”[\t][\u@\h:\w]\#”
[17:51:46][root@vps-svr1:~]#

Bacaan lanjut boleh rujuk artikel lama saya disini.

January 16, 2009

Vps server untuk dijual

Apakah Vps server?

Vps server adalah Virtual private server. Dimana server tersebut adalah server maya dalam server fizikal. Ini bermaksud terdapat server dalam server. Penggunaan sumber seperti CPU, Ram dan ruang cakera adalah terpisah daripada server utama.

Fleksibel?

Dengan Vps, kita boleh mengawal semuanya termasuk memiliki root password, boleh memasang program yang dikehendaki seperti MySQL,custom PHP setting,modul Perl dan sebagainya, pendek kata boleh digunakan untuk apa juga tujuan dengan kebebasan penuh seperti memiliki server sendiri.

Sumber pelayan dijamin?

Apa yang dimaksudkan sumber server(pelayan) dijamin? Ianya bermaksud, jika anda memesan VPS dengan CPU 250Mhz anda akan dapat kepantasan seperti itu dan tidak berkongsi sumber dengan pengguna lain. Berbeza daripada hosting biasa dimana penggunaan CPU adalah dikongsi bersama-sama dengan pengguna lain dalam server. Begitu juga penggunaan memori.

Jika berminat, bolehlah membuat pesanan disini.

Carian kesini: