October 16, 2011

Cara untuk kompil(compile) dan pembetulan(patch) kernel, kenapa perlu compile?

Sila rujuk sini untuk masukan blog berkenaan tajuk diatas. Kenapa perlu compile? Kita perlu compile kernel Linux jika sekiranya sesuatu perkakasan yang cuba dipasang tidak dapat dikesan oleh kernel. Sebelum compile, kita juga perlu tahu bahawa memang tiada modul bagi perkakasan itu. Oleh itu kernel Linux perlu di compile untuk menyokong perkakasan.

Adalah jarang pada waktu ini untuk compile kernel kerana kebanyakan perkakasan memang sudah disokong oleh kernel sekurang-kurangnya modul(module) bagi perkakasan itu sudah ada. Kita cuma perlu load sahaja modul. Istimewanya module adalah ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu reboot semula pc.

Arahan untuk senaraikan modul yang sedang digunakan dalam Linux adalah lsmod. modprobe adalah arahan untuk memasang modul. Juga boleh digunakan untuk buang modul.

root@svr7 [~]# lsmod

Module                  Size  Used by
sha1_generic            1759  4
ppp_mppe                5240  2
ppp_async               6245  1
crc_ccitt               1323  1 ppp_async
ppp_generic            19291  6 ppp_mppe,ppp_async
slhc                    4003  1 ppp_generic
aes_x86_64              7340  0
aes_generic            25714  1 aes_x86_64
hidp                   11083  1
vmnet                  37057  13
vmblock                10462  1
vsock                  35775  0
vmci                   46596  1 vsock
vmmon                  64195  0
parport_pc             18855  0
ppdev                   5030  0
lp                      7462  0
acpi_cpufreq            5571  1
cpufreq_stats           2659  0
parport                27954  3 parport_pc,ppdev,lp

Carian kesini:

April 25, 2010

63.74 peratus sudah mengundi

BN VS PKR

Dengan tinggal kurang dua jam lagi untuk berakhirnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, lebih 41,000 pengundi atau 63.74 peratus daripada 63,701 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang ini.
Pengiraan undi akan dibuat di semua pusat mengundi. Keputusan dijangka 9.30 malam.

Tinjauan di pusat mengundi pula menunjukkan jumlah mereka yang keluar semakin berkurangan, ditambah dengan cuaca panas.

Seramai 799 pengundi pos mengundi Khamis dan Jumaat pada pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan di antara Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sumber Bernama, Malaysiakini.

March 3, 2010

MP Bagan Serai keluar PKR

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.
Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.

Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin (kiri, berketayap) berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

February 22, 2010

Demo ANAK Felda

ANAK – sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda – akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan demonstrasi di ibupejabat Suhakam di Kuala Lumpur Rabu ini.

Presidennya, Mazlan Aliman (kanan sekali) merayu kepada kira-kira 1,000 peneroka Felda yang menghadiri konvensyen nasional anjuran PKR di Jerantut semalam, supaya turut hadir beramai-ramai menyertai demonstrasi pada 24 Februari ini.

Mazlan memberitahu demikian ketika ditemui Malaysiakini di konvensyen tersebut. Beliau turut membentangkan kertas kerja mengenai generasi baru Felda.

Di Konvensyen itu, Mazlan menggesa supaya dimansuhkan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang didakwanya menjadi instrumen utama bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan petani dengan menggalakkan mereka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah.

Katanya, kesannya dapat dilihat di mana 80 peratus tanah yang asalnya dibersih dan ditanam oleh peneroka, berakhir jatuh ke tangah Felda Plantations.

Felda yang ditubuhkan sebagai sebuah agensi pusat pada 1956, melancarkan tanah rancangan pertamanya dua tahun kemudiannya di Bentong. Dengan penggubalan Akta Penempatan Berkelompok 1960, agensi berkenaan telah beralih daripada pembasmian kemiskinan kepada mencatatkan keuntungan optima.

Mazlan berkata peralihan tersebut telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapat antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.

Berikutan itu, katanya, skim yang bertujuan untuk membasmikan kemiskinan akhirnya telah menambah beban hutang peneroka dan merosakkan prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan.

Menurutnya, kini terdapat 1.3 peneroka di 317 tanah rancangan Felda, dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga.

Mazlan mendakwa, daripada 23,000 kakitangan kumpulan syarikat Felda, hanya 5,400 orang dari kalangan anak cucu penerika Felda – dan daripada jumlah itu, hanya kira-kira 100 orang yang memegang jawatan tinggi.

Carian kesini: