November 15, 2009

OpenSuSE 11.2: Pandangan pertama

opensuse logo_smSelepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.

Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.

Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.

Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.

OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.

Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.

Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.

Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Proses pemasangan bermula.

Proses pemasangan bermula.

Melihat pemasangan terperinci.

Melihat pemasangan terperinci.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Browsing internet menggunakan Firefox.

Browsing internet menggunakan Firefox.

November 10, 2009

Sambungan 3G modem Huawei dengan Ubuntu 9.10

ubuntulogoManual ni aku buat untuk nota aku dan aku nak kongsi juga dengan korang.

Kadang kala sambungan internet tidak boleh dilakukan menggunakan Internet manager dalam Ubuntu walau berapa kalipun dicuba(saya merujuk kepada sambungan modem 3G usb) hingga boleh tercabut rambut-rambut akibat tak boleh.

Jangan risau, Ubuntu ada lagi satu utiliti penyambungan internet yang biasa digunakan bagi distro yang berdasarkan Debian iaitu pppconfig.

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah mencari maklumat dimana sambungan USB modem itu dibuat. Ia boleh dilaksanakan dengan arahan tail seperti berikut(arahan dilaksanakan dalam root);

tail -f /var/log/messages

Perhatikan dalam log bahawa modem itu dikesan;

Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.642511] usb 4-1: new full speed USB device using ohci_hcd and address 6
Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.867040] usb 4-1: configuration #1 chosen from 1 choice
Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.878240] option 4-1:1.0: GSM modem (1-port) converter detected
Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.878240] usb 4-1: GSM modem (1-port) converter now attached to ttyUSB0
Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.897474] option 4-1:1.1: GSM modem (1-port) converter detected
Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.897474] usb 4-1: GSM modem (1-port) converter now attached to ttyUSB1
Nov 10 22:07:47 hostmaster-laptop kernel: [  421.900022] scsi14 : SCSI emulation for USB Mass Storage devices
Nov 10 22:07:52 hostmaster-laptop kernel: [  426.906040] scsi 14:0:0:0: CD-ROM            HUAWEI   Mass Storage     2.31 PQ: 0 ANSI: 2
Nov 10 22:07:52 hostmaster-laptop kernel: [  426.938040] sr2: scsi-1 drive

Daripada log, dapat disimpulkan modem disambungkan pada port ttyUSB0 dan ttyUSB1. Langkah seterusnya membuat symbolic link.

ln -s /dev/ttyUSB0 /dev/modem

Buka pppconfig(dalam contoh ini saya menggunakan Umobile)

pppconfig

pilih Create>Provider Name(cth Umobile)>Configure Nameservers(Use Dynamic DNS)>Authentication Method(PAP)>Usename(none)>Password(none)>Speed(tekan enter sahaja)>Pulse or tone(tone)>Phone number (*99#)>Choose Modem Config Method(No)>Manually Select Modem Port(/dev/modem)>Finished

Finished configuring connection and writing changed files.  The chat         │
│ strings for connecting to the ISP are in /etc/chatscripts/Umobile, while     │
│ the options for pppd are in /etc/ppp/peers/Umobile.  You may edit these      │
│ files by hand if you wish.  You will now have an opportunity to exit the     │
│ program, configure another connection, or revise this or another one.

Untuk menyambungkannya cuma jalankan;

pon Umobile