July 12, 2010

Piala Dunia 2010 Belanda VS Sepanyol – Sepanyol juara

Perlawanan akhir Piala Dunia 2010 diwarnai dengan banyak kad kuning. 5 kad kuning pada separuh masa pertama. 4 kad kuning pada separuh masa kedua. 5 kad kuning pada masa tambahan dan memaksa Heitinga keluar selepas mengumpul 2 kad kuning. Belanda pernah menjadi naib juara pada 1974 dan 1978 tapi belum pernah merangkul juara.

Perlawanan terikat dengan0-0 pada separuh masa pertama. Peluang untuk Sepanyol bermula seawal minit 5 tetapi tidak berjaya untuk menyumbat gol.

Tiada gol memaksa masa tambahan setelah tamat separuh masa kedua. Perlawanan dikuasai oleh Sepanyol dengan possesion 57%. Gol yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila dijaringkan oleh A.Iniesta(Sepanyol) pada minit 116.

Oleh itu Juara Piala Dunia bagi 2010 adalah Sepanyol.

Dalam perlawanan menentukan tempat ketiga sebelumnya, Jerman menepati ramalan untuk tempat ketiga setelah menundukkan Uruguay dengan gol 3-2. Gol Jerman dijaringkan oleh Thomas Mueller pada minit ke 18, Marcell Jansen (minit ke-56) dan Sami Khedira pada minit ke-82. Gol Uruguay dijaringkan oleh pemain tengahnya Edinson Cavani pada minit ke-28 dan penyerang liciknya Diego Forlan pada minit ke 51.

May 13, 2010

ABIM bantah lesen pertaruhan piala dunia

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010.

“Abim menilai keputusan ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini oleh pihak berkenaan serta dampak sosial yang diakibatkan dari keputusan tersebut,” kata timbalan presiden Abim, Amidi Abdul Manan.

Abim, tambahnya, berpendirian bahawa keputusan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan itu langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah.

Sebaliknya, tegas Amidi, ia hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan negatif ke atas masyarakat dan negara.

“Abim dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

“Pihak Abim akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber Malaysiakini.

Sepatutnya diharamkan, pada pandangan aku kalau dihalalkan tentu benda ni dicukai. Pendapatan daripada hasil cukai tu dimana dibelanjakan? Contohnya macam barang seludup, mana ada cukai dapat dikenakan.

Carian kesini:

January 29, 2010

RTM penyiar rasmi FIFA 2010

Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan  berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 Jun hingga 12 Julai ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, menerusi hak itu RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda.

“RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2. Hampir semua penjadualan siaran langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber Metro.

P/S: Aku tak berapa minat sangat bola, tapi kalau piala dunia memang aku boleh layan.