October 14, 2011

Bagaimana menghasilkan blog sampah

Seperti tajuk diatas, suka saya nak berkongsi dengan saudara semua macam mana untuk menghasilkan blog sampah :-)

  1. Salin dan tepek dari website orang lain. Salin sepenuhnya kandungan dari website yang menawarkan kandungan percuma seperti wikipedia.
  2. Gunakan plugins untuk tarik suapan RSS kedalam website.
  3. Letak banyak iklan. Letak macam-macam iklan. Adsense letak, nuffnang letak dan sebagainya selagi ada tempat nak letak iklan.
  4. Letak topik-topik yang mengarut dan membosankan.
  5. Mengumpat orang. Tak kisah lah hal politik kah, cerita fasal jiran sebelah rumah kah ataupun cari fasal dengan blog orang lain.
  6. Tulis auta(bohong) jangan tulis fakta. Goreng cukup-cukup supaya orang percaya apa yang kita tulis itu adalah benar.
  7. Curi bandwidth orang lain. Macam mana nak curi bandwidth orang? Link kan sahaja gambar dalam website orang kedalam website kita. Dengan cara ini kita dah jimat bandwidth.
  8. Buat karangan panjang-panjang tanpa gambar seperti karangan budak sekolah.
  9. Letak gambar sahaja tanpa ada apa-apa info dalam entry tersebut.
  10. Letak artikel yang sama berulang-ulang.

Carian kesini:

October 22, 2009

Mimpi pun kena saman, apa cer?

Kadang-kadang lawak gak keyword yang masuk dalam blog aku nie. Keyword yang pelik-pelik pun ada.

Kalau ikut statistik aku rasa visitor aku ramai dari organic visitor, maksudnya dari laman web carian macam google atau bing.

Kombinasi plugins yang sesuai amat diperlukan untuk mengoptimakan keyword supaya blog korang sentiasa berada di tempat utama dalam carian google atau bing.  Orang panggil SEO, aku tak nak ulas panjang sebab korang boleh google sendiri la.

Aku sendiri pakai plugins All in one SEO dan di gabungkan dengan XML-sitemap generator untuk optimizekan SEO disamping tu juga ada akaun webmaster tools untuk monitor.

Satu lagi plugins yang aku pakai adalah statpress. Statpress ni untu statistik dan juga boleh trace keyword enjin carian yang membawa kepada blog korang. Apa yang aku maksudkan dengan tajuk entri kat atas tu ada dalam cekupan skrin dibawah.

saman

Carian kesini:

September 28, 2009

KeyScrambler-elak keylogger melalui firefox

Mungkin korang pernah baca berkenaan gumblar attack yang aku telah highlight kan sebelum ni.  Setelah buat bacaan lanjut dan tercari-cari cara yang paling selamat untuk mengatasi masalah ni, aku telah terjumpa satu perisian security yang bagus untuk menangani ancaman hackers keylogger ni. Aku gunakan KeyScrambler daripada QFX Software.

Yang bagusnya, perisian ini ada plugins untuk firefox.

Apa perisian ni buat? Perisian ni akan encrypt setiap apa yang ditaip pada firefox.

keyscrambler

Plugins tu boleh dapat kat sini : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3383

Carian kesini:

September 28, 2009

Brief – plugins firefox untuk baca rss

Brief merupakan salah satu plugins Firefox yang sering aku gunakan. Plugins ini bertujuan untuk menyedut suapan RSS dari blog atau website yang mempunyai RSS.  Sangat sesuai bagi orang macam aku ni. Semuanya letak kat firefox. Aku boleh FTP dari Firefox, check twitter, macam-macam lagilah dengan plugins firefox.

Brief menjadikan suapan RSS kepada pengguna lebih mudah. Memandangkan semua orang menggunakan browser untuk melayari internet, penggunaan plugins seperti ini memudahkan untuk menyisih berita-berita terbaru, gossip-gossip panas terus kepada Firefox. Dengan antaramuka yang mudah digunakan, ianya juga dengan mudah berintegrasi dengan Firefox.

brief

Kita juga boleh set untuk refresh suapan RSS dalam minit, jam atau hari.  Boleh juga disetkan berapa suapan RSS setiap muka.

Plugins “mesti cuba” ini boleh di muat turun melalui https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/4578

Carian kesini: