December 18, 2011

Generasi baru robot NAO

Syarikat Perancis Aldebaran Robotik baru sahaja mengeluarkan generasi baru mini humanoid robot NAO mereka yang menawarkan sekumpulan ciri-ciri baru yang akan membuat ia agak menggerunkan. Robot yang berketinggian 1 kaki 10 inci melihat menggunakan kamera resolusi tinggi dan  dapat memahami kedua-dua input visual dan audio, serta berkomunikasi dalam lapan bahasa yang berbeza.

NAO juga boleh berjalan dan belajar untuk mengendalikan permukaan yang berlainan melalui algoritma yang terbina dalam. Model baru yang dilengkapi pemproses Intel 1.6 GHz (yang terletak di kepalanya) dan CPU sekunder dalam badan. Ia mempunyai empat mikrofon untuk mengesan bunyi dan menjalankan perisian pengecaman suara juga. Kedua-dua kamera HD 30fps akan mengimbas persekitaran bagi halangan dan juga mengenali wajah dan bentuk. Di samping itu, pergerakan robot juga telah dioptimumkan supaya ia dapat mengelakkan perlanggaran. Terdapat juga sensor kapasitif di atas kepala robot, membenarkan pengguna untuk menyediakan rangsangan untuk NAO untuk bertindak balas terhadapnya.

Harga yang ditawarkan adalah USD15,999 bukanlah mensasarkan untuk pengguna biasa atau untuk mainan tapi disasarkan untuk pelanggan pendidikan dan penyelidikan.

Carian kesini:

July 12, 2010

Kenali Belanda dan Sepanyol

Belanda atau Netherlands bermaksud “Kerajaan tanah-tanah rendah” dek kerana permukaan buminya yang datar dan kebanyakannya berada dibawah paras laut. Negara ini bersempada dengan Jerman dan Belgium. Belanda mengamalkan sistem liberal dimana kebebasan merupakan asas utama.  Disini juga letaknya ibu pejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague.

Belanda juga pada masa dahulu merupakan satu kuasa penakluk yang pernah sampai ke Asia pada abad ke 17 sehingga wujud ungkapan “Belanda minta tanah”. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Syarikat yang terkenal ketika itu adalah Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.

Dari segi geografi, tanahnya amat rata dan kurang dari 1 meter dari aras laut. Paras tertinggi ialah Vaalserberg pada ketinggian 321 m. Negara ini mengalami iklim sederhana dengan angin yang bertiup dari barat daya.

Dari segi ekonomi, Belanda merupakan negara yang maju dengan sistem ekonomi terbuka apabila kerajaan kurang mengawal ekonomi sejak 1980. Sumber ekonomi yang utama adalah sektor pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum dan jentera elektrik.  Negara Belanda merupakan negara pengeksport makanan meskipun sektor pertanian cumamemberikan pekerjaan kepada 4% penduduknya.

Dari segi budaya, pelukis terkenal Belanda adalah Vincent van Gogh.

Sepanyol pula terletak di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mengamalkan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1986 dan merupakan salah sebuah negara maju dengan kuasa ekonomi ke 8 terbesar dunia.

Semasa zaman pemerintahan Islam Bani Umaiyyah, bandar seperti Cordova dan Gradana menjadi pusat penting perkembangan keilmuan Islam di Eropah sebelum kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula pada abad ke 15. Kerajaan itu seterusnya dibentuk dari gabungan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada zaman penjelajahan, Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia memberikan kekayaan ekonomi dan kuasa politik kepada mereka. Bagaimanapun kuasa itu merosot menjelang abad ke 20.

Sepanyol merupakan negara ke 51 terbesar dunia, saiznya adalah lebih kurang Turkmenistan tetapi lebih besar dari California. Iklim Sepanyol adalah pelbagai dan boleh dibahagikan kepada tiga, iklim kebenuaan seperti di Madrid, iklim Mediterranean dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke Pyrenees, dan Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi Teluk Biscay.

Dari segi ekonomi, Sepanyol merupakan negara ke 5 terbesar di eropah dengan anggaran KDNK adalah bernilai $1.084 trilion pada tahun 2006 dengan pendapatan per kapita $27,400.

Sumber Wikipedia.

Carian kesini:

February 4, 2010

Vanessa Perroncel tiduri 5 pemain Chelsea

Wanita yang menjadi tumpuan dalam skandal seks dengan ketua pasukan bola sepak England, John Terry mempunyai hubungan dengan empat pemain Chelsea lain.

Selain Terry dan Wayne Bridge, model seluar dalam Perancis, Vanessa Perroncel didakwa turut menjalinkan hubungan intim dengan penyerang, Adrian Mutu dan Eidur Gudjohnsen serta pemain kelima yang masih misteri.

Pendedahan itu akan meningkatkan tekanan terhadap Terry yang berdepan dengan desakan supaya melepaskan jawatan ketua pasukan England.

Sumber yang rapat dengan Vanessa, 33, memberitahu akhbar The Sun: “(Wayne) Bridge tahu dia seorang daripada beberapa pemain Chelsea yang rapat dengan Vanessa. “Vanessa memang berminat terhadap pemain bola sepak dan bercita-cita menjadi ‘super-WAG’ (isteri dan teman wanita) pemain bola sepak.” Vanessa didakwa mula menjalinkan hubungan dengan Gudjohnsen, 31, pada 2003 selepas menemuinya di kelab malam Elysium di London, tempat popular di kalangan pemain Chelsea.

Bapa tiga anak itu dilapor tidur dengan Vanessa di rumah pangsanya di Fulham.

Gudjohnsen meninggalkan Chelsea pada 2006 untuk menyertai Barcelona sebelum menyarung jersi Tottenham tidak lama selepas itu.

Vanessa juga didakwa mempunyai hubungan dengan Adrian Mutu sebelum penyerang warga Romania itu dijual oleh Chelsea berikutan penggantungannya selama tujuh bulan setelah diuji positif kokain pada 2004.

Vanessa juga dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pemain Chelsea yang namanya tidak boleh didedahkan, sebelum dia menemui Bridge.

Dia tinggal bersama pemain pertahanan itu yang kini bermain untuk Manchester City selepas hamil.

Dia kemudian mengadakan hubungan dengan Terry selama empat bulan. – Sumber Metro.

Carian kesini:

September 1, 2009

Spiderman panjat menara Petronas

Alain Robert tawan petronasAlain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

“Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

“Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh,” katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar ‘Spiderman’ pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini: