October 14, 2011

Bagaimana menghasilkan blog sampah

Seperti tajuk diatas, suka saya nak berkongsi dengan saudara semua macam mana untuk menghasilkan blog sampah :-)

  1. Salin dan tepek dari website orang lain. Salin sepenuhnya kandungan dari website yang menawarkan kandungan percuma seperti wikipedia.
  2. Gunakan plugins untuk tarik suapan RSS kedalam website.
  3. Letak banyak iklan. Letak macam-macam iklan. Adsense letak, nuffnang letak dan sebagainya selagi ada tempat nak letak iklan.
  4. Letak topik-topik yang mengarut dan membosankan.
  5. Mengumpat orang. Tak kisah lah hal politik kah, cerita fasal jiran sebelah rumah kah ataupun cari fasal dengan blog orang lain.
  6. Tulis auta(bohong) jangan tulis fakta. Goreng cukup-cukup supaya orang percaya apa yang kita tulis itu adalah benar.
  7. Curi bandwidth orang lain. Macam mana nak curi bandwidth orang? Link kan sahaja gambar dalam website orang kedalam website kita. Dengan cara ini kita dah jimat bandwidth.
  8. Buat karangan panjang-panjang tanpa gambar seperti karangan budak sekolah.
  9. Letak gambar sahaja tanpa ada apa-apa info dalam entry tersebut.
  10. Letak artikel yang sama berulang-ulang.

Carian kesini:

February 12, 2011

Akhirnya Hosni Mubarak letak jawatan

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan setelah didesak oleh rakyat dalam tunjuk perasaan sejak tiga minggu lalu. Amarah rakyat terhadap presiden tidak dapat dibendung lagi. Mereka tidak mahu berganjak daripada tunjuk perasaan selagi Hosni Mubarak tidak melepaskan jawatan. Walaupun presiden telah mengumumkan peralihan kuasa dan menamakan timbalan presiden serta pembaharuan politik, ianya dilihat oleh rakyat sudah terlambat.

Pemerintahan Mesir telah diambil alih oleh tentera sebagaimana diumumkan pleh timbalan presiden Omar Suleiman. Peletakan jawatan Hosni Mubarak menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun secara kuku besi dan hubungan rapatnya dengan Israel. [source]

May 4, 2010

Konflik berkepentingan

Konflik berkepentingan atau “conflict of interest” adalah istilah sosiologi yang membawa maksud individu atau organisasi yang terlibat dalam pelbagai kepentingan, salah satunya mugkin boleh merosakkan motivasi untuk suatu tindakan yang lain. Biasanya ianya berlaku melibatkan sesuatu kerja atau melibatkan sesuatu jawatan yang biasanya menghasilkan atau mempengaruhi sesuatu keputusan.

Pekerjaan yang melibatkan konflik berkepentingan biasanya adalah polis, peguam, hakim, ahli politik, eksekutif syarikat, atau individu yang memegang amanah.

Ianya juga boleh berlaku dalam kehidupan orang biasa, contohnya sekiranya seseorang itu mahu meminta kerja di sebuah syarikat, adalah lebih mudah sekiranya dalam syarikat ada orang yang dikenali boleh mencadangkan kepada pengurus atau ketua dan mempengaruhi keputusan sekiranya terdapat beberapa calon yang memohon jawatan sama. Atau contoh lain, seorang hakim yang menerima rasuah dengan secara salah melepaskan seseorang yang bersalah dengan alasan tidak cukup bukti sedangkan keputusan beliau telah dipengaruhi oleh penerimaan duit rasuah tersebut. Contoh lain adalah seorang anggota polis mengambil dadah sedangkan beliau merupakan anggota polis.

Carian kesini:

December 16, 2009

Dr Syed Husin angkat sumpah senator

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

dr.syed husin-727671Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.

Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. BERNAMA