October 14, 2011

Kemana arah blog ini?

Saya mempunyai beberapa domain lain(blog) yang lebih spesifik kandungan dan target pengunjung. Bagi blog ini rasanya saya akan buat sepenuhnya Bahasa Melayu. Kandungan blog mungkin adalah pelbagai dan tidak niche sangat.

Mungkin juga isi kandungannya adalah sedikit teknikal. dan mungkin juga ada artikel yang diterjemahkan dari blog saya yang lain akan dimasukkan disini. Jadi bagi pengunjung yang tidak faham sangat Bahasa Inggeris boleh merujuk blog ini bagi artikel yang sama dalam blog lagi satu(inertz.org).

Cabaran utama bagi penulisan blog teknikal dalam Bahasa Melayu adalah istilah-istilah yang dipakai dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Mungkin akan kelihatan agak janggal bagi sesetengah istilah bila diterjemahkan, tetapi saya akan cuba mencari ayat yang mudah difahami dan jika ada istilah dalam Bahasa Inggeris saya akan italic perkataan itu untuk mudah membezakan bahasa.

Carian kesini:

December 21, 2009

Niche market yang selalu diperkatakan

Apakah yang dimaksudkan dengan niche market? Ia adalah berkenaan dengan pemasaran barangan/perkhidmatan yang spesifik. Terdapat banyak peluang yang masih belum diteroka. Seperti kita tahu pemasaran internet adalah sangat besar. Pasaran niche ada di mana-mana dan akan kekal selagi ada internet. Lakukan kajian dan anda akan jumpa niche yang menguntungkan dan akan membuat anda tersenyum semasa pulang dari bank.

Patutkah anda cuba produk pemasaran internet ataupun pasaran niche?

Terdapat ramai pendatang baru dalam bidang ini dan juga yang lebih berpengalaman berkeinginan menjual produk pemasaran internet. Malangnya, ianya pilihan kurang tepat kecuali anda adalah sangat berpengalaman dan sangat berjaya dalam bidang pemasaran. Arena ini telah tepu dengan usahawan seperti ini yang mempunyai kedudukan kukuh dan tidak akan berganjak dari kedudukan mereka. Mereka hanya berminat untuk mengetengahkan lagi produk mereka. Boleh anda salahkan mereka?

Lupakan jika mereka berkata..”Kami mahu anda berjaya dan kami akan tunjukkan jalannya.” Apa yang mereka maksudkan adalah.. “Kami mahukan anda sebagai prospek atau senarai pelanggan supaya kami boleh promosi produk kami dan jual kepada anda selamanya.”

Cuba fikirkan dan berfikiran logik jika anda cuba menjual produk pemasaran internet secara online. Anda mungkin menemui kegagalan jika anda cuba bersaing dengan pemasar yang memang telah terbukti berjaya. Oleh itu, carilah pasaran niche dengan penuh kesungguhan(passion). Ia adalah sangat dinamik dan sangat terbuka luas peluang pemasarannya.

Jika itu, apa pula pasaran niche sebenarnya?

Pasaran niche sebenarnya sudah lama. Bagaimanapun, ianya akan mendapat lebih perhatian seiring dengan pemasaran internet dan akan terus berkembang. Niche adalah didefinasikan sebagai kumpulan pelanggan berpotensi yang mempunyai kehendak specifik “hendak atau perlu”

Perniagaan besar-besar tidak berminat dengan pasaran niche yang kecil. Mereka hanya mahu menjual dalam kuantiti yang besar. Pemasar niche,bagaimanapun, boleh selesa dengan memasarkan produk yang betul atau perkhidmatan kepada pasaran niche. Itulah yang dipanggil “faktor niche”.

Helahnya adalah untuk mencari pasaran niche yang mendatangkan keuntungan berterusan yang mempunyai pelanggan berpotensi berdasarkan kehendak atau keperluan yang belum dipenuhi. Bina produk atau perkhidmatan untuk memuaskan pelanggan dan anda dalam landasan yang betul. Jangan buat kesilapan biasa dengan cipta produk dahulu kemudian cari pasaran selepas itu. Anda perlu cari pasaran baru buat produk. Lakukan dengan betul dan menguntungkan.

Pemasaran niche adalah berkenaan memuaskan kehendak atau keperluan kumpulan yang spesifik atau pelanggan. Contohnya seseorang itu mahukan perisian anti spam. Market segment adalah perisian, niche pula adalah anti spam. Klasifikasi mungkin boleh pergi lebih jauh bergantung kepada kategori pasaran.

Niche yang lebih fokus akan membolehkan anda mendapat pelanggan berpotensi dan sangat-sangat minat dengan produk anda. Anda perlu unik dan mesti mahir dalam niche anda dimana anda juga mungkin perlu bersaing dan menang dalam pasaran.

Internet mempunyai banyak maklumat berkenaan topik anda malah apa saja topik. Pelanggan berpotensi sentiasa mencari produk dan perkhidmatan melalui internet. Kebanyakan mereka mahukan maklumat percuma. Jika perlu, mereka juga sanggup keluarkan sedikit duit untuk mendapatkan maklumat yang mereka sangat-sangat mahukan.

Terdapat banyak pasaran niche yang anda boleh tumpukan. Anda boleh letak apa-apa saja kata kunci(keyword) dalam kebanyakan enjin pencari dan anda akan mendapat banyak keputusan dan laman web yang memaparkan berdasarkan keyword anda. Tidak kira apa sahaja kemahiran anda, hobi atau minat, anda boleh lega kerana ramai yang mencari maklumat berdasarkan topik yang lebih spesifik.

Cari apa yang dicari oleh orang lain dalam enjin pencari, cipta atau cari produk atau perkhidmatan untuk dijual kepada mereka untuk memuaskan keperluan mereka. Hanya anda perlu pastikan ianya adalah niche yang menguntungkan.

Carian kesini:

October 28, 2009

Keyword panas blog aku

hotBlog ni tak da la blog personal sangat sebab bosan la buat blog personal. Lagipun aku tak berapa pandai menulis sangat. Mungkin sebab kurang baca buku-buku cerita, kalau baca buku pun baca buku teknikal aje. Rasanye lepas ni kena baca gak novel-novel cintan cintun, baru le boleh menarik awek2 masuk blog ni. Hehe… Ade hati tuh.

Kat bawah ni adalah keyword-keyword panas(dari enjin pencari) blog aku. Keyword lucah memang sesuai tarik trafik rupenye. Tapi harap maaf ye. Ni bukan blog lucah ye. Ni laman penampan la. Kalo nak cari 3gp Melayu, cari tempat lain tau. Keyword ataupun tag memang memainkan peranan penting juga dalam menarik trafik.

escort girl 104
boboiboy 67
escort melayu 38
escort girl subang jaya 35
animonsta 26
freelance escort 25
animonsta studios 23
kilang proton 20
simptom h1n1 20
www.animonsta.com 20
telefon bimbit terbaru 17
JEMAAH MENTERI 15
www.animonsta.com. 14
karaoke raya 12
bonda urut batin 11
sate kajang haji samuri 11
harga nokia 5730 10
telefon bimbit sony ericsson 10
u mobile broadband 9
KD Sri Inderapura 9

Aku tak tau le macam mana orang lain main dengan tag dan keyword ni. Aku main belasah jek. Aku ada gak apply beberapa teknik untuk tarik trafik. Tapi memang biasa la. Lagipun blog ni bukan ada apa-apa pun. Blog biasa je.

Aku ada cuba gak nak buat blog niche, tapi rasa macam tak berapa pandai le. Godek-godek server pandai la. Godek-godek blog fail sikit.

Kesimpulannya, esok aku nak pegi memancing kolam air masin. Tak tau lagi kat mane.

*Keyword ni berdasarkan carian dari enjin pencari.

Carian kesini:

January 25, 2009

Berapa nilai kata kunci(keyword) anda

Bagi Blogger adsense yang sudah pakar, tentu tahu bahawa bertapa pentingnya keyword kepada pendapatan adsense mereka. Mereka ini biasanya mencari keyword sama ada yang bernilai tinggi atau yang mempunyai kurang saingan. Keyword yang mempunya nilai tinggi membolehkan pendapatan adsense juga tinggi. Keyword yang kurang saingan membolehkan jumlah klik yang tinggi pada iklan kerana menyasarkan sesuatu yang kurang saingan. Ini lah yang dinamakan niche. Sedikit takrifan berkenaan niche sila klik sini.

Berkenaan dengan kata kunci, ia amatlah penting bagi sesuatu kejayaan blog atau website bagi menarik iklan-iklan mahal dan menarik kedalam blog atau website. Oleh itu sedikit kajian perlu dilakukan oleh kita jika kita benar-benar serius ingin mendapatkan pendapatan melalui adsense. Selepas mendapat keyword yang diperlukan, fokuslah kepada keyword itu dan jangan terlampau lari dari keyword. Hasilnya semua iklan yang dipaparkan oleh adsense hanya akan berkaitan dengan keyword kita sahaja. Ini meningkatkan lagi peluang untuk iklan kita diklik.

Biasanya blogger adsense akan menggunakan Google AdWords Keyword Tool untuk mencari keyword yang bernilai mahal atau kurang persaingan. Ianya boleh dicapai melalui https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Keyword Tool bagi carian credit card

Keyword Tool bagi carian credit card

Jika dilihat pada imej diatas, didapati nilai tertinggi bagi 1 klik adalah 25.69USD bagi keyword “discovery credit card”. Ini bermakna, 1 klik bersamaan dengan 25.69USD. Cuba bayangkan anda mendapat 2 klik sahaja setiap hari, sebulan sudah berapa pendapatan kita. Belum lagi didarab dengan kadar tukaran Malaysia.

Untuk menggunakan tool diatas adalah mudah, cuma klik pada link dan masukkan keyword yang kita hendak. Secara default ianya tidak menunjukkan nilai keyword, kita perlu pilih “Show estimated Avg CPC”. Pilih US dollars dan letak 100 kemudian tekan “Recalculate”. Anda akan dapat melihat nilai keyword tersebut dalam USD.

Bagi melihat persaingan, cuba lihat pada “Advertiser Competition“. Bahagian hijau penuh menunjukkan persaingan yang tinggi. Blogger yang bijak biasanya akan mencari keyword yang bernilai tinggi dengan persaingan yang rendah.

Carian kesini: