January 14, 2010

Cinta itu menyakitkan

Apa itu Cinta? Adakah ianya kesakitan? Sebagai lelaki, aku mahu tahu adakah perempuan itu benar-benar mencintai kita. Adakah katanya selari hatinya. Sekuat manakah cintanya pada kita. Sedalam mana cintanya. Apakah pengorbanan yang dia sanggup buat? Apakah perempuan sanggup menyiksa diri demi kekasihnya. Apakah perempuan menipu dengan kekasihnya.

Adakah aku perlu bercinta dengan 10 orang seperti Dato K baru aku cukup “haul” kata Adlin dalam bercinta. Sedangkan sorang pun dah memeningkan kepala. Oh apekah?

Pada aku hubungan yang semakin lama terjalin semakin teruji tiap hari. Apakah ini juga akan berterusan setelah berkahwin. Ataupun ianya terus kekal lenyap ditelan zaman. Adakah kesakitan ini boleh diubat. Apakah ubatnya?

Adakah perempuan selalu bersyarat? Kalau nak itu, kena bagi ini atau “they just mark their territory”. Apakah mereka materialistik atau cuma cemburu buta.

Adakah mereka akan kekal mencintai kita atau cintanya pudar ditelan masa? Adakah wanita itu seperti lilin dan sanggup berkorban untuk kita?

Apakah soalan-soalan ini mampu dijawab oleh wanita?

Oh, apakah aku mengarut ni….

*Dato K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti Nurhaliza, tapi member aku. K stand for “Kasehnova”. Lagenda mengatakan beliau bercinta dengan 11 orang wanita. Sekarang ini beliau bahagia dengan seorang isteri dan seorang anak dan tinggal di Terengganu.

Carian kesini:

October 23, 2009

Pengarah syarikat Buluhmas dihadapkan ke Mahkamah

buluh-masDua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta.

Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan hasil daripada kegiatan itu untuk membeli sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, membeli beberapa rumah kedai di Kedah dan Terengganu, membayar deposit kenderaan dan kereta mewah, membeli unit-unit amanah dan sebuah banglo di Terengganu.

Azmi juga menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit tanpa lesen yang sah dari 14 Dis 2006 hingga 13 Okt 2008 dan dari 14 April 2008 hingga 13 Okt 2008 mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Azmi diikat jamin RM200,000 bagi kesemua tuduhan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis Tanjung Karang pada setiap satu haribulan sehingga kes selesai.

Hakim Datuk Anita Harun pula membenarkan Ame Hamzah diikat jamin RM350,000 dan perlu melapor diri di Balai Polis Tanjung Karang pada setiap satu haribulan sehingga kes selesai.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes manakala kedua-dua beranak itu diwakili peguam Mohd Yunus Sharif. BERNAMA

Carian kesini:

April 20, 2009

Sotong mabuk laut

KUALA TERENGGANU: Orang ramai yang berkunjung di pantai Batu Rakit, dekat sini, semalam, bagaikan berpesta apabila ribuan sotong dinaikkan dengan hanya menggunakan tangguk.

sotong

Rezeki tidak diduga itu menyebabkan pesisir pantai berkenaan dipenuhi orang ramai sejak jam 5.30 petang hingga lewat malam untuk menangkap sotong yang dihanyutkan arus.

Malah, ada pengunjung yang tidak mempunyai peralatan sanggup meredah ombak menangkap hidupan laut itu menggunakan tangan.

Beberapa penduduk ketika ditemui turut terkejut melihat sotong yang banyak dihanyutkan ombak ke pantai.

Sumber hmetro.

April 20, 2009

Majoriti ADUN BN Terengganu mahu MB letak jawatan

terengganuSejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber Malaysiakini.