November 12, 2009

Digi melancarkan 3G untuk telefon bimbit

Digi akhirnya membawakan 3G untuk pengguna telefon bimbit setelah sekian lama kemudahan itu dinikmati oleh Maxis dan Celcom. Buat masa ini hanya pengguna disekitar lembah Kelang sahaja dapat rangkaian 3G dari Digi. Pengumuman itu selaras dengan pengaktifan servis 3G di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu beberapa minggu lalu.

Dengan pakej Internet Unlimited Max 5 pengguna Digi boleh menggunakan Internet secara tidak terbatas(unlimited) dengan caj tidak lebih dari RM5 sehari, manakala bagi pelanggan postpaid mereka boleh melanggan pakej tidak terbatas dengan kadar RM58 sebulan.

Digi juga bakal mengembangkan perkhidmatan ini ke bandar-bandar besar lain seperti di Ipoh, Johor Bahru dan Kuching tahun depan. Menurut CEO Digi Johan Dennelind Digi bercita-cita tinggi tetapi realistik dalam membawakan liputan tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan. Dalam hal perkhidmatan, Digi menjamin kualiti servis dan harga yang berpatutan.

Sehubungan dengan itu, digi akan mengadakan promosi di beberapa tempat. Mulai hari ini sehingga 15 November, Digi mengadakan Roadshow di Oval, 1Utama. Anda boleh mendapatkan telefon bimbit Blackberry Curve 8900 dengan harga RM99 sahaja.

digi

Carian kesini:

July 31, 2009

Pilihanraya kecil, lagi!

pasADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir – salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti – juga dalam parlimen Permatang Pauh – ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Sumber Malaysiakini.

July 11, 2009

FTP dan iframe hack

Aku tak berapa pandai sangat bab-bab security ni. Tapi kalau setakat tengok-tengok cpanel access log tu boleh la. Blog ni pernah sekali kena hack. Admin tu kena hack. Tak tau macam mana dia boleh dapat password. Siap tukar admin email tu. Patut reset-reset pasword tak dapat-dapat. Nasib baik aku tau macam mana nak tukar balik email tu. Tukar dalam PHPmyadmin dalam cpanel. Kena godek-godek database gak la.

Tapi sekarang ada ancaman security yang terbaru dan serius gak. iframe hack. Sapa pernah kena? Adalah dipercayai hackers tahu ftp username dan password. Macam mana mereka tahu? Aku rasa sama ada guna password yang mudah atau hackers tu guna keylogger.

Keylogger?

Keylogger tu apa? Maklumat detail rujuk wikipedia.

Keylogger tu macam perisian virus yang dipasang oleh hackers secara kita tidak sedari dalam komputer kita. Keylogger boleh merakam apa sahaja yang ditaip. Username, password, maklumat kad kredit, maklumat sulit, senarai web yang kita buka, pendek kata apa sahaja yang kita taip dapat dirakam.

keylogger

Langkah-langkah mencegah pencerobohan.

1.  Tukar password kepada password yang sukar diteka dan bukan berdasarkan kamus. Jika sukar diingat, buat password dari perkataan, contoh password “$s+dppS5T” atau “Saya sudah +inggal di pulau pinang Selama 5 Tahun”

2. Buat kombinasi huruf kecil dan huruf besar serta nombor dan special character seperti !@#$%^&*()+

3. Hubungi pembangun script sekiranya anda mengesan vulnerability dalam script.

4. Guna password kompleks untuk mysql database. Biasanya dalam Cpanel, jika kita pasang script guna Fantastico, password akan auto generated.

5. Scan pc daripada antivirus/spyware/KEYLOGGER. Perisian khas untuk scan keylogger pun ada, semak google.

6. Guna Linux. Keylogger biasanya ditulis untuk Windows.

7. Semak folder yang mempunyai permission 777(writable to all). Semak sama ada terdapat fail-fail pelik didalam itu. Folder atau fail yang mempunyai permission 777 membolehkan sesiapa sahaja dalam dunia ini mengeditnya. Folder 777 membenarkan sesiapa sahaja dalam dunia ini untuk upload kedalam folder itu. Kes yang lebih serius, hackers boleh upload script yang membolehkan mereka menjelajah kedalam hosting kita serta menukar permission fail-fail.

Setakat itu saja. Kalau aku ingat apa-apa lagi nanti aku tambah lah.

Bacaan lanjut.

Carian kesini:

July 10, 2009

Lelaki tidak sempat nikmati RM350,000

corruptBelum pun sempat menikmati wang sogokan berjumlah RM350,000, seorang perunding pihak berkuasa tempatan negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan berhampiran pejabatnya kerana didakwa meminta wang sogokan daripada syarikat kontraktor bagi memperakui projek naik taraf Zon Perindustrian Bebas (FIZ) di Bayan Lepas yang bernilai RM11 juta.

Difahamkan, kejayaan tersebut hasil kerjasama SPRM dan pengadu yang juga kontraktor projek. Perunding itu diperangkap setelah dia diminta datang mengambil wang sogokan itu.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md. Yatim berkata, wang sogokan yang diminta perunding terbabit adalah bagi memperakui kerja yang dilaksanakan sekali gus membolehkan pembayaran dipercepatkan.

Menurutnya, mengikut laporan daripada pemaju terbabit, lelaki berkenaan pada mulanya meminta RM400,000 namun beliau akhirnya bersetuju dengan jumlah RM350,000 seperti yang diminta oleh pengadu.

“Berikutan itu, pengadu membuat laporan kepada SPRM dan hasil kerjasamanya, kita menahan lelaki terbabit.

“Beliau bagaimanapun dibebaskan pagi ini dengan ikat jamin berjumlah RM50,000 oleh dua penjamin selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kertas siasatan mengenai perkara itu sedang disiapkan dan ia dijangka selesai dalam tempoh terdekat sebelum diserahkan kepada bahagian pendakwaan.

Latifah menjelaskan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda lima kali nilai suapan atau penjara sehingga 20 tahun.

Sumber Utusan.