February 10, 2010

Gara-gara foto mengaibkan Nik Aziz dan Anwar, penulis blog ditahan

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu,” kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.

Khairul Nizam yang berasal daripada Rumah Rakyat Pancor Paroi, Negeri Sembilan, kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Seksyen Seremban kerana didakwa memaparkan dalam blognya tulisan yang mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Dia dituduh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Carian kesini:

November 8, 2009

Kelantan kalah 1-3 dengan Negeri Sembilan

kelantan_vs_negerisembilan

Siapa tengok bola Kelantan lawan Negeri sembilan semalam tentu tak setuju dengan tindakan penyokong yang membakar bangku stadium. Macam tak ada semangat kesukanan langsung. Memalukan imej negeri Kelantan je walaupun aku bukan orang Kelantan.

Bukan ke sebelum tu Menteri besar Kelantan dah bagi nasihat jangan bawa mercun, baling mercun. Tapi bawa juga, baling juga. Degil juga tu.

Pada aku, mercun-mercun ni memang dah tak boleh elak dah dari di seludup dalam stadium. Macam tak ada penguatkuasaan aje. Sama je siapa lawan pun. Mesti ada mercun. Kena mata orang kang.

Berbalik pada game semalam, nampak Kelantan lebih pressure sebab penyokong ramai. Negeri sembilan nampak bermain lebih relaks.

Kemenangan semalam membolehkan Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia. Tahniah Negeri Sembilan.

Carian kesini:

April 3, 2009

Pertemuan Siti Nurhaliza dan Nik Aziz

Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan – bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas “sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut”, lapor Harakahdaily.net.

Selepas kunjungan bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, beliau dilaporkan menzahirkan rasa syukur kerana hasratnya menjadi kenyataan.

“Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa,” beliau dipetik berkata.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi.”

Sumber Malaysiakini.

March 23, 2009

Nik Aziz akan menjadi blogger

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat akan beralih kepada blog bagi menyebarkan dakwah setelah permohonan kerajaan negeri untuk mengendalikan radio sendiri ditolak oleh Kementerian Penerangan.

“Sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon lesen radio tetapi kerajaan pusat tak benarkan, jadi kalau ada blog saya boleh sampaikan segala-galanya kepada rakyat,” kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya akan melangkah masuk ke era siber dengan menulis dan menyampaikan maklumat serta berdakwah melalui blog. Saya akan jadi blogger jugalah,” ujar beliau ketika ditemui pada satu program di sini, baru-baru ini.