August 25, 2010

Telefon skrin sesentuh terbaru Nokia 5250, telefon bimbit mampu milik

Selepas beberapa minggu gambar Nokia 5250 bocor dalam Ovi Store, ianya akhirnya dilancarkan secara rasmi. Telefon bimbit skrin sesentuh ini dikuasakan oleh Symbian^1 menyasarkan kepada pasaran budget tapi masih mahu telefon berskrin sesentuh.

Nokia 5250 dilengkapi dengan memori dalaman 51MB tetapi dapat ditingkatkan dengan kad memori sehingga 16GB. Telefon ini mempunyai radio FM serta turut di pasang dengan Guitar Hero 5 Mobile. Telefon ini juga dilengkapi dengan Ovi Music Unlimited bagi pasaran tertentu.

Peranti ini bertahan 18 hari waktu sedia dan 7 jam waktu bercakap. Jika bermain muzik, telefon ini mampu bertahan 24 jam tanpa henti.

Dalam hal rangkaian, ianya menyokong GSM/EDGE dan juga GPRS. Skrin telefon mempunyai piksel 640×360 serta nisbah aspek 16:9. Ia juga mempunyai kamera 2MP dibahagian belakang.

Sayangnya bingkai skrin agak tebal menyebabkan skrin kelihatan menjadi kecil. Walaubagaimanapun, telefon ini pastinya bakal menjadi kegemaran bagi yang mahu mencuba telefon skrin sesentuh tetapi dikekang oleh kewangan yang terhad. [via]

Carian kesini:

August 1, 2010

Telefon bimbit Nokia E5 sudah berada di pasaran

Telefon bimbit terbaru dari Nokia ini baru sahaja berada di pasaran Malaysia dan mula diperkenalkan sejak April 2010. Telefon ini merupakan telefon berbentuk QWERTY yang dimana sebelum ini dominan dengan barisan telefon bimbit Blackberry.

Nokia E5 menyokong jaringan 2G dan 3G. Juga ianya menyokong EGPRS, WCDMA, HSDPA/HSUPA (3.5G) serta WiFi. Telefon bimbit ini juga memiliki 5MP kamera dengan EDOF.

Telefon juga turut dilengkapi dengan GPS dan OVI Maps 3.0. Jika dilihat daripada spesifikasi, ianya disasarkan kepada golongan profesional walaupun harganya tidaklah begitu mahal. Harga cadangan adalah sekitar RM800-RM900.

Carian kesini:

February 8, 2010

Samsung CorbyPRO B5310

Samsung CorbyPRO B5310 adalah telefon bimbit slider hybrid dengan papan kekunci penuh QWERTY. Ianya adalah versi naitaraf dari versi Corby sebelum ini.

Kekunci QWERTY memudahkan pemiliknya untuk menulis sms dan email tanpa mengorbankan gaya Corby asal. Ia juga menggabungkan permintaan pengguna perniagaan dengan pelbagai hiburan dan kemampuan multimedia, semuanya disampaikan dengan rekabentuk bergaya. Ciri lain adalah termasuk perkhidmatan push email, perbualan SMS serta akses kepada rangkain sosial seperti Facebook dan MySpace.

Telefon bimbit terbaru ini dilengkapi dengan kamera 3.2MP, WiFi serta 3G/HSDPA sesuatu yang tidak ada pada versi Corby sebelum ini. Harga bagi telefon bimbit ini adalah sekitar RM890-RM930.

Carian kesini:

February 4, 2010

Motorola Zeppelin didedahkan di Brazil

Telefon bimbit terbaru Motorola ini yang diura-urakan bakal menggunakan Android 1.5 telah kelihatan di Brazil.

Masih tiada lagi spesifikasi teknikal telefon ini kerana ianya hanyalah sebuah prototaip tetapi jika dilihat dari bentuknya, bolehlah dikatakan agak menarik.

Sudah pasti ianya telefon skrin sesentuh!

[via]