May 4, 2010

Mangsa tidak cuba rempuh polis kata saksi

Azamuddin Omar - Saksi

Azamuddin Omar - Saksi

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis – Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

“Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

“Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai ‘buah busuk’ di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

April 2, 2010

Takziah buat keluarga Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad

Takziah buat keluarga Din Beramboi diatas pemergian beliau ke Rahmatullah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian Allah ini. Yang pergi tak akan kembali lagi.

Beliau telah pergi meninggalkan kita pada 12:30 pagi tadi setelah bertarung dengan penyakitnya beberapa hari.

Menyorot kembali kerjaya beliau sebelum ini beliau adalah sememangnya seorang insan yang dianugerahkan Allah bakat seni dan sangat kreatif. Beliau mampu membuatkan kita ketawa. Sejak dulu lagi beliau merupakan pelawak serba boleh, boleh menyanyi, berlakon dan juga dikatakan pandai melukis kartun.

Sejak dari THR lagi beliau dikenali sebagai pelawak. Aksi yang paling amat digemari beliau adalah aksi spontan dan paling saya ingat adalah ketika beliau menjadi DJ bersama Adiwati Zainuddin di THR. Ada juga anak didik beliau yang berjaya antaranya adalah Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Omar. Abby Fana dilatih ketika menjadi DJ bersama beliau di THR.

Pastinya satu kehilangan besar buat bidang seni tanah air. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Alfatihah.

Carian kesini:

February 8, 2010

Tanam mayat bayi macam tanam mayat kucing

Sesat. Sesungguhnya sesat. Kalau sesiapa baca Metro tentu perasan berita macam ni memang banyak sangat dah. Kira macam dah tak terkawal dah isu ni. Mungkin dah muak kita degar. Disebabkan dah selalu keluar paper kita dah jadi macam tak kisah. Kita dah macam lali.

Pada aku, orang yang buat macam ni sesungguhnya dah tersasar jauh. Dah sesat.

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi perempuan berbungkus plastik dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam di belakang sebuah kilang berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abdullah berkata, mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai sudah meninggal dunia sebelum ditanam di situ.
“Beberapa orang awam melihat dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan mengorek dan menanam sesuatu di belakang kawasan kilang berkenaan pada kira-kira 3.30 petang.
“Sebaik dua lelaki terbabit meninggalkan kawasan itu dengan menaiki motosikal, mereka pergi mengali semula dan menemui satu bungkusan mayat bayi sebelum menghubungi polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
“Kita belum dapat mengenal pasti identiti dan bangsa bayi perempuan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki yang menanam mayat bayi itu.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – Sumber Metro.

August 14, 2009

40% yang mati adalah akibat lambat dirawat (H1N1)

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

h1n1Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat “kelewatan mendapat rawatan awal” dan sebanyak 13 peratus pula angkara “kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan”.

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

“Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan,” katanya.

“Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.”

Hari ini, dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak daripada lima kes – jumlah keseluruhannya 56 kes.

Dr Mohd Ismail menambah, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.

Sumber Malaysiakini.