January 1, 2010

Harga gula naik 20 sen, hadiah tahun baru

Harga gula naik 20 sen mulai 1 januari 2010. Ini menjadikan harga gula RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Nanti ada yang kata, naik 2 posen, ape bising.

Bagi yang berpendapatan tinggi mungkin tak merasakan sangat, tapi bagi di kampung mungkin berbeza.

Mungkinkah harga barang terutamanya makanan akan meningkat? Bagaimana dengan perkhidmatan? Kita tunggu dan lihat.

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, ” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

Sumber Malaysiakini.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62). <<<Skrip yang sama nih…

Carian kesini:

September 1, 2009

Minyak naik oi….

Orang kita ni kalau minyak naik 1 sen pun akan bising. Walaupun kata menteri dalam utusan bahawa minyak tak naik harga, macam mana la dia pusing. Bagi minyak Ron95 pada harga asal Ron97. Cuba banding 2 berita di bawah;

Tiada perubahan harga petrol utama negara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

Sumber Utusan.

Dengan berita ni;

Kenaikan Harga Petrol RON97 Dan Pengenalan RON95

Pada 14 Mei 2009, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 yang digunakan oleh kebanyakkan kenderaan kini daripada RM1.80 kepada RM2.00. Ini ekoran pengenalan petrol RON95 yang dikatakan mempunyai kualiti yang sesuai dengan kenderaan di Malaysia. RON95 akan dijual pada harga RM1.75 iaitu lebih murah 5sen dari harga RON97 sekarang. Kenaikan harga barang dan pengenalan petrol jenis baru ini akan berkuat kuasa pada 1 September 2009. RON97 selepas itu akan dijadikan petrol premium manakala RON92 yang dijual pada harga RM1.70 kini akan ditarik dari pasaran.

Dalam hal ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) perlu lebih mempromosikan RON95 dengan menjelaskan kebaikan berbanding RON97 agar rakyat jelas dan faham.

Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
Mei 2009

minyak