November 12, 2009

Sanggup bunuh diri selepas adik ditembak mati polis

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adiknya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada empat orang anaknya.

Menurut setiausaha agung penaja Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar, wanita tersebut kini sedang dirawat bersama dua anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Manakala dua lagi anaknya dalam keadaan stabil.Isnin lalu, adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.

Polis mendakwa kelima-lima mereka – berusia 17 hingga 30 tahun – adalah anggota geng ‘PCO Boy’, yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan.

Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, Uthayakumar berkata: “Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut.”

Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu.

Sumber Malaysiakini. Gambar Kosmo.

Dizaman moden dan serba canggih ni, yang betul nampak salah dan yang salah nampak betul.

Carian kesini:

October 8, 2009

Jangan ketawa

ketawaKetawa dikatakan terapi untuk stress.  Ketawa juga dikatakan sebagai senaman muka, ini adalah kerana ketika ketawa otot-otot pada bahagian muka bergerak.

Ketawa biasanya dikaitkan dengan benda-benda kelakar yang kita lihat atau dengar. Kita juga boleh ketawa jika digeletek.

Contoh perkara yang lucu yang membolehkan kita ketawa seperti melihat orang melatah, melihat aksi badut, melihat lawak yang dilakukan pelakon dalam kaca tv seperti senario dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa secara purata, kita ketawa 15 kali dalam sehari.

Bayi juga ketawa, kanak-kanak juga ketawa jika diusik, orang tua juga pandai ketawa. Orang yang ketawa sorang-sorang mungkin orang gila.

Untuk release tension, tengoklah video ketawa dibawah.

Yang ni feveret aku nih, pensel berbulu senyum.

Carian kesini:

October 3, 2009

Realiti broadband Malaysia

reality_broadband_malaysia

Pernah baca kisah sedih U mobile broadband? Realitinya, benda ni takkan berkesudahan. Mana lebih bagus wired atau wireless? Tapi kalau google nampak macam sama je indek ketakpuasan hati pengguna internet Malaysia ni sama ada pakai wayar macam Streamyx atau wireless yang guna 3G takpun yang pakai WiMax macam P1.

Baru-baru ni, DiGi ada menawarkan pakej 3G broadband yang berkapasiti sehingga 2Mbps.  Dia punya pakej basic adalah RM58 dengan kelajuan download 700kbps. Mungkinkah ianya lebih baik daripada pakej 3G yang lain ditawarkan oleh Celcom dan Maxis? Hanya orang yang pernah pakai kesemuanya ja  tahu.

Kalau nak dikirakan, aku punya U mobile broadband sekarang dah ok sikit, dah tak de terputus-putus sekerap dulu. Mungkin dah ramai terminate kot menyebabkan node dia dah tak sesak. Tapi satu je yang tak best kalau pakai broadbad macam ni, IP dia berkongsi. Susah sikit la kalau nak download rapidshare. Bayangkan 1 IP berkongsi antara beratus mungkin beribu pengguna, tentula kantoi kalau pakai rapidshare yang cuma benarkan 1 IP download dalam satu-satu masa.

Siapa pernah dengar Canet? Kalau tak silap, Canet ni dulu menawarkan internet menggunakan parabola macam Astro tu. Dan siap ada saluran TV digital percuma lagi. Tapi sekarang dah berkubur kot. Mungkin sebab mahal agaknya. Tapi kalau harga memang kompetitif rasanya tak ada masalah dengan pengguna yang dahagakan perkhidmatan internet lebih berkualiti daripada sekarang ni yang macam siput.

Kalau korang nak tahu, aku dulu pernah kerja dengan kontraktor Streamyx, pasang Stramyx dan repair talian Streamyx. Apa yang aku dapat simpulkan adalah, masalah perlahan Streamyx adalah disebabkan oleh kualiti kabel. Kualiti kabel ni kalau kat dalam rumah kira internal wiring la. Cuba check kabel telefon, cuba tengok tembaga dalam kabel tu, adakah masih kuning ataupun sudah bertukar hitam? Kalau hitam kena tukar lah tu. Juga kalau talian telefon berkongsi dengan Streamyx pastikan ADSL filter dipasang pada telefon. Kalau semua ok, masalah tu berpunca dari luar lah tu. Jadi benda tu bawah TM dah.

Kalau bawah TM, benda yang mungkin menyebabkan masalah perlahan tu mungkin dari drop wire(kabel hitam dari tiang ke rumah) dah rosak. Mungkin juga fius dekat tiang tu dah rosak. Boleh jadi juga sambungan kat DSLAM tu tak bagus. Mungkin juga port ADSL tu bermasalah. Dan banyak lagi kemungkinan.

Carian kesini:

August 9, 2009

H1N1 ragut 8 lagi nyawa

h1n1Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Beliau memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa sebahagian daripada kematian tersebut membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Star melaporkan Liow sebagai berkata, seorang daripada korban tersebut adalah gadis berusia 20 tahun, seorang pelajar kolej, yang meninggal selepas menerima rawatan pesakit luar.

Menurutnya, pada masa ini, terdapat 62 pesakit yang sedang menjalani rawatan, 13 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima lagi sedang menunggu keputusan ujian.

Sumber Malaysiakini.