March 12, 2010

MB Kelantan, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa

Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Carian kesini:

November 8, 2009

Kelantan kalah 1-3 dengan Negeri Sembilan

kelantan_vs_negerisembilan

Siapa tengok bola Kelantan lawan Negeri sembilan semalam tentu tak setuju dengan tindakan penyokong yang membakar bangku stadium. Macam tak ada semangat kesukanan langsung. Memalukan imej negeri Kelantan je walaupun aku bukan orang Kelantan.

Bukan ke sebelum tu Menteri besar Kelantan dah bagi nasihat jangan bawa mercun, baling mercun. Tapi bawa juga, baling juga. Degil juga tu.

Pada aku, mercun-mercun ni memang dah tak boleh elak dah dari di seludup dalam stadium. Macam tak ada penguatkuasaan aje. Sama je siapa lawan pun. Mesti ada mercun. Kena mata orang kang.

Berbalik pada game semalam, nampak Kelantan lebih pressure sebab penyokong ramai. Negeri sembilan nampak bermain lebih relaks.

Kemenangan semalam membolehkan Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia. Tahniah Negeri Sembilan.

Carian kesini:

May 11, 2009

Nizar akan mohon restu Sultan Perak bubar DUN

Mohd Nizar JamaluddinDatuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon restu bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mohamad Nizar berkata, beliau juga akan meminta Exco Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dibubarkan dan mengadakan mesyuarat Exco beliau secepat mungkin.

Katanya, beliau juga akan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kerana tidak memberi kerjasama selama kemelut pentadbiran itu

Sumber Bharian.

Carian kesini:

May 11, 2009

Mahkamah putuskan Nizar masih menteri besar sah

MOHD NIZAR JAMALUDDINMahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini: