May 11, 2010

Emas, makanan orang-orang kaya

Serius, bila dah banyak sangat duit, dah tak tau nak buat apa. Buat makanan dengan emas? Serius? Boleh makan? jawapannya adalah ya.

Emas merupakan salah satu logam yang amat berharga. Ianya lambang kekayaan kepasa seorang individu sehinggakan ada orang menyalut keretanya dengan emas. Sebenarnya emas rapat dengan kita, bukan sahaja sebagai barang kemas, tetapi juga sebenarnya dalam barangan elektronik, cip elektronik kebanyakannya dari emas.

Pernah dengar orang membeli decoder Astro yang rosak? Cuba teka untuk apa?

Tapi ada sesetengah orang masih tak puas lagi dengan emas sehinggkan mencipta makanan dari emas. Contohnya seperti dibawah.

1. Coklat bersalut emas.

Mengikut sumber, coklat jejari ini adalah disalut dengan emas boleh makan. Mengandungi 6 keping dan disalut oleh emping emas. Kononnya coklat ini adalah untuk hadiah kepada yang tersayang. Kalau korang dapat ni korang makan ke?

2. Cerut bersalut emas.

Cerut memang lambang lelaki kaya dan berduit. Biasanya dikaitkan dengan status seseorang itu. Tapi aga juga orang kaya yang tak isap cerut. Cerut ini dikatakan disalut dengan emas. Bukan cerut Cuba tapi Dominica.  Sedap sangat ke cerut? Sapa pernah cuba?

3. Lollipop bersalut emas.

Suke lollipop? macam mana pula yang bersalut emas? Sanggup ke nak makan kalau orang biasa-biasa je.

4. Sundae emas.

Selalu makan kat MCD mesti ada yang beli aiskrim sundae. Strawberi atau coklat. Cuba perisa emas pula kali ni.

[via]

Carian kesini:

January 27, 2010

Musibah, balasan, malapetaka, kesusahan, hukum karma

eksidenPernahkah anda menghadapi musibah atau kesusahan? Demam teruk, motor pancit tengah jalan kena tolak, kereta rosak walaupun baru, anak sakit, pekerja bermasalah di pejabat, hidup tak tenteram, rumah kena rompak, isteri/suami curang, kemalangan dan sebagainya. Mungkin bagi yang kurang berfikir, sukar nak menafsirkan mengapa ianya terjadi.

Hidup ini umpama roda, kadang diatas, kadang dibawah. Ada ketikanya kita berada dipuncak, dan akan ada masanya kita mungkin akan terjelepuk jatuh kebawah. Bagi yang beringat, perkara ini mungkin tidak berlaku.

Ianya adalah kesan dan akibat apabila kita membuat sesuatu perkara. Ia adalah hukum karma. Sebagai contoh katakan hari ini kita menipu orang, adalah tidak mustahil satu masa nanti orang pula akan menipu kita. Lihatlah sekeliling kita.

Hendak bercakap juga perlu berhati-hati, hendak mengata orang juga perlu beringat. Berkemungkinan orang yang kita katakan itu lebih baik daripada kita. Jika tiada perkara yang positif nak dicakapkan lebih baik diam. Jari telunjuk yang menunding pada orang, 4 jari menunding kepada kita.

Bagi pasangan bercinta yang belum kawen tu, berpada-padalah dalam berkasih sayang, kalau dah termasuk air lebih tu cepat-cepatlah kumpul duit dan kawen macam En Azman. Dah kawen macam-macam boleh buat, buat la puas-puas . Tak ada siapa nak larang lagi.

Cuba fikirkan sejenak, katakan kita telah terlanjur dengan pasangan kita, adakah kita rasakan ianya akan tamat setakat itu sahaja. Cuba fikirkan, adakah umur kita setakat itu sahaja. Tidakkah kita dapat fikir umur akan meningkat. Katakan kita bertanggungjawab dan mengambil pasangan kita sebagai isteri/suami. Fine. Tapi cuba fikirkan apabila anak kita sudah besar sama seperti umur kita nanti, mana tahu pasangan anak kita nanti akan melakukan perkara yang sama pada anak kita.

Janganlah menayakan orang, kelak tuhan akan membalas kita balik. Tuhan tidak pernah lupa kepada apa yang kita lakukan pada orang lain. Doa orang yang dianiaya adalah mustajab.

Jika kita teraniaya, serahkan sepenuhnya pada tuhan untuk membalasnya.

Jika kita yang menganiaya orang, bersedialah menerima pembalasan darinya.

Carian kesini:

November 24, 2009

Budaya lepak dan ponteng sekolah dikalangan pelajar

Budaya lepak dan ponteng sekolah bukanlah perkara baru, ianya sudah ada sejak lama dulu cuma istilah lepak tu baru. Kalau nak ikut zaman aku sekolah dulu, tak pernah aku ponteng sekolah semata-mata untuk lepak. Maklumla kelas pandai dulu :P

Zaman aku sekolah dulu mana ada CC lagi kat bandar. Jadi tak ada la istilah lepak-lepak kat CC. Ponteng sekolah tak jadi perkara serius kat sekolah. Masih lagi terkawal.

Berbeza dengan sekarang, budak-budak sekrang bukan setakat ponteng sekolah malah sudah berani melawan guru. Tapi tu cerita lain.

Aku nak ucapkan tahniah kepada sekumpulan guru di JB yang menjadi Paparazi mengintip kegiatan murid-murid yang ponteng. Sekurang-kurangnya ianya mengurangkan gejala ponteng ni kat sekolah. Ibu-bapa dan guru masing-masing sepatutnya bekerjasama untuk mendidik murid-murid dan tidak hanya menyandarkan beban pada guru-guru.

CCJOHOR BAHRU: Misi sekumpulan guru yang terpaksa menjadi ‘paparazi’ selama hampir dua bulan bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya ini berjaya merakamkan kira-kira 50 gambar dan video pelajar terbabit melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan bermoral termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.

Semuanya akan dijadikan bahan bukti untuk didedahkan pada ibu bapa, sekali gus membuka mata mereka berhubung sikap sebenar anak masing-masing di sekolah berbanding ketika di rumah.

Pengurusan Sekolah Menengah Tun Syed Nasir di sini, terpaksa mengambil pendekatan berbeza daripada kebiasaan itu bagi membendung gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah berkenaan yang meruncing terutama pada beberapa hari terakhir sebelum tamat penggal persekolahan 2009, Jumaat lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Abdullah Abdul Rahman, berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan timbul keresahan di pihak sekolah dan ibu bapa berikutan bilangan pelajar sekolah berkenaan ponteng pernah mencecah kira-kira 100 orang setiap hari.

Katanya, bilangan pelajar di sekolah berkenaan kira-kira 2,000 orang, namun gejala ponteng sekolah tidak sepatutnya diberi pengecualian dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pelajarnya, kerana ia ibarat barah yang boleh merosakkan badan manusia jika tidak dirawat di peringkat awal.

“Sekumpulan guru yang ditugaskan mengawasi pergerakan kumpulan pelajar yang disyaki sebagai kaki ponteng dengan menjadikan lorong berhampiran kawasan sekolah sebagai tempat melepak merakam pelbagai aksi mengejutkan kami.

“Mereka bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,” katanya selepas Seminar Budaya Lepak, Maksiat dan Jenayah di sekolah berkenaan, kelmarin.

Majlis dirasmikan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor yang turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

“Tindakan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa, tetapi lebih kepada menimbulkan kesedaran kepada pihak terbabit dan menunjukkan pihak sekolah berusaha melakukan sesuatu bagi membendung gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar,” katanya.

Menurutnya, PIBG merancang melakukan pemeriksaan mengejut di lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘port’ pelajar ponteng sekolah menghabiskan masa dengan membawa bersama ibu bapa pelajar yang disyaki.

Menurutnya, ibu bapa harus sedar peranan mereka juga penting dalam memastikan anak-anak yang keluar rumah pada hari persekolahan, benar-benar sampai di sekolah dan tidak melencong ke tempat lain.

“Hasil rakaman dan gambar itu membantu kami mengurangkan kes pelajar ponteng sekolah, di mana rekod terakhir menunjukkan bilangan pelajar ponteng sekolah ialah kira-kira 30 orang berbanding 100 sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihak pentadbiran sekolah dan guru harus memainkan peranan bagi membendung masalah pelajar ponteng sekolah.

Katanya, polis sentiasa membuka pintu kepada pihak sekolah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung tindakan ke arah membendung gejala tidak sihat membabitkan pelajar.

“Gejala ponteng sekolah tidak seharusnya berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila lebih 100 orang dikatakan ponteng sekolah setiap hari, ia sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera,” katanya.

Sumber Metro.

Carian kesini:

November 15, 2009

OpenSuSE 11.2: Pandangan pertama

opensuse logo_smSelepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.

Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.

Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.

Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.

OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.

Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.

Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.

Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Proses pemasangan bermula.

Proses pemasangan bermula.

Melihat pemasangan terperinci.

Melihat pemasangan terperinci.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Browsing internet menggunakan Firefox.

Browsing internet menggunakan Firefox.