December 6, 2009

Kembali akhirnya

Seminggu blog ni tak berupdate bukannya apa, penulisnya balik kampung. Maklumlah kat kampung tak ada internet, jadi tak adalah update blog.

Memang cuti aku kali ni rehat betul-betul. Bak kata bos aku dulu, kerja bersungguh-sungguh, cuti bersungguh-sungguh walaupun jenuh gak nak apply cuti tu.

Banyak gak aktiviti aku masa bercuti, melampiaskan nafsu memancing, mandi ait terjun kat Burmese Pool Taiping, abiskan game Modern Warfare 2 dan jalan-jalan makan angin.

Ada gak aktiviti yang terpaksa ditunda dek kerana tak ada masa dan petang asyik hujan je. Tu yang banyak membantut batalkan segala aktiviti yang dirancang.

Walaupun masih ada lagi benda yang aku nak buat kat kampung, tapi rasanya aku puas dah cuti. Jenuh dah aku makan rambutan murah-murah je banding kat sini.

Week blog ni tak berupdate not what, the writer balik kampung. Village there is no known kat internet, so do not update the blog.

It’s holiday time I really ni rest. Bath boss said I am a bit, work hard, leave stand although I apply leave saturated gak tu.

Many activities gak time I leave, lust wreak fishing, bathing ait jump kat Taiping Burmese Pool, abiskan Modern Warfare game 2 and the streets for a stroll.

Ada gak activities that had to be delayed because there is no deck time fun and evening rain JE. Tu membantut cancel all the many activities planned.

Although there’s more things that I do I kat village, but it seems I am satisfied dah holidays. Saturated dah makan rambutan cheap-cheap appeal je kat sini.

DSC00420

August 7, 2009

Melampiaskan nafsu di kolam memancing

Setelah penat bekerja 4 hari, sehari 12 jam, aku dengan Nik menambil keputusan untuk memancing dimana bila setiap 2 minggu sekali kami akan mencari mangsa port-port memancing untuk memuaskan nafsu. Pada 6-8(semalam le tu) pagi-pagi lagi aku dah berangkat ke ofis untuk sarapan dahulu. Oleh sebab Alif pun nak ikut, kami pergi lah bertiga.

Destinasi kami adalah kolam pancing Putra Perdana. Kami sampai dalam pukul 1030. Kolam ni agak kecil. Belum sempat panas punggung, pancing Nik dak mengena. 2 ekor pacu sekaligus. Ni buat aku angin nih. Belum apa-apa dah dapat 2 ekor sekali. Xpe bagi can.

Dalam setengah jam macam tu, pancing aku pula mengena. Seekor pacu pacu telah makan umpan. Ikannya tak lah sebesar mana tapi tarikan dia memang power. Disebabkan badan ikan leper ianya lebih kuat melawan. Ikan ni juga dikenali sebagai piranha. Umpan yang sesuai kat kolam ni rasanya cacing sebab kalau letak dedak macam tak sentuh aje.

Disebabkan umpan dah tak berapa mengena, kami beralih tempat ke kolam lagi satu. Kalau tak silap nama kolam tu kolam memancing Meranti. Kolam mungkin lebih kurang 6 kali ganda kolam pertama.

1 jam menunggu, aku belum dapat lagi apa-apa. Nik dengan Alif dah dapat 4-5 ekor ikan keli dengan talapia. Meriah betul diaorang memancing talapia.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena air kolam berombak-ombak. Pancing aku telah ditarik dengan hebat. Aku apa lagi, main tarik tali la denga ikan tu. Akhirnya setelah beberapa minit bertarung, ikan tu berjaya didaratkan. Beratnya mungkin 2 kilo lebih.

Ikan rohu yang tewas

Ikan rohu yang tewas

Ikan leekoh dengan rohu

Ikan leekoh dengan rohu

Carian kesini: