April 14, 2009

Nabil Bintang Paling Popular ABPBH 2008

nabilBakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.  [via]

April 6, 2009

Maestro tutup, Mawi kecewa

Ekoran penutupan Maestro, ramai artis naungannya kelihatan hilang arah. Semua pekerja syarikat dan hampir 40 orang artis yang bernaung daripada lulusan Akademi Fantasia akan kehilangan sumber pendapatan. Tetapi bagi artis seperti Mawi, walaupun turut terjejas tetapi Mawi masih lagi mempunyai nilai komersial. Bagaimana pula dengan artis yang lain?

Hakikatnya, masing-masing terpaksa terima kerana tiada apa yang boleh dibuat.

Mawi juga dikatakan amat kecewa diatas penutupan Maestro disebabkan banyak aktiviti terpaksa dibatalkan saat akhir. Mengakui terkesan dek impak penutupan Maestro, Mawi tidak dapat menahan rasa kesal yang bersarang di jiwanya.

“Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.

“Maestro tutup 1 April sedangkan pada tarikh itu satu majlis pelancaran untuk album terbaru saya sudah dirancang. Kami rancang mahu buat pelancaran ala kenduri doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi semuanya hangus,” ujar Mawi kecewa.

Lanjut? Rujuk sini.