September 20, 2010

Tema iPhone Nokia 5800

*Bagi yang tak mampu pakai iPhone tapi nak gak cuba feel iPhone.
Tema dan aplikasi ni sesuai untuk telefon sesentuh Nokia 5800. Memang ada banyak tema dan applikasi Symbian yang cuba untuk menjadikan telefon bimbit Symbian kelihatan seperti iPhone tetapi apa yang aku pasang adalah 3 ni je.

Perisian pertama adalah nUnLock, iaitu perisian kunci skrin seperti iPhone.

Perisian kedua adalah vMenu. Vmenu menjadikan menu telefon bimbit scroll sebelah kiri dan kanan dan bukan atas bawah seperti asal.

Yang ketiga adalah tema. 2 tema yang aku telah pasang iaitu iPhone by Dsma dan iPhone Dark 5th by Dsma. Semua applikasi Symbian dan tema ini boleh korang dapati dari laman web http://mobile9.com

Video ada sedikit blur lah.

Carian kesini:

December 16, 2009

Nokia 5235, upgrade daripada Nokia 5230

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

Nokia 5235 adalah adik kepada Nokia 5230 dimana ianya mempunyai persamaan dengan telefon bimbit itu. Telefon ini didatangkan dengan Symbian S60 edisi 5 merupakan salah satu telefon bimbit berorientasikan muzik.

Nokia 5235

Nokia 5235

Nokia 5235 dilengkapi skrin lebar bersaiz 3.2 inci dengan resolusi 640×320 piksel. Ianya juga merupakan telefon skrin sesentuh.

Dari segi sambungan, ianya menyokong GSM 850/900/1800/1900, WCDMA 850/1900, 850/2100 dan 900/2100. Ianya menyokong WiFi dimana Nokia 5230 tidak ada.

Ciri utama lain termasuk kamera 2 megapiksel, Bluetooth 2.0 + EDR, Flash Lite 3.0 dan Java MIDP 2,1 API. Frekuensi WCDMA yang disokong bergantung pada lokasi dsb.

Telefon bimbit ini bakal berada dipasaran Malaysia tidak lama lagi.

Carian kesini:

December 6, 2009

Nokia X3, terbaru di pasaran Malaysia

nokiaX3Nokia X3 yang baru ini dirancang untuk pecinta muzik dan merupakan yang Symbian siri 40 pertama menyokong Ovi Store. Peranti muzik Nokia X3 adalah nipis dan kompak  dilengkapi dengan stereo speaker, built-in FM radio, dan kamera 3,2 megapiksel.

Untuk  pengalaman hiburan menakjubkan, Nokia turut memperkenalkan Nokia Mini Speaker MD-9, sebuah pembesar suara ukuran saku, dan Nokia Bluetooth Headset BH-505 iaitu neckband yang ergonomik dan ringan untuk muzik dan panggilan audio walaupun dalam persekitaran bising.

Telefon bimbit ini boleh didapati dengan harga sekitar RM600-RM620.

Carian kesini:

October 25, 2009

Satio – telefon bimbit baru Sony Ericsson kini di Malaysia

Satio adalah dikatakan telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson seperti Yari dan Aino kerana nama yang diberikan bukan lagi menggambarkan fungsi seperti sebelum ini contohnya “W” untuk telefon Walkman atau “C” Untuk Cybershoot.

Antara Yari dan Aino, Satio bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit high-end. Jika Yari tiada fungsi skrin sesentuh, Aino mempunyai skrin sesentuh yang terhad tetapi bagi Satio, ianya merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya.

Antara ciri-ciri utama Satio adalah:

  • Skrin lebar 16:9 3.5 inci
  • Kamera sehingga 12.1MP, fokus sesentuh, flash Xenon serta pengesan muka dan senyuman.
  • Album web dan fungsi pesanan
  • Menggunakan sistem operasi Symbian
  • Menu sesentuh media yang mudah dicapai
  • Pemain muzik yang kuat

Satio juga didatangkan dengan earphone tanpa wayar. Satio menyokong GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 850/900/2100.

Harga cadangan bagi telefon bimbit ini adalah RM2450-2550.

satio-1satio-2satio-3satio-4

Carian kesini: