June 22, 2010

Telefon bimbit Sony Ericsson Cedar

Telefon bimbit ini adalah barisan terbaru telefon bimbit dikeluarkan Sony Ericsson. Harga telefon bimbit ini dijangka lebih berpatutan tetapi masih tiada harga sebenar bagi pengguna Malaysia. Telefon ini berkemampuan 3G HSDPA  dengan capaian browser serta rangkaian sosial dimana ianya merupakan ciri standard bagi telefon bimbit generasi baru.

Dengan Widget Manager 2.o menu lebih mudah dicapai ketika sedia(standby).

“Sony Ericsson Cedar â„¢ adalah produk ideal untuk pelanggan yang mencari keseimbangan yang sempurna antara perniagaan dan peranti sosial” kata  Quentin Cordier, Pengurus Pemasaran Global Sony Ericsson.

Ciri-ciri Sony Ericsson Cedar â„¢

* Widgets Manager 2.0 membolehkan akses mudah ke rangkaian sosial dan aplikasi
* Aplikasi rangkaian Sosial – Facebook â„¢, Twitter dan MySpace
* Buku telefon – pindahan buku telefon serta kemampuan untuk web backup
* Sokongan kalendar, buku telefon, email
* Layaran pantas Internet dengan 3G dan akses terus ke web browser
* EAS Push email dan sambungan modem
* Sambung headphone anda pada jack 3.5mm dan menikmati muzik, video di mana sahaja.
* Kamera 2MP dan menghantarnya melalui MMS
* Belakang melengkung – berpadanan ke telapak tangan
* GreenHeart â„¢ – untuk pilihan lebih hijau

Carian kesini:

May 1, 2010

Nokia C5 sudah berada dipasaran

Nokia C5

Nokia C5

Nokia C5 kini sudah berada dipasaran. Ianya bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit sosial kerana menampilkan bebutang rangkaian sosial seperti Facebook dan Myspace. Telefon bimbit ini berharga bawah RM600 dan mampu dibeli oleh kebanyakan orang.

Telefon ini bercirikan seperti telefon pintar meskipun boleh didapati pada harga yang tidak mahal seperti sistem navigasi Ovi maps, email tekan, bebutang rangkaian sosial, Ovi music dan sebagainya.

Dari segi rangkaian, telefon menyokong GSM 850 / 900 / 1800 / 1900, HSDPA 900 / 2100 muat naik sehingga 10.2Mbps, Menyokong 3G, GPRS dan EDGE serta mempunyai Blueetooth.

Telefon bimbit ini dikuasakan oleh Symbian 9.3.  Dari segi kamera, ianya mempunyai kamera 3.2MP, jika hendak lebih besar, belilah kamera digital. Ianya turut didatangkan percuma dengan 2GB kad memori.

Harga telefon bimbit adalah dianggarkan sekitar  RM560-RM580.

[via]

Carian kesini:

February 8, 2010

Samsung CorbyPRO B5310

Samsung CorbyPRO B5310 adalah telefon bimbit slider hybrid dengan papan kekunci penuh QWERTY. Ianya adalah versi naitaraf dari versi Corby sebelum ini.

Kekunci QWERTY memudahkan pemiliknya untuk menulis sms dan email tanpa mengorbankan gaya Corby asal. Ia juga menggabungkan permintaan pengguna perniagaan dengan pelbagai hiburan dan kemampuan multimedia, semuanya disampaikan dengan rekabentuk bergaya. Ciri lain adalah termasuk perkhidmatan push email, perbualan SMS serta akses kepada rangkain sosial seperti Facebook dan MySpace.

Telefon bimbit terbaru ini dilengkapi dengan kamera 3.2MP, WiFi serta 3G/HSDPA sesuatu yang tidak ada pada versi Corby sebelum ini. Harga bagi telefon bimbit ini adalah sekitar RM890-RM930.

Carian kesini:

January 11, 2010

Samsung Corby S3653, telefon bimbit daripada Samsung

Dengan berharga bawah RM700, telefon bimbit skrin sesentuh terbaru daripada Samsung ini dikatakan bakal menjadi telefon bimbit pilihan golongan remaja dan pelajar di negara ini. Samsung Corby S3653 menampilkan pilihan pelbagai warna ceria bagi menarik golongan muda memilikinya. Ianya tersedia dalam pilihan warna berani seperti Kuning Jamaica , Pink Cupid, Putih Minimal, dan Orange Festival sehingga pengguna dapat memilih warna kegemaran mereka.

Telefon bimbit ini menyokong rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace.

Ianya disokong oleh EDGE dan GPRS tetapi malangnya tiada sokongan terhadap 3G dan Wifi. Corby dilengkapi dengan  skrin sesentuh 2.8 inci QVGA 262K TFT dengan kamera 2MP, cukup untuk tujuan asas telefon bimbit berkamera. Berat Corby adalah 93.2g dengan dimensi 103×56.5×12.4mm.

Bagi yang inginkan telefon sesentuh berharga murah, mungkin inilah pilihan anda.

Carian kesini: