December 6, 2009

Alza untuk pemenang GP Joran 2010

juara_joranAlza Advance Version, ViVA Elite untuk juara pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Alza Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada GP Joran 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis variasi baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir GP Joran Oktober nanti.

“Pihak Perodua akan menaja sebuah lagi kereta MPV Alza jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir GP Joran yang sebelum ini adalah Perodua Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan GP Joran yang dianjurkan oleh Berita Harian.

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, Perodua berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan memancing sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam GP Joran, Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah promosi dari Perodua untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk variasi kenderaan dari Perodua Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu MPV Alza yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan promosi melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh Perodua mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti memancing ini,” katanya.

Untuk rekod, Perodua MPV Alza Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala Perodua ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

Perodua yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

Carian kesini:

August 7, 2009

Melampiaskan nafsu di kolam memancing

Setelah penat bekerja 4 hari, sehari 12 jam, aku dengan Nik menambil keputusan untuk memancing dimana bila setiap 2 minggu sekali kami akan mencari mangsa port-port memancing untuk memuaskan nafsu. Pada 6-8(semalam le tu) pagi-pagi lagi aku dah berangkat ke ofis untuk sarapan dahulu. Oleh sebab Alif pun nak ikut, kami pergi lah bertiga.

Destinasi kami adalah kolam pancing Putra Perdana. Kami sampai dalam pukul 1030. Kolam ni agak kecil. Belum sempat panas punggung, pancing Nik dak mengena. 2 ekor pacu sekaligus. Ni buat aku angin nih. Belum apa-apa dah dapat 2 ekor sekali. Xpe bagi can.

Dalam setengah jam macam tu, pancing aku pula mengena. Seekor pacu pacu telah makan umpan. Ikannya tak lah sebesar mana tapi tarikan dia memang power. Disebabkan badan ikan leper ianya lebih kuat melawan. Ikan ni juga dikenali sebagai piranha. Umpan yang sesuai kat kolam ni rasanya cacing sebab kalau letak dedak macam tak sentuh aje.

Disebabkan umpan dah tak berapa mengena, kami beralih tempat ke kolam lagi satu. Kalau tak silap nama kolam tu kolam memancing Meranti. Kolam mungkin lebih kurang 6 kali ganda kolam pertama.

1 jam menunggu, aku belum dapat lagi apa-apa. Nik dengan Alif dah dapat 4-5 ekor ikan keli dengan talapia. Meriah betul diaorang memancing talapia.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena air kolam berombak-ombak. Pancing aku telah ditarik dengan hebat. Aku apa lagi, main tarik tali la denga ikan tu. Akhirnya setelah beberapa minit bertarung, ikan tu berjaya didaratkan. Beratnya mungkin 2 kilo lebih.

Ikan rohu yang tewas

Ikan rohu yang tewas

Ikan leekoh dengan rohu

Ikan leekoh dengan rohu

Carian kesini:

January 31, 2009

Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.  Sumber harakah…

UPDATE

Betia berbeza dari Bernama.

KUALA TERENGGANU, 31 Jan (Bernama) — Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa Abdul Qahar Mansor, 23, yang merupakan anak saudara kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dari Rusila, Marang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan serius di leher dan kepala. Sumber bernama…

Carian kesini: