February 9, 2010

Twitterfeed boleh dipakai dengan Churpchurp

churpchurpIngat tak aku pernah komen pasal churpchurp tempoh hari?

Ianya berkenaan dengan twitterfeed sama ada boleh stream tak ke twitter. Aku disable benda tu sebab aku takut aku punya churpchurp kena disable. Aku telah rujuk Publisher Terms And Conditions dekat sini,  dan aku masih kabur kat part;

Furthermore, a Micro-Blog which merely reproduces other sources, e.g. by aggregating one or more RSS feeds, does not qualify for participation in the ChurpChurp Network. Any form of misuse will lead to immediate blocking of the Publisher’s account.

Jadi aku telah berhubung dengan pihak churpchurp untuk kepastian.

Well, good news.

Churpchurp tak ada masalah dengan twitterfeed :-)

Hi,

I have several blog that have RSS.

Can i use http://twitterfeed.com to stream latest post to twitter. twitterfeed can fetch RSS from any source.

If i make new post on blog, it will also make a tweet and redirect to my blog.

Jawapan diaorang;

Hello, Adi.

If the Twitter feed service does not interrupt or redirect our churps from your Twitter account, it should be alright for you to use it.

Churpchurp make me happy :-) Sebijik kek coklat untuk budak ofis hehe….

Kek Coklat

Kek Coklat

Carian kesini:

December 22, 2009

Benda-benda hebat atas meja pejabat

Meja pejabat anda nampak usang? Membosankan? Tiada tarikan?

Adakah meja anda bertimbun dengan fail-fail? Sebegitu banyak sehingga boleh dilihat dari Karachi, Panama ataupun dari Hawaii.

Anda perlu idea apa yang perlu diletakkan atas meja pejabat anda? Mungkin barang-barang dibawah boleh mengembalikan kecerian meja pejabat anda.

1. Pantone Mug

mug_unggumug_warna_warni
>>>Mug yang cantik dan menarik. Terdapat dalam pelbagai warna ceria. Lawati http://heals.co.uk dan cari Pantone Mug.

2. Frame gambar digital

frame-digital
>>>Gambar memancing? Gambar makwe? Bosan dengan gambar yang sama sahaja pada atas meja? Tidak lagi dengan frame gambar digital. Lawati http://www.digitalframe0.com

3. Jam Flip

thrillclock
>>>Amatlah menawan jam ni kalau diletakkan kat meja ofis. http://www.contemporaryheaven.co.uk/productdetails.aspx?ref=687

4. Pengasah pensel

pengasah-pensil
>>>Setakat pengasah pensel murah apehal. Cuba beli El Casco pencil sharpener. Selain boleh digunakan untuk mengasah pensel boleh juga digunakan untuk baling kepada member yang tido masa kerja. Amat sesuai untuk bos-bos.

5. Pen 3 dalam 1

3waypen
>>>Berfungsi sebagai pen, pensil dan pemadam hanya dengan klik. http://dvice.com/archives/2009/03/locus_pen_a_dif.php

6. Pendengar gossip

pendengar
>>>Haha… gadget ni sesuai bagi korang yang suka jaga tepi kain orang. Orbiter Electronic Listening Device adalah alat pendengaran yang boleh menangkap bunyi atau suara sehingga jarak 300 kaki. Hehe…

7. Pembuat kopi

pembuatkopi
>>>letak kat meja korang, korang akan jadi tumpuan dan disayangi rakan-rakan.

8. Highliter cum Flash drive

highliter
>>>Memang cun lah kalau letak atas meja. Guna sebagai flash drive dan highlighter. Ada 4 warna highliter. http://www.ohgizmo.com/2008/08/01/highlighters-flash-drives-together-at-last/

9. Paku tekan ninja

paku1paku2
>>>Benda ni perlu kalau nak takutkan musuh korang. Benda ni sebenarnya cumalah paku tekan. http://www.coolest-gadgets.com/20080528/ninja-tacks-put-your-boss-in-their-place/

10.Ramisis puzzle

ramisis
>>>Pernah main kiub Rubik? Susah tak nak sesesaikan puzzle dia? Aha… ini juga cabaran macam tu. Boleh selesai dapat menang hadiah. http://www.isisadventure.com/ramisis/index.php

Carian kesini:

November 24, 2009

Alza bakal menguasai pasaran MPV 2010

Alza yang baru dilancarkan. Cantik juga.

Alza yang baru dilancarkan. Cantik juga.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (perodua) yakin Perodua Alza yang baru dilancarkan akan menjadi model terlaris bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) pada tahun 2010.

Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata Perodua menyasarkan untuk menjual antara 3500-4000 unit Alza setiap bulan berdasarkan anggaran tempahan sekarang 3500 sejak 13 Nov.

Beliau juga mengharapkan segmen MPV tempatan tumbuh hingga 30% daripada jumlah volume industri pada tahun 2010 bernanding 10%-11% sekarang ini.

Alza menyasarkan pasangan yang baru bekeluarga dan bujang kota. Sebahagian besar pra-pelancaran adalah untuk varian automatik.

Alza boleh didapati dengan harga mulai RM56000 bagi versi Standard. Bagi versi advance, ianya bakal dikeluarkan pada Mac tahun depan dengan harga antara RM67000-RM70000.

Nampak macam luas sedikit dari Avanza. Esok lusa nak pergi tengok lah. Perodua showroom dekat je dari ofis.

Nampak macam luas sedikit dari Avanza. Esok lusa nak pergi tengok lah. Perodua showroom dekat je dari ofis.

Carian kesini:

October 12, 2009

Komputer dirampas, guna perisian cetak rompak

pirate

Perisian original mahal kan? Kalau setakat student, adakah korang akan beli perisian original? Tak payah le jawab, aku boleh teka sendiri. Berapa kerat sangatkah kita yang beli perisian original, hakikatnya perisian original dengan yang cetak rompak tiada banyak beza langsung, hanyalah perisian original itu berlesen.

Kalau nak banding harga memang jauh sangat beza.  Microsoft Windows XP home yang asli boleh didapati dengan harga RM295 tapi kalau yang cetak rompak, boleh didapati dengan harga bawah RM10.  Tu pun siap boleh dapat XP profesional lagi. Dengan perisian lain tak payah banding lah, memang ada perisian yang harga beribu-ribu tapi versi cetak rompak berapa sangat lah harga dia.

Kat ofis-ofis pun belum tentu lagi pakai perisian original sepenuhnya.

Siapa perlu disalahkan? Pengguna? Penguatkuasaan yang lemah? Penjual? Kilang yang mengeluarkan?

Kalau dah dikenakan tindakan seperti dibawah ni, baru le mengelabah;

Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas sejumlah perisian komputer yang dipercayai melanggar peraturan bernilai RM794,300 daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kota Kemuning, Selangor pada Khamis lepas.

Ketua pengarahnya Mohd Roslan Mahayudin berkata rampasan ini kali pertama membabitkan institusi pendidikan yang disiasat di bawah Akta Hakcipta 1997.

“Pegawai penguatkuasa mengesan 58 salinan perisian yang melanggar peraturan dalam lapan komputer yang bernilai RM24,000 di pejabat pentadbiran institusi itu dan kita telah merampas kesemua untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Dalam satu lagi serbuan terhadap sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur pada 7 Okt, bahagian penguatkuasa KPDNKK merampas 74 salinan perisian cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM125,800 dalam lapan buah komputer yang bernilai RM21,000 untuk siasatan lanjut.

“Kebanyakan suspek yang menggunakan perisian cetak rompak yang dikenakan tindakan ini menggunakan pelbagai versi program komputer seperti program Adobe, Autodesk, Microsoft dan Solidworks,” katanya.

Sumber Malaysiakini.

Penyelesaian? Perlahan-lahan beralih kepada Linux.

Carian kesini: