August 24, 2011

Nokia memperkenalkan 3 telefon bimbit terbaru dengan Symbian Belle

Nokia hari ini telah mengeluarkan 3 telefon bimbit terbaru yang bakal mengguna sistem operasi Symbian Belle. Telefon bimbit tersebut adalah Nokia 700, Nokia 701 dan Nokia 600. Antara ciri yang paling menonjol bagi Symbian Belle adalah keupayaan NFC.

Dengan hanya 50 sentimeter padu, seberat 96gm dan pada 110 x 50,7 x 9,7 mm, Nokia 700 bukan sahaja menjadi telefon pintar Nokia yang paling kecil , ia adalah telefon pintar monoblock sesentuh yang paling padat di dunia. Telefon ini dikuasakan oleh pemproses 1GHz, skrin 3.2 inci ClearBlack AMOLED, 2GB memori dalaman (dengan pilihan menggunakan kad microSD 32GB) serta HD video dan 5MP kamera fokus penuh dengan LED flash. Telefon ini juga mesra alam.

Nokia 701 pula bedasarkan kepada Nokia C7. Ianya merupakan telefon bimbit nipis dengan paparan 3.5 inci. Dari segi keupayaan, ianya dikuasakan oleh 1Ghz pemproses, kamera fokus penuh RMK-8 serta dual LED flash dan 2 X digital zoom. Memori dalaman telefon adalah 8GB dan jika ditambah 32GB memori simpanan menjadi 40GB.

Satu lagi telefon yang diperkenalkan oleh Nokia adalah Nokia 600. Telefon ini sesuai untuk peminat muzik. Dengan 60 jam masa main balik muzik, pembesar suara dalaman yang begitu kuat dan keupayaan aliran muzik wayarles kepada aksesori NFC, ia adalah telefon pintar yang sempurna untuk parti. Walaupun harga telefon ini lebih murah dari Nokia 700 dan Nokia 701 tetapi ianya turut dilengkapi oleh pemproses 1GHz, beserta memori dalaman 2GB. Telefon ini juga menyokong sehingga 32GB memori tambahan.

Carian kesini:

April 12, 2011

Nokia menguatkan pasaran telefon bimbit dengan pengenalan 2 model baru

Nokia hari ini telah melancarkan secara rasmi 2 model baru telefon bimbit. Nokia E6 untuk profesional dengan kekunci QWERTY dan Nokia X7 yang berorientasikan skrin sesentuh.

Nokia E6 adalah kesinambungan daripada Nokia E71 dan E72. Generasi kali ini menyokong kedua-dua fungsi iaitu sesentuh dan kekunci QWERTY. Dengan kekunci fizikal QWERTY menaip email dan berbalas sms lebih mudah. E6 mempunyai memori dalaman sebanyak 8GB dan menyokong memori tambahan sehingga 32GB. Telefon bimbit ini menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps dan juga WiFi. E6 adalah antara telefon Symbian terawal yang menggunakan sistem operasi Symbian Anna. Untuk spesifikasi lengkap bolehlah merujuk ke link berikut : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-e6-00/specifications

Nokia X7 merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya. Ianya lebih berorientasikan multimedia dengan skrin lebar bagi penggemar video. Dengan skrin sesentuh AMOLED 4 inci, amat sesuai untuk menonton video HD dan melayari laman web dari telefon bimbit. Telefon ini juga turut direka untuk pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana suapan RSS boleh diterima secara terus kedalam telefon bimbit. Degan skrin lebar juga, permainan menjadi lebih mengujakan.

X7 disertakan dengan kad memori 8GB SD dan mampu menyokong sehingga 32GB. Sama seperti E6, ianya menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps serta WiFi. Untuk spesifikasi penuh layari : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-x7-00/specifications

Carian kesini:

February 20, 2011

Gambar bocor telefon bimbit Blackberry Dakota

Gambar terbaru Blackberry Dakota yang bakal keluar tidak lama lagi menunjukkan bahawa belakang telefon bimbit ini mempunyai belakang carbon fibre. Ianya dikatakan pengganti kepada Blackberry Bold.  Dikatakan telefon bimbit ini mempunya ruang simpanan sebanyak 6.5GB dengan RAM 512MB.

Telefon ini menggunakan sistem operasi 6.1 dengan skrin 640×480, Magnetometer, Accelerometer, Proximity , NFC, serta kamera 5MP. [sumber]

Carian kesini:

August 7, 2010

RIM perkenalkan BlackBerry Torch 9800

Setelah tersebarnya beberapa gambar bocor di internet, akhirnya RIM(Research In Motion)  mempamerkan telefon bimbit terbaru mereka yang mengabungkan telefon bimbit slider dan telefon bimbit skrin sesentuh.

Dengan ini lebih mudah menaip sms dengan papan kekunci disamping dengan pengalaman skrin sesentuh membolehkan mencapai menu dengan lebih pantas. Telefon ini juga dikuasai oleh sistem operasi baru iaitu BlackBerry 6. BlackBerry Torch membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan cara apapun yang mereka inginkan.

BlackBerry Torch merupakan telefon bimbit pertama dari RIM yang menggunakan BlackBerry 6. BlackBerry 6 juga menyokong kemaskini bagi telefon bimbit terdahulu walaupun bukan semuanya seperti BlackBerry Bold 9700, BlackBerry Bold 9650 dan BlackBerry Pearl 3G.

Ciri-ciri BlackBerry Torch
• Gaya elegan, saiz   4.4″(5.8″ terbuka) x 2.4″x 0.57″ dan berat 5.68 auns
• 3.2″360 Ö 480 paparan skrin sentuh kapasitif
• 35 key backlit full QWERTY keyboard, yang selesa dibuka untuk menaip
• Optical trackpad yang membuat navigation cepat dan halus
• Pemproses 624 MHz dengan memori 512 MB Flash
• 4 GB built-in  memori ditambah microSD / slot kad memori SDHD yang menyokong hingga 32 GB kad
• kamera 5 MP dengan flash, auto fokus terus-menerus, Stabilisasi gambar, scene mode, geo-tagging dan zoom, serta merakam video sehingga 640 Ö 480
• Built-in GPS untuk aplikasi berasaskan lokasi dan geo-tagging
• Wi-Fi ® (802.11 b / g / n)
• 3.5mm stereo headset jack
•C iri telefon premium, termasuk panggilan suara diaktifkan, speakerphone dan Bluetooth ® (2.1) dengan sokongan untuk alat dengar bebas tangan, stereo headset, car kit (termasuk sistem yang menyokong standard Bluetooth Message Access Profile) dan lain-lain aksesori Bluetooth
•  BlackBerry ® Desktop Software 6 dengan sync media yang terintegrasi untuk mudah synchronize  muzik, foto dan video
• Tri-band HSDPA (3G) dan quad-band EDGE  untuk pilihan perkhidmatan suara di lebih dari 220 negara, perkhidmatan data di lebih daripada 195 negara dan sambungan 3G di lebih daripada 125 negara, termasuk Jepun dan Korea Selatan
• 1300 mAhr bateri yang mempunyai sekitar 5,8 jam masa bual pada rangkaian 3G atau 30 jam pemutaran audio atau 6 jam pemutaran video

Carian kesini: