December 12, 2009

Sumpahan minyak

klccMalaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak di dunia. Siapa tak kenal menara berkembar Petronas atau KLCC. Siapa tak kenal Petronas melaui Formula 1. Namanya gagah dimata dunia. Tetapi;

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ‘sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Andai kata khazanah negara yang satu diagihkan seadilnya, rasanya mungkin negara kita dah menghampiri negara maju, atau sekurang-kurangnya setanding dengan Singapura.

Maaf, aku bukan penentang pembangunan, tapi cuma menyatakan pandangan.

Carian kesini:

April 9, 2009

Jemaah menteri baru Najib

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dr Koh Tsu Koon (hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi)
Nazri Abdul Aziz (hal ehwal perundangan dan parlimen)
Nor Mohamed Yaakop – (unit perancang ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (hal ehwal agama Islam)

Timbalan Menteri di JPM

Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah (sen)

Kewangan – Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2 – Ahmad Husni Hanadzlan

Timbalan

Chor Chee Heong
Dr Awang Adek Hussien (sen)

Menteri Pelajaran – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan
Dr Wee Ka Siong
Dr Puad Zakarshi

Menteri Pengangkutan – Ong Tee Keat
Timbalan
Abdul Rahin Bakri
Robert Lau Hoi Chew

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodidi – Bernard Dompok
Timbalan menteri – Hamzah Zainuddin

Menteri Kementerian Dalam Negeri – Hishamuddin Hussien
Timbalan menteri – Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat

Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan – Dr Rais Yatim
Timbalan menteri – Joseph Salang Gandum dan Heng Seai Kie (sen)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Peter Chin Fah Kui
Timbalan menteri – Noriah Kasnon

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan WIlayah – Shafie Apdal
Timbalan menteri – Hassan Malek dan Joseph Entulu Belaun

Menteri Pengajian Tinggi – Khaled Nordin
Timbalan menteri – Dr Hou Kok Chung dan Saifuddin Abdullah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Mustapa Mohamad
Timbalan menteri – Mukhriz Mahathir dan Jacob Dungau Sagan

Menteri Sains dan Inovasi – Dr Maximus Ongkili
Timbalan menteri – Fadillah Yusof

Menteri Pelancongan – Ng Yen Yen
Timbalan menteri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri Pertanian – Noh Omar
Timbalan menteri – Johari Baharom dan Rohani Abdul Karim

Menteri pertahanan – Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan menteri – Dr Abdul Latif Ahmad

Menteri Kerjaraya – Shaziman Abu Mansor
Timbalan menteri – Yong Khoon Seng

Menteri Kesihatan – Liow Tiong Lai
Timbalan menteri – Rosnah Rashid Shilin

Menteri Belia dan Sukan – Ahmad Shabery Cheek
Timbalan menteri – Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng

Sumber manusia – Dr S Subramaniam
Timbalan menteri – Maznah Mazlan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Ismail Sabri Yaakob
Timbalan menteri – Tan Lian Hoe

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Kong Cho Ha
Timbalan menteri – Lajim Ukin

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Sharizat (sen)
Timbalan menteri – Chew Mei Fun

Menteri Luar – Anifah Aman
Timbalan menteri – A Kohilan Pillay (sen) dan Lee Chee Leong (sen)

Menteri Wilayah Persekutuan – Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan menteri M Saravanan

Carian kesini:

March 1, 2009

Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop “benar-benar tak tahu” adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.

Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik beliau berkata, “saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan.”

Menurut beliau, terdapat keadaan tidak menentu yang ketara yang kita harus akui dari segi senario luar terutamanya dari segi sedalam mana, sejauhmana dan selama mana kegawatan ekonomi antarabangsa akan berlaku.

November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ini.

Sumber Harakah.