Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelawat inertz.com.
Puasa tinggal berapa hari aje lagi kan. Kira masing-masing dengan mood raya dah ni.
Sesiapa yang naik moto tu diharap bawa moto hati-hati, jangan merempit. Yang bawa kereta tu juga hati-hati. Jangan la disebabkan nak cepat sampai keselamatan diabaikan. Biar lambat asal selamat. Kalau mengantuk rehat lah sekejap di R&R.
Aku mungkin akan balik pada 17 atau 18 haribulan. Rindu betul dengan kampung. Kira minggu ni minggu terakhir kerja la sebelum balik kampung. Kira jasad ada kat sini tapi jiwa dan minda dah ada kat kampung dah ni. Hehe…
Dikesempatan ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pelawat blog tak popular ni. Jika ada tersilap tulis dan ada menyinggung sesiapa diharap mohon ampun.
Aku akan bercuti dalam lebih kurang seminggu. Jadi dalam masa tu tak ade la update blog.
Datuk Seri Najib Razak berkata Kartika Sari Dewi Shukarno – yang akan dihukum sebat enam rotan selepas Ramadhan atas kesalahan mengambil alkohol – boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.
Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, Bernama memetiknya sebagai berkata.
Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.
Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini.
Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya.
Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Mulianya Ramadhan
Hari Esok Kita Berpuasa
Setahun Sekali Hanya Sebulan
Sempatkah Kita Menyempurnakan
Hingga Sampai Ke Penghujungnya
Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa
Menahan Diri Dari Lapar Dahaga
Menekan Nafsu Bermaharajalela
Melatih Diri Beramal Sentiasa
Sepanjang Ramadhan
Syaitan Dalam Rantaian
Terbuka Luas Pintu Kebaikan
Tanda Rahmat Kasih Sayang Tuhan
Itulah Kemuliaan Di Bulan Ramadhan
Solat Tarawih Menjadi Amalan
Meriahkan Lagi Keberkatan Malam
Tadarus Quran Penambah Seri
Tenangkan Hati Membersihkan Diri
Paling Istimewa Di Bulan Ramadhan
Berlakunya Malam Lailatul Qadar
Turunlah Malaikat Meraikan Semua
Menyambut Amalan Yang Ikhlas Di Antara Kita
Sebulan Sudah Ramadhan Bersama
Tibalah Syawal Tanda Kemenangan
Sempurnakah Segala Amalan
Adakah Kita Berjumpa Semula
Di Ramadhan Yang Akan Datang
Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.
Menurut Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.
Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.
Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.
Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.
Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Asri rebah ketika pegang mikrofon
Penerbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata beliau terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula.
“Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai,” katanya, sebak.
Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan.
“Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah.
“Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila,” katanya.
Pemuzik terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, Ramli MS berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar terhadap industri muzik nasyid negara.
“Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya… ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar,” katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi.
Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.
“Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik… dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati sesiapa sahaja,” kata Ramli.
Sumber Malaysiakini.
Daripada Allah kita datang, dan kepadanyalah kita akan dikembalikan. Al Fatihah.
Follow me on Social Media