December 5, 2010

Apa guna UNLIMITED kalau bandwidth limit

Nampak gayanya ISP U Mobile broadband yang aku pakai dah dah kuat kuasakan ‘Fair Usage Policy’ dimana setiap user hanya diberikan bandwidth sebanyak 5GB sahaja sebulan.

1.8 For our Broadband Service, your total usage per month shall NOT exceed 5GB of data volume transmitted (total upload and download usage). This is to ensure that no subscriber can congest the bandwidth at all times.

Masa aku call hari tu, benda ni baru dikuatkuasakan sejak 19 November. Aku tak tau sebab apa. Aku rasa ianya disebabkan oleh TM juga buat benda yang sama kot.  Ada orang kata U mobile guna Celcom punya line, sebab tu la ada limit macam ni. Celcom tu kan bawah TM juga.

Bagi aku 5GB tu mana cukup. Nak download ISO DVD linux pun dah berapa GB. Tak sampai sebulan confirm habis. Apa yang tak bestnye apabila di’capped’ speed jadi 128Kbps je. Alahai slow giler nak mampos. Buka 2 tab pun merangkak-rangkak.

ISP kat Malaysia ni memang macam nak cekik darah.

Carian kesini:

March 12, 2010

Loading blog, perlukah tukar tema?

Aku suka sangat dengan tema sekarang ni. Dan aku rasakan walaupun banyak widget aku letak, tapi loading masih lagi ok kalau dari sini la. Tak tau la kalau orang lain. Aku test guna U mobile broadband.

Tapi kekurangan tema wordpress sekarang tak boleh buat page 2, aku dah cuba godek-godek source code masih tak jadi. Tak tau silap kat mana. Dan aku pun dah semakin malas nak tukar tema bila tema nie dah modified banyak. Bila tak boleh buat page 2, pageview pun kurang juga. Susah juga ni kalau untuk masa akan datang, takkan nak harap linkwithin.

Kebimbangan aku yang paling besar adalah bila tukar tema takut page loading jadi lama, tak macam sekarang.

Kalau mengikut http://www.iwebtool.com/speed_test blog aku mengambil masa 3.02 saat untuk loading sepenuhnya. Blog paling cepat dah tentu knizam sebab blog beliau simple aje.

Boleh refer dibawah ni untuk test yang dibuat pada blog lain. Keputusannya tidak semestinya tepat sebab server iwebtool tentunya kat luar negara(US).

# Domain name Size Load Time Average Speed per KB
1 inertz.com 57.17 KB 3.02 seconds 0.05 seconds

2 kujie2.com 44.25 KB 1.45 seconds 0.03 seconds

3 knizam.com 38.61 KB 0.71 seconds 0.02 seconds

4 azmanishak.com 45.86 KB 2.48 seconds 0.05 seconds

5 ligakampung.com 64.5 KB 13.9 seconds 0.22 seconds

6 suhailatrdg.com 117.62 KB 4.39 seconds 0.04 seconds

7 amanz.my 23.28 KB 12.07 seconds 0.52 seconds

8 topotato.com 22.58 KB 1.3 seconds 0.06 seconds

9 ariffshah.com 65.45 KB 2.87 seconds 0.04 seconds

10 syafiq.net 48.5 KB 2.99 seconds 0.06 seconds

Carian kesini:

October 28, 2009

Keyword panas blog aku

hotBlog ni tak da la blog personal sangat sebab bosan la buat blog personal. Lagipun aku tak berapa pandai menulis sangat. Mungkin sebab kurang baca buku-buku cerita, kalau baca buku pun baca buku teknikal aje. Rasanye lepas ni kena baca gak novel-novel cintan cintun, baru le boleh menarik awek2 masuk blog ni. Hehe… Ade hati tuh.

Kat bawah ni adalah keyword-keyword panas(dari enjin pencari) blog aku. Keyword lucah memang sesuai tarik trafik rupenye. Tapi harap maaf ye. Ni bukan blog lucah ye. Ni laman penampan la. Kalo nak cari 3gp Melayu, cari tempat lain tau. Keyword ataupun tag memang memainkan peranan penting juga dalam menarik trafik.

escort girl 104
boboiboy 67
escort melayu 38
escort girl subang jaya 35
animonsta 26
freelance escort 25
animonsta studios 23
kilang proton 20
simptom h1n1 20
www.animonsta.com 20
telefon bimbit terbaru 17
JEMAAH MENTERI 15
www.animonsta.com. 14
karaoke raya 12
bonda urut batin 11
sate kajang haji samuri 11
harga nokia 5730 10
telefon bimbit sony ericsson 10
u mobile broadband 9
KD Sri Inderapura 9

Aku tak tau le macam mana orang lain main dengan tag dan keyword ni. Aku main belasah jek. Aku ada gak apply beberapa teknik untuk tarik trafik. Tapi memang biasa la. Lagipun blog ni bukan ada apa-apa pun. Blog biasa je.

Aku ada cuba gak nak buat blog niche, tapi rasa macam tak berapa pandai le. Godek-godek server pandai la. Godek-godek blog fail sikit.

Kesimpulannya, esok aku nak pegi memancing kolam air masin. Tak tau lagi kat mane.

*Keyword ni berdasarkan carian dari enjin pencari.

Carian kesini:

October 3, 2009

Realiti broadband Malaysia

reality_broadband_malaysia

Pernah baca kisah sedih U mobile broadband? Realitinya, benda ni takkan berkesudahan. Mana lebih bagus wired atau wireless? Tapi kalau google nampak macam sama je indek ketakpuasan hati pengguna internet Malaysia ni sama ada pakai wayar macam Streamyx atau wireless yang guna 3G takpun yang pakai WiMax macam P1.

Baru-baru ni, DiGi ada menawarkan pakej 3G broadband yang berkapasiti sehingga 2Mbps.  Dia punya pakej basic adalah RM58 dengan kelajuan download 700kbps. Mungkinkah ianya lebih baik daripada pakej 3G yang lain ditawarkan oleh Celcom dan Maxis? Hanya orang yang pernah pakai kesemuanya ja  tahu.

Kalau nak dikirakan, aku punya U mobile broadband sekarang dah ok sikit, dah tak de terputus-putus sekerap dulu. Mungkin dah ramai terminate kot menyebabkan node dia dah tak sesak. Tapi satu je yang tak best kalau pakai broadbad macam ni, IP dia berkongsi. Susah sikit la kalau nak download rapidshare. Bayangkan 1 IP berkongsi antara beratus mungkin beribu pengguna, tentula kantoi kalau pakai rapidshare yang cuma benarkan 1 IP download dalam satu-satu masa.

Siapa pernah dengar Canet? Kalau tak silap, Canet ni dulu menawarkan internet menggunakan parabola macam Astro tu. Dan siap ada saluran TV digital percuma lagi. Tapi sekarang dah berkubur kot. Mungkin sebab mahal agaknya. Tapi kalau harga memang kompetitif rasanya tak ada masalah dengan pengguna yang dahagakan perkhidmatan internet lebih berkualiti daripada sekarang ni yang macam siput.

Kalau korang nak tahu, aku dulu pernah kerja dengan kontraktor Streamyx, pasang Stramyx dan repair talian Streamyx. Apa yang aku dapat simpulkan adalah, masalah perlahan Streamyx adalah disebabkan oleh kualiti kabel. Kualiti kabel ni kalau kat dalam rumah kira internal wiring la. Cuba check kabel telefon, cuba tengok tembaga dalam kabel tu, adakah masih kuning ataupun sudah bertukar hitam? Kalau hitam kena tukar lah tu. Juga kalau talian telefon berkongsi dengan Streamyx pastikan ADSL filter dipasang pada telefon. Kalau semua ok, masalah tu berpunca dari luar lah tu. Jadi benda tu bawah TM dah.

Kalau bawah TM, benda yang mungkin menyebabkan masalah perlahan tu mungkin dari drop wire(kabel hitam dari tiang ke rumah) dah rosak. Mungkin juga fius dekat tiang tu dah rosak. Boleh jadi juga sambungan kat DSLAM tu tak bagus. Mungkin juga port ADSL tu bermasalah. Dan banyak lagi kemungkinan.

Carian kesini: