Adsense merupakan program pengiklanan yand dipelopori oleh Google, iaitu peneraju enjin carian. Dengan kadar pertukaran RM dan USD yang tinggi, Adsense menjadi pilihan utama bagi blogger Malaysia yang inginkan sedikit tambahan pendapatan daripada laman blog.
Idea google memang unik dimana sebelum ini hanya syarikat-syarikat besar sahaja mampu menaja iklan didalam laman web, tetapi sekarang bergantung kepada budget sesiapa sahaja boleh beriklan dengan google. Program ini lebih dikenali sebagai Adword.
Adsense pula adalah program bagi pengguna yang ingin menambahkan pendapatan melalui iklan yang dipaparkan dalam laman web. Setiap klik akan dibayar oleh google. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada page impression dan niche keyword yang terkandung dalam laman web atau blog. Juga terdapat iklan-iklan murah dalam Adsense. Walaupun kita mendapat banyak klik belum tentu kita akan mendapat banyak pendapatan. Dikatakan iklan yang tertinggi boleh didapati dari google adalah 60++USD satu klik.
Sedikit tips dari saya boleh dibaca disini.

Follow me on Social Media