Satio adalah dikatakan telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson seperti Yari dan Aino kerana nama yang diberikan bukan lagi menggambarkan fungsi seperti sebelum ini contohnya “W” untuk telefon Walkman atau “C” Untuk Cybershoot.
Antara Yari dan Aino, Satio bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit high-end. Jika Yari tiada fungsi skrin sesentuh, Aino mempunyai skrin sesentuh yang terhad tetapi bagi Satio, ianya merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya.
Antara ciri-ciri utama Satio adalah:
- Skrin lebar 16:9 3.5 inci
- Kamera sehingga 12.1MP, fokus sesentuh, flash Xenon serta pengesan muka dan senyuman.
- Album web dan fungsi pesanan
- Menggunakan sistem operasi Symbian
- Menu sesentuh media yang mudah dicapai
- Pemain muzik yang kuat
Satio juga didatangkan dengan earphone tanpa wayar. Satio menyokong GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 850/900/2100.
Harga cadangan bagi telefon bimbit ini adalah RM2450-2550.
Carian kesini:
- sony ericsson satio (356)
- harga sony ericsson satio (219)
- harga sony ericsson satio di malaysia (172)
- satio (156)
- harga satio (85)
- sony satio (62)
- telefon bimbit baru (60)
- sony ericsson baru (52)
- harga satio di malaysia (38)
- harga telefon di malaysia (31)







Follow me on Social Media