November 12, 2009

Sanggup bunuh diri selepas adik ditembak mati polis

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Anggota Polis memeriksa kereta penjenayah PCO Boy

Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adiknya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada empat orang anaknya.

Menurut setiausaha agung penaja Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar, wanita tersebut kini sedang dirawat bersama dua anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Manakala dua lagi anaknya dalam keadaan stabil.Isnin lalu, adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.

Polis mendakwa kelima-lima mereka – berusia 17 hingga 30 tahun – adalah anggota geng ‘PCO Boy’, yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan.

Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, Uthayakumar berkata: “Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut.”

Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu.

Sumber Malaysiakini. Gambar Kosmo.

Dizaman moden dan serba canggih ni, yang betul nampak salah dan yang salah nampak betul.

Carian kesini:

June 21, 2009

Tinggal aku sendiri

aloneMalam ini seperti biasa aku rasa malas hendak pulang. Walaupun shift kerja aku sudah tamat, tapi bosan rasanya balik awal. Bukan ada apa pun kat rumah. Lainlah kalau dah kahwin. Dah tentu dapat peluk isteri. Rasanya tangan ini gatal untuk melayari internet. Walaupun hampir 24 jam depan komputer, rasanya masih belum puas.

Kerja 12 jam amatlah memenatkan. Esok cuti. Nik awal-awal lagi dah ajak memancing. Tapi sayangnya esok ada kawan(Zack) hendak datang. Mungkin datang mungkin tidak. Macam tak pasti sahaja Zack tu nak datang.

Alif datang awal hari ni. Entah apa mimpi dia. Tapi datang-datang saja terus buka PC hafiz untuk main game Dota.

Tak ada apa-apa yang penting berlaku hari ni. Macam hari-hari biasa sahaja. Membosankan. Memang hidup ni membosankan agaknya.

Andai aku ada duit banyak, dah tentu aku keluar daripada kemelut kebosanan ini. Mungkin aku akan pergi melancong ke Paris, London atau New York. Atau sekurang-kurangnya pergi ke Pulau Tioman. Tak pun menyertai mana-mana trip memancing. Pergi berkhemah pun cantik juga.

Macam mana kalau ada cuti yang betul-betul cuti. Cuti yang betul-betul adalah cuti yang sebenar. Cuti yang merehatkan kepala. Tidak fikir langsung tentang kerja dan masalah-masalah lain. Cuma untuk berehat. Kalau di tempat kerja dulu, bos dulu selalu cakap,

Kerja bersungguh-sungguh, cuti pun bersungguh-sungguh.

Kerja bagai nak mati pun tak ada orang peduli. Cuti bagai nak mati pun tak ada orang nak peduli. Masalahnya apa makna semua ini. Adakah kehadiran kita di dunia ini ada kesan pada orang lain. Apakah esok lusa masih ada untuk kita? Apakah esok lusa kita masih bernasib baik seperti sebelum ini? Atau apakah masih ada orang yang sayang?

Adikku manja, kan abang dah cakap,

Belajar rajin-rajin. Besar nanti boleh jadi orang berguna. Besar nanti boleh dapat kerja bagus. Boleh beli apa yang kau nak. Boleh beli rumah besar, kereta mahal. Boleh dapat tewan wanita yang cantik-cantik sebab duit tu macam magnet.

Cinta di persimpangan.

lalatOrang kata kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Apa agaknya difikiran orang dulu-dulu masa memikirkan peribahasa ini ya? Perempuan ini ibarat lalat. Jika seekor lalat jatuh dalam minuman, tenggelamkan lalat itu dalam minuman. Sebabnya adalah pada badan lalat itu ada racun ada penawar.

Adakah aku frust? Tak juga. Cuma sejak dua tiga mejak ni migraine aje. Mana nak cari penawar.

Carian kesini:

May 22, 2009

Jalan-jalan cari makan

Lama dah aku tak makan Chiken Chop. Haha…

Sekali termengidam pulak. Oleh kerana Mr Janggel tak jadi training boling,wah bukan main ko ye nak kurus badan ke
aku pun meracun Mr Janggel untuk pergi Kajang berjumpa Mr Sawi untuk pegi makan-makan Western Food.

Aku bertolak dari rumah dalam jam 7:45 malam dan sampai rumah Mr Janggel lebih kurang 30 minit lepas tu. Sampai-sampai rumah beliau, kami terus menuju dengan pantasnya ke Kajang, lebih tepat lagi Sungai Ramal Dalam. Disepanjang jalan kami mengimbas kenangan-kenangan lama disamping memerhatikan keindahan malam. Aceh…

Sampai kat tempat kerja Mr Sawi lebih kurang pukul 9 lebih. Aku datang situ atas undangan Mr Sawi sebab beliau ingin bertanyakan sesuatu tentang domain dsb dan sembang-sembang kosong.  Agak terperanjat juga bila aku tengok Mr Sawi ada sedikit berisi, maklum je la. Hehe… aduhai.

Aktiviti makan-makan sebenarnya bermula pada pukul 10 disebabkan Mr Sawi abis kerja pukul 10 malam. Oleh kerana beliau lebih arif tentang tempat makan, maka beliaulah yang menjadi pemandu kami.

Destinasi makan kami adalah Restoran Syarifah yang terletak di Seksyen 7 bangi. Suasana dalam restoran memang romantik la. Boleh dikatakan kalau bawak makwe candle light dinner memang sesuai.

Cukup cerita, aku nak tunjuk korang apa kitaorang makan. Haha…

Laicikang, tiga-tiga ambik laicikang

Laicikang, tiga-tiga ambik laicikang

Chicken Chop with brown souce

Chicken Chop with brown souce

Chicken Chop with blackpepper

Chicken Chop with blackpepper

Fillet fish

Fillet fish

Carian kesini: