June 28, 2011

Apa yang dibawa oleh telefon bimbit terbaru #NokiaN9

Nokia baru memperkenalkan telefon bimbit terbaru mereka yang menggunakan MeeGo. Telefon ini juga telah cuba dipadankan dengan Windows Phone 7 seperti gambar bocor yang tersebar di internet. Nokia N9 dikatakan telefon bimbit pertama dari Nokia yang tidak memerlukan bebutang fizikal utama untuk berfungsi.

Telefon ini menggunakan skrin sesentuh AMOLED yang kelihatan  melengkung. Terdapat tiga warna yang boleh dipilih. Hitam, magenta dan cyan. Nokia N9 juga turut menyokong NFC(Near Field Communication). Memori simpanan disokong adalah 16GB dan 64GB.  RAM pula 1GB.

Untuk bercakap, bateri telefon ini mampu bertahan selama 11 jam, bagi 3G 7 jam. Waktu sedia adalah 380 jam.  Bagi tontonan video 720p, ianya mampu bertahan 4.5 jam bagi memainkan muzik, 50 jam.

Dengan jumlam RAM yang tinggi, sudah tentu Nokia N9 sesuai untuk bermain permainan. Ianya telah dilengkapkan dengan permainan popular Angry bird.

Telefon ini paling sesuai untuk peminat multimedia. Ianya adalah telefon bimbit peringkat tinggi. Tiada maklumat bila ianya boleh didapati di Malaysia.

Carian kesini:

April 12, 2011

Nokia menguatkan pasaran telefon bimbit dengan pengenalan 2 model baru

Nokia hari ini telah melancarkan secara rasmi 2 model baru telefon bimbit. Nokia E6 untuk profesional dengan kekunci QWERTY dan Nokia X7 yang berorientasikan skrin sesentuh.

Nokia E6 adalah kesinambungan daripada Nokia E71 dan E72. Generasi kali ini menyokong kedua-dua fungsi iaitu sesentuh dan kekunci QWERTY. Dengan kekunci fizikal QWERTY menaip email dan berbalas sms lebih mudah. E6 mempunyai memori dalaman sebanyak 8GB dan menyokong memori tambahan sehingga 32GB. Telefon bimbit ini menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps dan juga WiFi. E6 adalah antara telefon Symbian terawal yang menggunakan sistem operasi Symbian Anna. Untuk spesifikasi lengkap bolehlah merujuk ke link berikut : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-e6-00/specifications

Nokia X7 merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya. Ianya lebih berorientasikan multimedia dengan skrin lebar bagi penggemar video. Dengan skrin sesentuh AMOLED 4 inci, amat sesuai untuk menonton video HD dan melayari laman web dari telefon bimbit. Telefon ini juga turut direka untuk pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana suapan RSS boleh diterima secara terus kedalam telefon bimbit. Degan skrin lebar juga, permainan menjadi lebih mengujakan.

X7 disertakan dengan kad memori 8GB SD dan mampu menyokong sehingga 32GB. Sama seperti E6, ianya menyokong HSDPA sehingga 10.2Mbps serta WiFi. Untuk spesifikasi penuh layari : http://europe.nokia.com/find-products/devices/nokia-x7-00/specifications

Carian kesini:

June 19, 2010

Siri Sony Ericsson Xperia terbaru, Xperia X8

Telefon bimbit terbaru Sony Ericsson ini baru sahaja diumumkan setelah lama tiada model baru diperkenalkan oleh Sony Ericsson. Ada 3 model baru yang diperkenalkan termasuk yang ini. Model lain adalah Sony Ericsson Cedar dan Sony Ericsson Yendo.

Telefon skrin sesentuh ini dikuasakan oleh Android. Xperia â„¢ X8 juga merangkumi Timescape â„¢ untuk memudahkan akses kepada semua rangkaian sosial anda dan butang yang tak terbatas untuk satu klik akses ke dunia kandungan. Sistem operasi terbuka Android memberikan fungsi telefon pintar dan akses kepada ribuan aplikasi pada Android Market â„¢.

Xperia X8 amat sempurna untuk hiburan multimedia dengan skrin lebar 3 inci. Cari dan download lagu-lagu dari PlayNow â„¢, kemudian dengar semua muzik anda menggunakan headphone jack 3.5mm. Jika anda mahu lebih kreatif, ada kamera 3,2 MP dan fungsi rakaman video.

Sony Ericsson Xperia â„¢ X8 – Ciri-ciri Utama

* Empat sudut untuk gunakan salah satu tangan dan satu sentuhan akses kepada aplikasi
* Sesuaikan empat penjuru dengan aplikasi kegemaran anda dan menambah widget ke homescreens anda
* Nikmati permainan, video, internet dan lebih pada paparan 3-inch
* Timescape â„¢ menunjukkan semua komunikasi anda dalam satu tempat
* Android Market â„¢ – ribuan aplikasi untuk menghibur anda
* Kamera 3,2 MP – ambil gambar dan upload langsung ke Facebook â„¢

XPERIA â„¢ X8 menyokong GSM GPRS / EDGE 850/900/1800/1900, UMTS 900/2100 HSPA 800/850/1900/2100 dan UMTS HSPA

XPERIA ™ X8 akan disediakan di pasaran yang terpilih pada Q3 dan boleh didapati dalam warna Putih, Biru gelap / Putih,  Biru Laut/ Putih, merah jambu / Putih, Emas / Putih.

Carian kesini:

April 4, 2010

Apple iPad dilancarkan secara rasmi

iPad adalah gadget terbaru dari Apple yang baru dilancarkan semalam.

Bagi peminat Apple tentu ingin sangat memiliki gadget ini. iPad bolehlah dikatakan sebagai multimedia netbook yang mempunyai ciri-ciri iPod tetapi lebih berkuasa dari segi pemprosesan dan kebolehan produktiviti yang lebih luas.

Sudah semestinya iPad merupakan sebuah peranti skrin sesentuh kerana apa sahaja yang dibangunkan Apple seboleh-bolehnya untuk mendahului pesaing dari segi teknologi.

Beberapa aplikasi untuk iPad telahpun kelihatan dalam iTunes Store, meskipun begitu pilihannya masih lagi terhad.

Antara aplikasi yang ditunggu peminat adalah seperti permainan contohnya permainan yang baru sahaja diberikan ulasan oleh Gizmodo iaitu Command & Conquer: Red Alert for iPad

Command and Conquer melalui iPad

Command and Conquer melalui iPad

Dengan harga $499, belum tentu lagi boleh dapat bawah RM2000 kalau dibawa ke Malaysia. Kadar tukaran untuk RM adalah lebih kurang RM1620.

Carian kesini: