December 6, 2009

Alza untuk pemenang GP Joran 2010

juara_joranAlza Advance Version, ViVA Elite untuk juara pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Alza Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada GP Joran 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis variasi baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir GP Joran Oktober nanti.

“Pihak Perodua akan menaja sebuah lagi kereta MPV Alza jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir GP Joran yang sebelum ini adalah Perodua Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan GP Joran yang dianjurkan oleh Berita Harian.

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, Perodua berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan memancing sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam GP Joran, Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah promosi dari Perodua untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk variasi kenderaan dari Perodua Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu MPV Alza yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan promosi melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh Perodua mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti memancing ini,” katanya.

Untuk rekod, Perodua MPV Alza Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala Perodua ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

Perodua yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

Carian kesini:

November 24, 2009

Alza bakal menguasai pasaran MPV 2010

Alza yang baru dilancarkan. Cantik juga.

Alza yang baru dilancarkan. Cantik juga.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (perodua) yakin Perodua Alza yang baru dilancarkan akan menjadi model terlaris bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) pada tahun 2010.

Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata Perodua menyasarkan untuk menjual antara 3500-4000 unit Alza setiap bulan berdasarkan anggaran tempahan sekarang 3500 sejak 13 Nov.

Beliau juga mengharapkan segmen MPV tempatan tumbuh hingga 30% daripada jumlah volume industri pada tahun 2010 bernanding 10%-11% sekarang ini.

Alza menyasarkan pasangan yang baru bekeluarga dan bujang kota. Sebahagian besar pra-pelancaran adalah untuk varian automatik.

Alza boleh didapati dengan harga mulai RM56000 bagi versi Standard. Bagi versi advance, ianya bakal dikeluarkan pada Mac tahun depan dengan harga antara RM67000-RM70000.

Nampak macam luas sedikit dari Avanza. Esok lusa nak pergi tengok lah. Perodua showroom dekat je dari ofis.

Nampak macam luas sedikit dari Avanza. Esok lusa nak pergi tengok lah. Perodua showroom dekat je dari ofis.

Carian kesini:

October 24, 2008

Gambar terbaru Perodua MPV bocor lagi di internet

Seperti sedia maklum, Perodua bakal mengeluarkan MPV tidak lama lagi dan dikatakan bakal memberikan saingan kepada Exora.

Gambar terbaru Perodua MPV bocor lagi, tapi kali ini lebih jelas sebab tak dilindungi oleh tape hitam. Masih belum jelas ruang dalaman walaupun nampak luas seperti adakah MPV ini dilengkapi dengan skrin LCD.

Jika dilihat pada bahagian belakang, ianya kelihatan lebih kurang dengan Exora, tetapi jika dari hadapan lampu depan berbeza.

Perodua ni tak nak buat peraduan namakan Perodua MPV ke? Ke dah confirm D46T? Kalau ada leh le join.

peroduampv1
peroduampv2peroduampv3peroduampv4peroduampv5peroduampv6peroduampv7peroduampv8peroduampv9peroduampv10peroduampv11peroduampv12peroduampv13peroduampv14

[Sumber gambar]