March 9, 2009

Tingkatkan trafik blog

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

traffic-jamEntry ini adalah lanjutan berkenaan dengan entry  saya sebelum ini berkenaan meningkatkan pageview.  Ada lagi 1 entry di blog saya yang lain.

Blog yang bagus jika tiada trafik tidak berguna. Tanpa trafik kita seolah-olah cakap sorang-sorang, tiada yang mendengar. Apa yang kita bebelkan, idea yang dicurahkan, emosi dan sebagainya jadi seperti syok sendiri. Memang betul blog adalah sesuatu yang peribadi. Tetapi bergantung kepada kandungan blog, sesuatu isu itu juga boleh mempengaruhi orang untuk marah,  sedih, gembira dan sebagainya. Blog pelik-pelik pun pasti akan kita jumpa, contohnya fail blog iaitu blog berkenaan dengan kegagalan, pernah juga baca blog orang islam yang bela anjing dan pertahankan pendiriannya, tapi dah lupa link dia. Ada blog masak-masak malah ada blog 18 SX macam sabul.

Sekarang ini blog seperti blog politik atau blog berkaitan celebriti mempunyai trafik yang tinggi. Juga blog berkaitan bahan lucah juga tinggi.

Dalam blog aeropama.com ada entry berkaitan meningkatkan trafik dengan komen. Juga ada eksperimen dari azwan.my. Entry beliau boleh didapati disini. Blog taukey.com pun ada juga cerita berkaitan dengan benda ni, tapi lebih kepada backlink. Senarai do follow blog pula boleh klik sini.