December 8, 2009

Wartakan zon ternakan kelisa?

bmaMasa aku balik kampung baru-baru ni dan pergi memancing di kolam Bukit Merah, sempat juga aku tinjau-tinjau kolam Kelisa di sekitar kawasan Bukit Merah tu. Memang banyak terdapat kolam ternakan kelisa. Yang baru nak didirikan pun ada.

Makin meriah nampaknya kawasan tu dengan ikan kelisa. Tanah kawasan tu pasti akan jadi lebih mahal. Sawah-sawah pasti akan bertukar jadi kolam ikan. Tak hairanlah perkara ini berlaku sebab harga ikan kelisa memang mahal. Tentu sahaja pemodal yang rakus akan mengambil kesempatan atas situasi ini. Kalau nilai ikan dalam sesebuah kolam tu mencecah jutaan ringgit, siapa yang taknak merebut peluang macam tu.

Harga tanah sebelum ni adalah Rm15000 seekar telah menjadi sehingga RM300000 seekar ekoran perkembangan industri ternakan ikan kelisa.

Buat masa ini sebanyak 40 hektar kawasan sawah telah dijadikan kolam ternakan ikan berkenaan yang mendapat pasaran baik.

BAGAN SERAI, 7 Dis (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Asas Tani akan meminta kerajaan negeri Perak mewartakan kawasan seluas kira-kira 100 hektar di Bukit Merah dekat sini sebagai zon akuakultur khusus bagi industri ternakan ikan kelisa.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata usaha itu perlu dibuat bagi memastikan “jelapang padi” Kerian tidak terjejas dengan lebih banyak ekoran permintaan tinggi bagi kawasan berkenaan untuk dijadikan kolam ternakan ikan kelisa.

“Kita perlu bincang dengan kerajaan negeri Perak untuk wujudkan zon akuakultur…kena hadkan kerana bimbang lebih banyak sawah akan terjejas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Pengurusan Ikan Kelisa Emas Tasik Bukit Merah di sini.

Noh berkata kawasan sawah padi yang sebelum ini hanya bernilai kira-kira RM15,000 seekar kini mendapat tawaran harga sehingga RM300,000 ekoran perkembangan industri ternakan ikan kelisa.

Beliau berkata buat masa ini sebanyak 40 hektar kawasan sawah telah dijadikan kolam ternakan ikan berkenaan yang mendapat pasaran baik.

“Kawasan sekitar Tasik Bukit Merah merupakan satu-satunya habitat ikan kelisa emas di dunia…pengurusan yang mampan amat perlu bagi memastikan khazanah negara yang bernilai tinggi ini terus kekal di habitat asalnya,” katanya.

Mengenai pelan berkenaan, Noh berkata ia sebahagian daripada usaha kementerian untuk memastikan industri berkenaan dapat diperluaskan pasarannya terutama ke Amerika Syarikat.

Beliau berkata ikan kelisa Malaysia tidak dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat tanpa pelan pemuliharaan.

Spesies ikan berkenaan tersenarai sebagai spesies kawalan untuk perdagagangan antarabangsa mengikut Konvensyen Perdagangan Antarbangsa mengenai spesies flora dan fauna terancam (CITES) dan sebanyak 27 pengusaha ikan kelisa di Malaysia berdaftar dengan CITES, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata Malaysia kini pengeluar kedua terbesar ikan kelisa selepas Indonesia.

Pelan pengurusan berkenaan diperkenalkan bagi mencapai matlamat memulihara stok sumber ikan kelisa emas yang endemik di Tasik Bukit Merah, katanya.

Sempena majlis berkenaan sebanyak 110 ekor anak kelisa emas bernilai kira-kira RM200,000 dilepaskan ke tasik berkenaan.


Carian kesini:

October 12, 2009

Tonggak utama Upin dan Ipin buka syarikat sendiri

boboiboy

boboiboy

Boboiboy bukan saingi Upin & Ipin

Biarpun pernah menyertai Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB) dalam membangunkan animasi Upin & Ipin tetapi kata Nizam, kemunculan animasi Boboiboy bukanlah bertujuan untuk bersaing.

Nizam, Anas, Safwan serta lima lagi kakitangan LCPSB yang lain membuat keputusan keluar daripada syarikat tersebut pada September lalu demi mencari ‘tapak’ dalam mengembangkan lagi bakat mereka dalam dunia animasi tempatan.

Setelah bersengkang mata hampir sebulan akhirnya idea untuk melahirkan Boboiboy hampir menjadi kenyataan.

“Kami tiada sebarang masalah dengan LCPSB. Malah, selama ini haji (Pengarah Urusan LCPSB, Burhanuddin Md. Radzi) telah banyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar sepanjang penglibatan kami menghasilkan Upin & Ipin.

