February 8, 2010

Tanam mayat bayi macam tanam mayat kucing

Sesat. Sesungguhnya sesat. Kalau sesiapa baca Metro tentu perasan berita macam ni memang banyak sangat dah. Kira macam dah tak terkawal dah isu ni. Mungkin dah muak kita degar. Disebabkan dah selalu keluar paper kita dah jadi macam tak kisah. Kita dah macam lali.

Pada aku, orang yang buat macam ni sesungguhnya dah tersasar jauh. Dah sesat.

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi perempuan berbungkus plastik dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam di belakang sebuah kilang berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abdullah berkata, mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai sudah meninggal dunia sebelum ditanam di situ.
“Beberapa orang awam melihat dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan mengorek dan menanam sesuatu di belakang kawasan kilang berkenaan pada kira-kira 3.30 petang.
“Sebaik dua lelaki terbabit meninggalkan kawasan itu dengan menaiki motosikal, mereka pergi mengali semula dan menemui satu bungkusan mayat bayi sebelum menghubungi polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
“Kita belum dapat mengenal pasti identiti dan bangsa bayi perempuan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki yang menanam mayat bayi itu.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – Sumber Metro.

January 23, 2010

Pemalu lambat dapat jodoh?

Aku dulu kat sekolah seorang yang pemalu. Orang pemalu biasanya tak diangkat jadi pemimpin. Jadi masa sekolah dulu aku cumalah pelajar biasa dan bukan pengawas. Pernah jadi pengawas pusat sumber dulu mungkin disebabkan oleh keputusan exam yang baik kot. Kalau menyingkap balik zaman sekolah dulu, memang banyak kenangan pahit dan manis.

Sifat malu aku berterusan aku rasa sampai lah aku mula nak cari kerja. Sifat malu ni juga datang dengan kurang keyakinan diri. Masa aku mula-mula cari kerja dulu, aku tak dapat. Mungkin bos yang interview aku tu tengok aku macam malu-malu dan macam tak yakin. Dan aku tak dapat kerja tu pada mulanya. Tapi disebabkan aku tak berputus asa, peluang sekali lagi aku dapat kerja tu lepas interview kali kedua dengan syarikat yang sama.

Kalau dulu kat sekolah, aku akan berdebar-debar kalau cakap dengan perempuan( serius). Tambah pulak kalau perempuan tu yang kita suka. Nak cakap kat dia kita suka dia malu. Haish..

Tu cerita dulu. Cerita sekarang ni malu tu dah beransur hilang. Bukannya tak ada sampai tak tahu malu, tapi malu dalam keadaan tertentu la. Yang berpada-pada. Aku dah buat mindset yang malu tu cuma wujud dalam kepala kita aja. Serius berkesan. Kalau sekarang, nak cakap dengan customer pun tak ada masalah. Tak ada malu lagi. Cakap dengan customer bukan Melayu biasanya aku cakap dalam bahasa Inggeris tanpa masalah. Boleh bercakap dengan yakinnya. Sampaikan ada customer aku dulu menawarkan aku kerja jadi penterjemah persidangan, tapi aku tolak sebab aku tak minat dengan kerja macam tu. Aku lebih suka pada bidang teknikal.

Setelah aku dapat track balik member-member lama aku kat Facebook, memasing aku tengok dah beranak pinak. Yela, kalau yang pompuan tu tahun ni masing-masing dah menjangkau umur 30 tahun, kalau tak kawin lagi tak logik la. Budak-budak sekolah aku masa 97 dulu memang cun2. Cuma aku je la bujang lagi. Lambat sikit kot. Maklum la pemalu, lambat dapat jodoh.

p/s: Pemalu lebih baik dari tak tau malu.

Carian kesini:

January 14, 2010

Cinta itu menyakitkan

Apa itu Cinta? Adakah ianya kesakitan? Sebagai lelaki, aku mahu tahu adakah perempuan itu benar-benar mencintai kita. Adakah katanya selari hatinya. Sekuat manakah cintanya pada kita. Sedalam mana cintanya. Apakah pengorbanan yang dia sanggup buat? Apakah perempuan sanggup menyiksa diri demi kekasihnya. Apakah perempuan menipu dengan kekasihnya.

Adakah aku perlu bercinta dengan 10 orang seperti Dato K baru aku cukup “haul” kata Adlin dalam bercinta. Sedangkan sorang pun dah memeningkan kepala. Oh apekah?

Pada aku hubungan yang semakin lama terjalin semakin teruji tiap hari. Apakah ini juga akan berterusan setelah berkahwin. Ataupun ianya terus kekal lenyap ditelan zaman. Adakah kesakitan ini boleh diubat. Apakah ubatnya?

Adakah perempuan selalu bersyarat? Kalau nak itu, kena bagi ini atau “they just mark their territory”. Apakah mereka materialistik atau cuma cemburu buta.

Adakah mereka akan kekal mencintai kita atau cintanya pudar ditelan masa? Adakah wanita itu seperti lilin dan sanggup berkorban untuk kita?

Apakah soalan-soalan ini mampu dijawab oleh wanita?

Oh, apakah aku mengarut ni….

*Dato K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti Nurhaliza, tapi member aku. K stand for “Kasehnova”. Lagenda mengatakan beliau bercinta dengan 11 orang wanita. Sekarang ini beliau bahagia dengan seorang isteri dan seorang anak dan tinggal di Terengganu.

Carian kesini:

December 17, 2009

3 sebab lelaki tak kahwin

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

holdhandPerkahwinan adalah sesuatu yang sangat mulia dalam agama Islam. Dengan berkahwin kita dah menyempurnakan separuh daripada agama. Besar fadhilat dan pahala apabila sudah berkahwin. Isteri mudah menjadi ahli syurga apabila sudah berkahwin dan mudah pula menjadi ahli neraka. Begitu juga suami. Suami memikul tanggungjawab berat terhadap isteri dan anak-anak.

Ada banyak hikmah berkahwin, antaranya adalah;

-melahirkan zuriat dan keturunan yang bersih demi kebahagian rumah-tangga
-memupuk kasih sayang suami-isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang
-mengelakkan maksiat seperti zina
-menikmati ketenteraman jiwa dan perasaan
-melahirkan manusia yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah Allah.

Jesteru itu, kenapa pula ada lelaki yang tak kahwin?

Ada 3 sebab utama jika mengikut pengamatan saya. Yang pertama tentulah soal kewangan. Baru-baru ini ada ditimbulkan berkenaan soal hantaran yang tinggi menyebabkan ramai anak dara tua. Yang pastinya soal menyediakan maskahwin itu terletak dipihak lelaki. Walaupun begitu, pihak perempuan boleh juga membantu dalam hal ni. Misalnya berkongsi wang hantaran. Kadang kala kita terkeliru antara hantaran dengan mas kahwin. Apa yang saya ketahui, maskahwin adalah pemberian WAJIB suami kepada isteri dan disebut semasa akad nikah. Setiap negeri di Malaysia ada kadar tertentu tetapi pasangan tidak tertakluk kepada jumlah itu. Ianya bergantung kepada suami. Manakala hantaran pula dikira perbelanjaan perkahwinan.

Sebab kedua adalah berkemungkinan lelaki ini gay. Tak mungkin seorang lelaki gay berkahwin dengan lelaki. Dalam dunia songsang sekarang ini, perkara ini sudah nampak ketara. Tetapi jika diluar negara memang sudah ada perkahwinan  gay dan lesbian.

Sebab ketiga lelaki tak kahwin adalah sebab beliau dah dapat apa yang dikehendaki dan tak perlu kahwin. Benda yang dimaksudkan adalah seks. Tujuan utama perkahwinan adalah menghalalkan seks. Jika dah dapat seks buat apa kahwin? Anda kenal mereka-mereka ini? atau anda salah seorang darinya. Orang yang berzina jauh dari nikmat Allah sehinggalah mereka bertaubat.

Carian kesini: