December 12, 2009

Sumpahan minyak

klccMalaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak di dunia. Siapa tak kenal menara berkembar Petronas atau KLCC. Siapa tak kenal Petronas melaui Formula 1. Namanya gagah dimata dunia. Tetapi;

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ‘sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Andai kata khazanah negara yang satu diagihkan seadilnya, rasanya mungkin negara kita dah menghampiri negara maju, atau sekurang-kurangnya setanding dengan Singapura.

Maaf, aku bukan penentang pembangunan, tapi cuma menyatakan pandangan.

Carian kesini:

February 6, 2009

Perak akan dikuasai BN

Negeri Perak akan dikuasai oleh BN selepas DYMM Sultan Perak tikak memperkenankan pembubaran DUN. Berita terkini menyebut majlis angkat sumpah MB akan berlaku pada hari ini(Jumaat), manakala majlis angkat sumpah exco akan berlaku pada Selasa depan. Adun Pangkor Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak. Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Sementara itu tokoh politik UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai “babak-babak yang  memalukan.”

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata  beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.