December 12, 2009

Sumpahan minyak

klccMalaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak di dunia. Siapa tak kenal menara berkembar Petronas atau KLCC. Siapa tak kenal Petronas melaui Formula 1. Namanya gagah dimata dunia. Tetapi;

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ‘sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Andai kata khazanah negara yang satu diagihkan seadilnya, rasanya mungkin negara kita dah menghampiri negara maju, atau sekurang-kurangnya setanding dengan Singapura.

Maaf, aku bukan penentang pembangunan, tapi cuma menyatakan pandangan.

Carian kesini:

September 1, 2009

Spiderman panjat menara Petronas

Alain Robert tawan petronasAlain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

“Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

“Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh,” katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar ‘Spiderman’ pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini: