June 3, 2011

Pratonton Windows 8, optima untuk skrin sesentuh

Microsoft telah mempertontonkan antaramuka baru Windows 8 degan konsep sistem operasi baru yang lebih mirip kepada sistem operasi peranti pertama kalinya kepada umum. Didapati juga antaramuka bagi sistem operasi ini hampir mirip kepada sistem operasi Windows Phone 7. Sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini dikatakan menyokong skrin sesentuh sepenuhnya tanpa memerlukan papan kekunci atau tetikus untuk beroperasi.

Ciri baru sistem operasi ini adalah:

  • Pelancaran aplikasi lebih pantas dengan antaramuka berbentuk ubin(tile) dengan bebutang Start yang baru
  • Notifikasi daripada applikasi laman sosial seperti Twitter dan sebagainya
  • Menyokong sepenuhnya HTML5 serta javascript
  • Menyokong mode berbilang tugas
  • Pelayar Internet Explorer 10 lebih pantas

Sistem operasi baru kelak masih lagi menyokong perisian sedia ada tetapi dengan antaramuka baru boleh dikatakan Microsoft mula beralih kepada sesuatu yang beroientasikan multimedia interaktif sepenuhnya. [via]

Carian kesini:

April 12, 2011

Nokia menguatkan pasaran telefon bimbit dengan pengenalan 2 model baru

Nokia hari ini telah melancarkan secara rasmi 2 model baru telefon bimbit. Nokia E6 untuk profesional dengan kekunci QWERTY dan Nokia X7 yang berorientasikan skrin sesentuh.

Nokia E6 adalah kesinambungan daripada Nokia E71 dan E72. Generasi kali ini menyokong kedua-dua fungsi iaitu sesentuh dan kekunci QWERTY. Dengan kekunci fizikal QWERTY menaip email dan berbalas sms lebih mudah. E6 mempunyai memori dalaman sebanyak 8GB dan menyokong memori tambahan sehingga 32GB. Telefon bimbit ini menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps dan juga WiFi. E6 adalah antara telefon Symbian terawal yang menggunakan sistem operasi Symbian Anna. Untuk spesifikasi lengkap bolehlah merujuk ke link berikut : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-e6-00/specifications

Nokia X7 merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya. Ianya lebih berorientasikan multimedia dengan skrin lebar bagi penggemar video. Dengan skrin sesentuh AMOLED 4 inci, amat sesuai untuk menonton video HD dan melayari laman web dari telefon bimbit. Telefon ini juga turut direka untuk pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana suapan RSS boleh diterima secara terus kedalam telefon bimbit. Degan skrin lebar juga, permainan menjadi lebih mengujakan.

X7 disertakan dengan kad memori 8GB SD dan mampu menyokong sehingga 32GB. Sama seperti E6, ianya menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps serta WiFi. Untuk spesifikasi penuh layari : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-x7-00/specifications

Carian kesini:

November 12, 2010

7.5 juta pemilik akaun Facebook datang dari Malaysia

Logo Facebook

Logo Facebook

Adalah dianggarkan 7.5 juta akaun Facebook datang dari Malaysia. Bayangkan jumlah pendapatan yang boleh dijanakan daripada Facebook jika pembangun Aplikasi tempatan yang berasaskan Facebook merebut peluang ini. Ini bukan cerita Korek hidung dapat duit ye…

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.

“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.

“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.

Sumber KOSMO.

August 31, 2010

Raya sakan dengan Churp2

Korang tau ke ChurpChurp tu ape?  Kalau yang tak tau lagi, ChurpChurp adalah merupakan media pengiklanan yang menggunakan Twitter dan baru-baru ini mereka memperkenalkannya pula untuk platform Facebook.

ChurpChurp ni boleh buat duit kalau pandai. Aku punya dah pernah cashout sekali dan tengah cukupkan untuk payment kedua pulak. Tak rugi join ni lagipun bukan kena bayar pun. Free aje untuk join.

Yang aku paling suka, ChurpChurp tiada masalah dengan Twitterfeed. Aku pernah email ChurpChurp dulu.

Bagi yang dah ada ChurpChurp,  sekarang ini tengah berjalan pertandingan “Spread the Love and Get Rewarded” sampai 2 September. Cuma promote link aje.

Siapa yang belum ada ChurpChurp, boleh le klik link ni.

Carian kesini: