September 7, 2011

Telefon bimbit terbaru Nokia N9 dilancarkan minggu depan

 

Secara rasminya Nokia bakal membawakan telefon bimbit terbaru Nokia N9 pada 13 September depan ke Malaysia. Nokia N9 adalah telefon bimbit generasi baru yang tidak menggunakan bebutang fizikal serta menyokong NFC.

Secara ringkasnya spesifikasi telefon bimbit tersebut telah ditulis dalam entri ini.

Harga masih belum ditentukan. Boleh jadi harga dalam julat RM1700-RM1900.

Carian kesini:

February 13, 2011

Kerjasama Nokia Microsoft

Industri telefon bimbit sedang memerhati dengan rapat gabungan Nokia dan Microsoft yang baru diumumkan. Apakah gabungan ini bakal membawa kebaikan atau keburukan dimana Nokia dikatakan bakal menghentikan program MeeGo mereka dan beralih kepada Windows Mobile Phone 7 selepas ini. Dikalangan pemerhati, tindakan Nokia dikatakan agak bertentangan dengan prinsip asal Nokia yang pada mulanya lebih berat kepada sumber terbuka.

Dikatakan perbincangan secara rahsia antara Nokia dan Google telah dilakukan, bagaimanapun agak menyecewakan Android bukanlah pilihan pembuat keputusan dalam Nokia.

Adakah kita pernah berfikir, telefon pintar yang begitu mahal tiada panggilan 3G. Mengapa begitu? Pada anggapan saya paten panggilan 3G adalah dipegang oleh Nokia. Adalah tidak mustahil nanti telefon bimbit Nokia yang berkuasa Windows Phone 7 mempunyai panggilan 3G kerana teknologi itu sememangnya dimiliki Nokia. Sesuatu yang menarik dan menguntungkan Nokia dan Microsoft dimana aplikasi berdasarkan kepada teknologi ini mungkin boleh dibangunkan menandingi Facetime.

Satu yang pasti, barisan telefon Nokia yang bakal dikeluarkan perlukan pemproses lebih berkuasa untuk menampung keperluan Windows Mobile 7.

Carian kesini:

February 2, 2011

Telefon bimbit Nokia C5-03 ada WiFi ada 3G

Biasanya telefon bimbit yang mempunyai WiFi dikategorikan sebagai high-end, tetapi telefon bimbit sesentuh dari Nokia ini adalah berharga bawah RM700. Harga adalah sekitar RM650-RM670.

Amat sesuai bagi individu yang mempunyai akses WiFi tanpa perlu mendaftar pakej data dari penyedia perkhikhidmatan. Jika ikut spesifikasi, telefon ini turut dilengkapi aGPS serta kompas.

Dari segi kamera, ianya dilengkapi kamera 5MP dengan 4x zoom digital tanpa flash. Memori telefon adalah 40MB dan menyokong MicroSD sehingga 16GB. Tanpa kamera kedua bermakna 3G call tidak disokong.

Carian kesini:

August 1, 2010

BlackBerry keempat di dunia

Research In Motion(RIM) adalah pengeluar telefon bimbit jenama BlackBerry.  Mengikut kajian terbaru IDC, RIM adalah pengeluar telefon bimbit keempat terbesar didunia dengan penguasaan hantaran global sebanyak 40 peratus diantara suku kedua 2009-2010.

Jualan sebanyak 11.2 juta telefon bimbit meletakkan RIM dibelakang Nokia, Samsung, dan LG.

Trend ini menunjukkan telefon BlackBerry semakin digemari di seluruh dunia.

[sumber]

Carian kesini: