February 9, 2010

Twitterfeed boleh dipakai dengan Churpchurp

churpchurpIngat tak aku pernah komen pasal churpchurp tempoh hari?

Ianya berkenaan dengan twitterfeed sama ada boleh stream tak ke twitter. Aku disable benda tu sebab aku takut aku punya churpchurp kena disable. Aku telah rujuk Publisher Terms And Conditions dekat sini,  dan aku masih kabur kat part;

Furthermore, a Micro-Blog which merely reproduces other sources, e.g. by aggregating one or more RSS feeds, does not qualify for participation in the ChurpChurp Network. Any form of misuse will lead to immediate blocking of the Publisher’s account.

Jadi aku telah berhubung dengan pihak churpchurp untuk kepastian.

Well, good news.

Churpchurp tak ada masalah dengan twitterfeed :-)

Hi,

I have several blog that have RSS.

Can i use http://twitterfeed.com to stream latest post to twitter. twitterfeed can fetch RSS from any source.

If i make new post on blog, it will also make a tweet and redirect to my blog.

Jawapan diaorang;

Hello, Adi.

If the Twitter feed service does not interrupt or redirect our churps from your Twitter account, it should be alright for you to use it.

Churpchurp make me happy :-) Sebijik kek coklat untuk budak ofis hehe….

Kek Coklat

Kek Coklat

Carian kesini:

December 14, 2009

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, korang dah join ke?

Hidup berani untuk gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Aku tak pernah lagi join contest dari blog, tapi dengan hadiah bernilai lebih RM3750 macam teruja pula nak join. Aku tengok ramai blogger dah join macam beliamuda, X-PO,anarm dan even orang kuat advertlets pun join contest ni. Result keyword “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” adalah 683000 semasa entry ni ditulis. Banyak tu.

Entry ini juga bermain dengan SEO google berdasarkan ranking dalam search engine. Blog dengan keyword “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang. Banyak juga tu.

Penaja yang terlibat untuk pertandingan ni adalah DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Promosikan pertandingan ni pun boleh dapat duit. RM10 bagi setiap referall yang dibuat untuk pertandingan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“. Mudahnye.

Tak cukup dengan tu, penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Cerita tentang gagal atau dalam kata omputehnye Loser memang tak kan lekang dari kehidupan manusia. Yang penting kita kaji balik kenapa kita gagal. Aku juga pernah menjadi seorang Loser dulu. Aku tak nak ceritakan apa yang aku gagal dulu sebab ianya sangatlah menyedihkan. Aku lagi suka cerita tentang kejayaan. Kejayaan hari ini bermula dengan kegagalan aku dulu. Tak nak dah aku gagal. Aku dah serik gagal.

Hidup berani untuk gagal adalah berbicara tentang risiko. Mungkin ianya melibatkan tentang pelaburan yang kita buat, kalau tak berjaya kita akan musnah tapi tetap juga mengambil risiko itu. Ianya juga mengambarkan kesanggupan untuk menghadapi kegagalan.

Aku masih ingat setahun dulu ketika company tempat aku kerja ni hampir-hampir menemui kegagalan. Alhamdulilah sebab keberanian semua staff termasuk Bos yang berani mengambil risiko telah membuahkan hasil sekarang ini. Kami bertatih dan merangkak pada mulanya untuk menaikkan kembali syarikat.

Buat masa sekarang, bila aku rasa down atau kecewa, aku akan fikir balik masa aku susah dulu, masa aku tak ada kerja dulu. Bertapa seksanya.

Nak menjadi seorang yang berjaya tak boleh ambil jalan singkat aku fikir. Kena berusaha keras juga.

Kadang kala kita fikir dunia ni macam tak adil. Kenapa ada orang kaya, kenapa ada orang miskin. Sebenarnya kalau semua orang kaya, siapa yang nak jadi kuli bila semua nak jadi bos. Tiada nelayan yang nak menangkap ikan. Ada duit boleh beli aja. Tapi siapa pula nak bekerja kat pasar raya. Semua dah kaya buat apa kerja lagi.

Sebab itulah ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang gagal, ada orang berjaya, ada orang pandai, ada orang bodoh. Ada orang jadi bos ada jadi kuli.

Aku masih teringat lagi kata-kata member sekolah aku dulu;

“Apa yang paling kita nak tu lah yang paling susah nak dapat”

Ape yang paling aku nak?  Aku nak Lamborghini Reventon sebijik. Boleh korang bagi?

Lamborghini Reventón

Entry ini merupakan reaksi kepada contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati. Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL adalah contest terakhir penutup bagi tahun 2009 dimana anda hanya perlu tulis entry bebas di blog korang.

Syarat-syarat dan pengeras bagi menyertai contest ini adalah:

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dan saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog : contoh saya tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog inertz.com.
3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest ”HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Yang Terbuku Di Hati.
6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest (akan diumumkan kemudian).

Pertanyaan

Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.

Aku tahu contest(HIDUP BERANI UNTUK GAGAL) ni melalui blog beliamuda btw.

*UPDATE: Sebanyak 133 blog telah menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL setakat ini.

Zai KuLiM, Zie Fauzi, Tinta Comel Lote, Precious, MamaCun, Siti Sifir’s SuperNova, Cinta Itu Ini, Permata Hati Umi, Zul’s Blog, Ratu Salju, JOsh Lim, Anarm, Yang Baik, Propito, MyAdha, LizaRazak, SepatDotNet, AndyHowtt, nTah apa-apa jak ka, Melayu Boleh Zone, Ini Blog Neyra, Azizwan, Beliamuda, Duit Mari, Taufidris, Syakila, Blog Juniza, InaSepi, Syed Akmal, Arieyblog, Blog Ariff, Aku dan Kamu, Teratak Maya, Cuzshar dot com, Blog MohdIsa, Dilot, ZonArtis, MySuperKids, Aenaz.com, Topotato, X-PO, Blog Wazy, AhmadRushdi dot com, MohdHafizul dot com, Cakapbebanyak, aku BLOG download, Loqnerd.com, Tengku Aizat, JoeGrimJoy, Yuitsumuni, Blossom Blossom, ItsFreeLol, MyOnlineContest, Pepelungu, littlemamadiary, Lotikus di sarimankan, NurIstimewa, MombloggersPlanet, Earncent, Oh! Blur, Wawwi.com, Merry Go Round, Duniaku Sendiri, Everything 4 you, Kulanzsalleh dot com, Erk Emo, Sederhana Itu Indah, Fuckdehblog, Saya Baek, Adiaz’s World, Hanya Aku dan Dia, Music Innovasion, Oh Hai, TheWayIThink, MohdFaiz, AdilArshad, InaHasan, Blog Guleng-Guleng, Live.Laugh.Love, Untitled, Conteng-conteng, Masih di sini, Hans, artmywork, Segalanya Ku Terima, A Temporary Housewife, Life was A Bitter Sweet, IzanCute, Roslan Nazri, expect the unexpected, Hidup Berani Untuk Gagal, Insan Tinggi, My Music  My Computer My Life, Bunga-bunga Kehidupan, Ana, Showertherainbow, Seorang Mama, MyStore, Bicara Santai, MyLife, Yanmieonline, Archmay Life, Wingzero, Luthtextile, Dear Diary, EdyFinites, Ellyn Blog, AhamadFaiqNaufal, Layan4u, Ridza Cuma, Azfarul.com, Mohd Hanafi, A’An’s Blog, RestnRileks, Sarahata, BD Fabregas, FakhriRamley, AhmadSabri, Lisa dan Khusairi, Kewangan Peribadi, LadyNass, from Trong with Love, Eriyza, SMK Puchong Utama, Sueellablog, Hydir, Emencer, Nathirah, Melayu Boleh, Aku Wanita Biasa, Chanteq Corner

Carian kesini:

October 16, 2009

Churpchurp ada sikit pelik

Sape ada join churpchurp?

Ada kepelikan tak sejak dua mejak ni? Aku dah mengalami kepelikan 2 kali. Kali pertama bila ada kempen Olay hantar dalam email, tapi bile buka churpchurp xde plak. Kepelikan kedua berlaku baru tadi.  Kempen kali ini adalah untuk Happy.

Kalau tengok dalam email, kempen masuk hari ni;

churpchurp2

Kalau tengok dalam churpchurp plak, Publish target: 10 Sep 2009

Skang dah Oktober. Tak kisah le, janji aku selesaikan kempen tu. Nak kata aku xde time tu aku mula cuti 19. Pelik gak nie. Agaknye dah banyak kempen aku dah melepas.

Bagi yang belum tahu, churpchurp salah satu produk nuffnang. Churpchurp menggunakan twitter.

How it work? hmmm

Pengiklan beli iklan jumpa churpchurp>churpchurp assign iklan kepada twitterer untuk di tweet>twitterer tweet kepada follower>churpchurp bayar kepada twitterer> Pengiklan pun gembira selepas kempen berjaya.

Soalan dan jawapan berkenaan churpchurp, boleh semak blog chokilala.com

BTW kalau korang xde follower dan nak follower janganlah segan-segan tambah aku.  Boleh la aku tembak iklan-iklan aku kat korang hehehe…

Kalau korang nak tau, lagi ramai follower lagi masyuuuuk.

Carian kesini:

May 17, 2009

Twitter microblogging

twitterSiapa tidak kenal Twitter? Twitter merupakan platform blogging micro kerana kita cuma boleh menghantar post sebanyak 140 aksara sahaja. Entry yang ditaip dipanggil tweets seperti bunyi burung kicau. Pengguna boleh hantar dan terima tweets melalui website Twitter, sms atau aplikasi luar yang menggunakan twitter API. Twitter menggunakan bahasa pengaturcaraan Ruby.

Twitter diperkenalkan pada 2006 oleh Jack Dorsey dan mula meningkat populariti sejak itu kerana kepesatan teknologi disamping kepopularan SMS, ianya juga turut dikenali SMS internet.

Menteil ada menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang menyokong twitter. Aplikasi ini membolehkan penggunaan twitter dengan lebih maksima.

Korang boleh follow aku kat twitter juga;

@inertz