December 13, 2011

Tablet terbaru Motorola Xyboard 10.1 and 8.2

Tablet Motorola terbaru baru sahaja dilancarkan dengan 2 varian. Terdapat versi 10.1 inci dan versi 8.2. Kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama cuma yang berbeza dari segi saiz.

Untuk tablet terbaru, Motorola telah menggunakan bahan yang terbaik dan berkualiti setelah mereka memerhatikan kritikan yang diterima oleh Galaxy Tab yang menggunakan badan seolah plastik malah Motorola turut menonjolkan skru logam bagi menunjukkan keeksklusifan tablet mereka.

Dari segi penempatan butang volume dan kuasa, Xybord 8.2 bolehlah dianggap sebagai tablet berbentuk potret manakala versi 10.1 adalah untuk lanskap.

Carian kesini:

December 20, 2010

Motorola Defy, telefon bimbit rugged terbaru

Telefon ini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Telefon pintar Motorola Defy merupakan telefon bimbit yang dikategorikan tahan lasak dan dikuasakan oleh Android 2.1. OS boleh dimuat naik kepada Android 2.2 mulai suku kedua 2011. Telefon ini lasak. Boleh dipijak-pijak, boleh rendam dalam air, tahan jatuh(leh bagi hadiah kat makwe sebab kalau dia baling kat dinding tak pecah tapi jangan sampai dia baling kat kepala korang, kepala korang yang pecah nanti kang), dust proof(tahan habuk), kalis calar, dan lain-lain ciri lasak.

Harga pasaran adalah sekitar RM1600.

Spesifikasi teknikal;

  • Android 2.1
  • TI OMAP 3610 800Mhz
  • 512MB RAM, 2GB ROM
  • Kamera 5MP dengan auto fokus dengan penstabil imej
  • HSDPA (900 / 2100 MHZ)
  • GSM/EDGE (850 / 900 / 1800 / 1900 MHz)
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • GPS & A-GPS
  • 3G Mobile Hostpot

Carian kesini:

August 13, 2010

Telefon bimbit Motorola Droid 2 R2-D2

Nampak gaya Motorola cuba nak menyerlah dengan Droid. Kali ini dengan pengenalan Motorola Droid 2 R2-D2. Kalau ikutkan telefon bimbit ni tak akan masuk pasaran Malaysia pun. Tetapi kalau di US, ianya bakal dipasarkan pada September dengan Verizon Wireless kerana telefon bimbit ini adalah keluaran khas  sempena cerita Star Wars. Hanya keluaran terhad sahaja dan hanya boleh dibeli secara online. Peminat Malaysia terpaksa gigit jari le.

Telefon ini adalah berdasarkan Motorola Droid 2. Pasaran Android kelihatan semakin berkembang dengan semakin banyak vendor telefon bimbit menggunakan sistem operasi ini dalam telefon bimbit mereka. Adakah Symbian akan ketinggalan dibelakang?

Carian kesini:

February 4, 2010

Motorola Zeppelin didedahkan di Brazil

Telefon bimbit terbaru Motorola ini yang diura-urakan bakal menggunakan Android 1.5 telah kelihatan di Brazil.

Masih tiada lagi spesifikasi teknikal telefon ini kerana ianya hanyalah sebuah prototaip tetapi jika dilihat dari bentuknya, bolehlah dikatakan agak menarik.

Sudah pasti ianya telefon skrin sesentuh!

[via]