“Kami keluar dari LCPSB pun sebab kami ingin mencuba sesuatu yang baru.

“Terus terang, kami memang sayang kepada karakter Upin & Ipin tetapi rasanya tidak salah jika kebolehan yang ada kami pelbagaikan demi memeriahkan lagi industri animasi tempatan sebab pulangannya nanti kepada penonton juga.

“Kita perlu mengikut peredaran masa. Mungkin ini juga rezeki buat kami. Sebab itu kami perlu berani mencuba sebab bagi kami lebih banyak pelopor dalam industri animasi lebih baik untuk industri ini,” kata Nizam yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios.

Menurut Nizam dalam industri kreatif tidak wujud persaingan yang terlalu besar kerana segalanya bergantung kepada penerimaan penonton.

Bagaimanapun, melihat kepada jalan cerita dan pelbagai kelainan yang ada pada Boboiboy, mungkinkah ia bakal ‘menelan’ populariti serta fenomena yang pernah dicetuskan oleh Upin & Ipin?

“Saya tidak rasa kehadiran Boboiboy akan mengganggu perjalanan Upin & Ipin. Ini kerana, jenama Upin & ipin itu sendiri sehingga kini begitu kuat.

“Saya rasa LCPSB pun ada strategi mereka sendiri dan dengan 70 orang kakitangan yang LCPSB ada, saya percaya mereka mampu mengekalkan apa yang Upin & Ipin ada kini untuk masa akan datang,” kata Nizam lagi.

Menurut Nizam lagi, sambutan terhadap Boboiboy menggalakkan apabila terdapat beberapa stesen penyiaran tempatan dan antarabangsa yang bertanyakan tentang produk tersebut.

Malah, beberapa agensi kerajaan termasuk Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3) di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), membekalkan beberapa perisian untuk kemudahan mereka menghasilkan Boboiboy.

Bukan itu sahaja mereka juga mendapat kerjasama daripada sebuah lagi agensi, Cradle Fund Sdn. Bhd., yang membantu menyalur dana bagi merealisasikan projek tersebut.

Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com.

Sumber Utusan.

Carian kesini:

October 4, 2009

Kesian la ko burung wak-wak

DSC00242

Ni lah gambar seekor wak-wak yang telah kena jerat aring aku buat. Kesian la ko ye. Ada lagi seko aku tak dapat kena jerat. Ape aku buat dengan burung ni jangan la korang tanya ye.

Seminggu beraya macam-macam aku buat,  aku memukat kat parit, aku jerat burung, meriah weh. Member aku tak balik kampung, balik kampung bini dia. Tak cukup korum la nak mengumpat. Maklum je la orang dah bebini bukan macam aku ni bujang lagi occay.

DSC00237Kat atas tu proses awal jerat ni. Aku tak belajar pun buat jerat ni. Aku tengok jerat orang je then aku tiru cara diaorang. Jerat ni memang berkesan sebab kalau burung dah terlekat, memang susah nak lepas. Lagi dia meronta, lagi kejap jerat tu ikat.

DSC00260

Parit ni la aku memukat. Depan rumah kat kampung je. Banyak gak dapat ikan sepat, puyu, haruan dan keli. memang best la goreng dan buat gulai. Suruh mak masak. Masakan mak la yang paling sedap.

Carian kesini:

September 8, 2009

2 Video karaoke raya dari dato Siti Nurhaliza

siti_raya

Meriah Suasana Hari Raya

Riuh rendah sungguh kampung laman
Sapa salam sahut-sahutan
Manis wajar senyum pun terukir
Budak-budak ke hulu hilir

Ziarahi jiran sanak saudara
Lupakan luka sengketa
Luhur jiwa raga jujur bicara
Di hari raya

Anak rantau pulang keriangan
Lembu kerbau menjadi korban
Ayah bonda turut bergembira
Meriahnya hari bahagia

Berpakaian baru aneka gaya
Bertudung manis si dara
Tertawanlah hati muda teruna
Mula bertanya

(Pak Lang Yang Itu Anak Siapa Tu)

c/o
Mana jauh kita dekat-dekatkan
Bertandang mesra bersembang tawa
Terkenang kisah yang lama

Mana dekat kita erat-eratkan
Terlanjur kata terlampau cara
Bermohon..Ampun dipinta..

Bersyukur pada tuhan
bersenda teman taulan
Hulurlah keinsafan
Salinglah bermaafan

Indah Minalaidil Walfaizin
Menyuci lahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya Di Hari Raya

Indah Minalaidil Walfaizin
Menyuci lahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya Di Hari Raya


Airmata Syawal

Sayu… hati ini makin sayup
Rindu… terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Carian kesini: