October 23, 2009

Sony Ericsson Aino kini boleh didapati di Malaysia

ainoAino adalah salah satu telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson.

Telefon ini merupakan telefon high end. Aino mempunyai ciri-ciri skrin sesentuh yang terhad kerana ianya juga mempunyai keypad.

Salah satu ciri menarik telefon ini adalah DLNA.  DLNA membolehkan telefon disambungkan dengan perkakasan lain melalui Wifi. Penerangan lebih bolehlah meruju kepada blog symbianku.

Kamera yang dibekalkan dengan telefon bimbit ini berkapasiti 8.1MP, cukup besar bagi telefon bimbit dan setanding dengan kamera digital. Anda juga boleh menyambungkan telefon ini dengan PS3.

Telefon bimbit ini sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga sekitar RM1900-RM2000.

[via]

Carian kesini:

October 19, 2009

Telefon sesentuh terbaru dari Nokia, Nokia 5230

Nokia 5230

Nokia 5230

Telefon ini merupakan telefon yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2010, ini bermakna telefon ini masih belum berada dalam pasaran.

Walaubagaimanapun beberapa blog telah dapat merakamkan gambar telefon bimbit ini.

Nokia 5230 merupakan telefon skrin sesentuh. Ianya adalah legasi daripada telefon bimbit Nokia 5800 iaitu telefon sesentuh paling berjaya Nokia.

Beberapa ciri penting adalah iana menampilkan skrin peka sentuhan dengan skrin lebar untuk tayangan filem lebih besar beserta akses yang lebih mudah terhadap media dan laman web sosial.

Terdapat 5 pilihan warna menarik bagi telefon ini. Kelihatannya sasaran telefon bimbit ini adalah untuk remaja dan eksekutif muda.

Pilihan warna Nokia 5230

Pilihan warna Nokia 5230

Jika sebelum ini Nokia 5530 Xpress Music tiada 3G,  telefon ini dilengkapkan dengan 3G.

Untuk specifikasi boleh merujuk n81blogger.com.

Carian kesini:

February 10, 2009

2 telefon bimbit terbaru dari Sony Ericsson

Sony Ericsson hari ini telah mengeluarkan 2 telefon bimbit baru bagi penggemar siri Walkman dan siri Cyber-shot. Telefon itu adalah Sony Ericsson W395 Walkmanâ„¢ phone dan Sony Ericsson C903 Cyber-shotâ„¢.

Sony Ericsson W395 Walkman

Sony Ericsson W395 Walkman

W395 mempunyai speaker stereo istimewa menghasilkan bunyi lebih sedap dan nyaring digabungkan dengan fon telinga HPM-64 beserta stereo widening untuk pengalaman bunyi. Telefon ini dikatakan mampu dimiliki dengan butang khas muzik digabungkan 1GB kad memori serta radio. Jika muzik tidak mencukupi, kamera 2MP pasti menjadikan telefon bimbit ini pilihan ramai kerana bukan sahaja boleh mendengar muzik tapi boleh juga digunakan untuk mengambil gambar. Maklumat lanjut bolehlah merujuk disini…

Sony Ericsson C903 Cyber-shot

Sony Ericsson C903 Cyber-shot

Bagi Peminat Cyber-shot pula pasti akan teruja dengan kehadiran C903 Cyber-shot daripada Sony ini. Hanya dengan membuka slide akan mendedahkan kamera dan terus boleh mengambil gambar dengan telefon bimbit ini kerana terdapat butang khas untuk mengambil gambar. Ciri kamera yang mempunyai pengesan muka, boleh mengesan sehingga 3 orang dalam satu bingkai serta Smile Shutterâ„¢ yang mengambil gambar hanya apabila senyum.  Kamera telefon ini adalah 5MP begitu besar bagi telefon bimbit.  Maklumat berkenaan telefon bimbit ini boleh rujuk…

Carian kesini:

January 23, 2009

Mengidam telefon bimbit baru

Seperti tajuk diatas, rasanya macam mengidam telefon bimbit baru. Telefon bimbit sekarang N81 8GB rasa macam dah jemu. Saya ni dah gila gadget agaknya. Tukar-tukar handphone tak sampai setahun pakai. Telefon bimbit sekarang tak ada masalah cumanya Symbian OS dalam telefon tu sejak akhir-akhir ni kadang-kadang hang dan restart. Dah buat full reset tapi nampaknya macam masih sama saja. Telefon baru la ni ubatnya. Tengah berkira-kira budget juga ni. Trade-in saja lah kot telefon ni.

Dibandingkan dengan telefon bimbit saya sebelum ni, saya pakai Sony Ericsson W660i didapati  telefon Sony Ericsson lebih stabil tapi dengan telefon baru Nokia ni, terliur juga.

Dibandingkan dengan telefon bimbit saya sebelum ni, saya pakai Sony Ericsson W660i didapati telefon Sony Ericsson lebih stabil tapi dengan telefon baru Nokia ni, terliur juga.

Telefon bimbit ni sesuai juga kalau nak ambil gambar.

Telefon bimbit ni sesuai juga kalau nak ambil gambar.

Akhirnya, Walkman phone. bagi sesiapa yang minat muzik. Memang berbaloi, sound sedap.

Akhirnya, Walkman phone. bagi sesiapa yang minat muzik. Memang berbaloi, sound sedap.

Carian kesini: