September 11, 2009

Samy Vellu bidas Dr M

DATUK SERI S SAMY VELLUPresiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”.

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

“Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim… orang yang amat dipujinya?”

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai Utusan, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang ‘rasis’ yang berlagak sebagai “abang-besar”.

Utusan menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

September 4, 2009

Agong sambut kapal selam Scorpene

scorpene_malaysiaSejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini.

Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga anggota keluarga anak kapal KD TAR.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

September 1, 2009

Spiderman panjat menara Petronas

Alain Robert tawan petronasAlain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

“Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

“Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh,” katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar ‘Spiderman’ pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

August 26, 2009

Sebat jadi isu

Kartika Sari Dewi ShukarnoIsu hukuman sebat yang dijatuhkan kepada Kartika telah menjadi perdebatan hangat apabila Kartika dikatakan enggan merayu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukuman yang sepatutnya adalah 80 sebatan dan bukannya 6 sebatan.

“Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?”

Sumber Malaysiakini.

Kartika enggan merayu. Nak merayu macam mana, Tiada panel rayuan syariah di Pahang.

Panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat didengar, kata seorang peguam syariah terkemuka.

Zainul Rijal Abu Bakar menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak empat tahun lalu.

“Bukan Kartika seorang saja, empat tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar,” kata bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sumber Malaysiakini.

Kesalahan minum arak adalah jatuh dalam hukum Hudud, bukan Qisas bukan Takzir.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Kenyataam media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang