October 12, 2009

Komputer dirampas, guna perisian cetak rompak

pirate

Perisian original mahal kan? Kalau setakat student, adakah korang akan beli perisian original? Tak payah le jawab, aku boleh teka sendiri. Berapa kerat sangatkah kita yang beli perisian original, hakikatnya perisian original dengan yang cetak rompak tiada banyak beza langsung, hanyalah perisian original itu berlesen.

Kalau nak banding harga memang jauh sangat beza.  Microsoft Windows XP home yang asli boleh didapati dengan harga RM295 tapi kalau yang cetak rompak, boleh didapati dengan harga bawah RM10.  Tu pun siap boleh dapat XP profesional lagi. Dengan perisian lain tak payah banding lah, memang ada perisian yang harga beribu-ribu tapi versi cetak rompak berapa sangat lah harga dia.

Kat ofis-ofis pun belum tentu lagi pakai perisian original sepenuhnya.

Siapa perlu disalahkan? Pengguna? Penguatkuasaan yang lemah? Penjual? Kilang yang mengeluarkan?

Kalau dah dikenakan tindakan seperti dibawah ni, baru le mengelabah;

Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas sejumlah perisian komputer yang dipercayai melanggar peraturan bernilai RM794,300 daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kota Kemuning, Selangor pada Khamis lepas.

Ketua pengarahnya Mohd Roslan Mahayudin berkata rampasan ini kali pertama membabitkan institusi pendidikan yang disiasat di bawah Akta Hakcipta 1997.

“Pegawai penguatkuasa mengesan 58 salinan perisian yang melanggar peraturan dalam lapan komputer yang bernilai RM24,000 di pejabat pentadbiran institusi itu dan kita telah merampas kesemua untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Dalam satu lagi serbuan terhadap sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur pada 7 Okt, bahagian penguatkuasa KPDNKK merampas 74 salinan perisian cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM125,800 dalam lapan buah komputer yang bernilai RM21,000 untuk siasatan lanjut.

“Kebanyakan suspek yang menggunakan perisian cetak rompak yang dikenakan tindakan ini menggunakan pelbagai versi program komputer seperti program Adobe, Autodesk, Microsoft dan Solidworks,” katanya.

Sumber Malaysiakini.

Penyelesaian? Perlahan-lahan beralih kepada Linux.

Carian kesini:

August 15, 2009

Pencipta MamakSpot cipta Penjejak Badai GPS

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

Azril Nazli Alias mencipta pelbagai jenis aplikasi termasuk sistem pengurusan rangkaian WiFi, MamakSpot dan penjejak badai GPS hanya kerana hobi.

JIKA Zulkifli Haron terkenal dengan ciptaan mekatroniknya, tidak keterlaluan andai Azril Nazli Alias diletakkan sebaris dengan pencipta kereta ala Knight Rider itu. Walaupun berada dalam bidang yang berbeza, Azril, 32, seharusnya mendapat pengiktirafan atas sumbangannya dalam dunia teknologi maklumat. Apa yang uniknya, hampir kesemua ciptaan dan aplikasi yang dibangunkannya itu lahir daripada suka-suka atau hobi.

Bagi mereka yang berada di dalam komuniti pengguna Linux, khususnya yang menyertai forum My-Linux, nama Bazet mungkin tidak asing lagi. Bazet merupakan nama samaran Azril yang mula berkecimpung dalam dunia Open Source sekitar 10 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu, Azril telah menghasilkan banyak aplikasi untuk kegunaan komputer dan juga telefon bimbit.

Salah satu aplikasi popular yang dibangunkannya adalah MamakSpot iaitu sebuah sistem pengurusan rangkaian WiFi yang disasarkan kepada pemilik WiFi yang ingin mengawal penggunaan akses Internet mereka, selain memastikan penggunaan rangkaian mereka tidak digunakan secara ‘suka-suka’ oleh sesiapa sahaja.

Keupayaan MamakSpot untuk diintegrasikan ke dalam Access Point (AP) tertentu tanpa memerlukan sebuah pelayan khusus untuk tujuan pengesahan pengguna seperti RADIUS menjadikannya begitu popular khususnya buat mereka yang menjalankan perniagaan restoran. Ini kerana kosnya lebih rendah berbanding memiliki sebuah AP komersial yang mencecah harga ribuan ringgit.

Satu lagi aplikasi yang telah dibangunkan oleh Azril ialah aplikasi pemantau berasaskan GPS (Global Positioning System) yang dinamakan Penjejak Badai GPS. Aplikasi yang dibangunkan itu menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, Python untuk S60 dan pangkalan data MySQL ini membolehkan kedudukan pengguna telefon bimbit dilihat pada Google Maps.

penjejak_badai_gps

Kaedah yang diguna pakai mirip kepada sistem keselamatan GPS kenderaan yang terdapat di pasaran hari ini. Namun aplikasi ini sebenarnya menjejak telefon bimbit yang mempunyai keupayaan GPS. Kedudukannya akan ditentukan oleh GPS dan seterusnya maklumat berkaitan latitud dan longitud tersebut akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke pelayan melalui modem GSM. Seterusnya, butiran kedudukan ini akan diterjemahkan ke dalam bentuk Google Maps.

Selain mampu memberitahu kedudukan penggunanya, ia juga boleh memberitahu sekiranya pengguna memandu lebih daripada kelajuan yang dibenarkan serta boleh memaparkan log perjalanan. Dengan kata lain, kita boleh melihat pergerakan kita dalam tempoh yang dikehendaki sama ada harian, mingguan mahupun bulanan.

Azril yang pernah bertugas di beberapa syarikat teknologi maklumat terkenal di Malaysia juga merupakan pengasas Protonmania.com iaitu portal khusus buat peminat kereta buatan Malaysia, Proton. Selain mencintai teknologi maklumat, Azril juga gemarkan modifikasi kereta dan sering menguji ‘jentera’ kesayangannya di litar lumba Sepang, Selangor.

Ketika ditanya tentang rancangannya pada masa akan datang, Azril memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk projek seterusnya yang akan menggunakan teknologi VoIP (Voice Over Internet Protocol). Namun menurutnya, modal menjadi cabaran utama dalam merealisasikan idea-idea yang terdapat dalam kotak fikirannya.

“Selama ini, semua projek yang saya jalankan menggunakan duit poket sendiri, yang saya kumpul hasil pendapatan bekerja,” ujar Azril. “Namun bagi mengumpul sejumlah wang yang besar dalam tempoh yang pendek agak sukar, justeru sekiranya ada pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan saya untuk projek saya akan datang, saya amat mengalu-alukan,” tambah Azril.

Sumber Kosmo.

Versi demo Penjejak badai GPS : http://map.jobber.my/

Blog beliau : http://blog.jobber.my/

Carian kesini: